Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Saturday, January 1, 2011

Azam ke Azzam??




 " Salam Tahun Baru 2011. Selamat Tinggal 2010. "

Suka duka, gelak tawa, penawar duka, berlalu hari demi hari, sampaikan kita da pon menjengah masuk tahun baru 2011. 

Tapi memori silam, kenangan manis, pahit, jangan dilupakan, semoga ianya menjadik asam garam dalam kehidupan kita pada masa hadapan. (puitis gila~)



==================================================================================


Azzam Azam Tahun Baru 2011


Azam Utama: Pencarian Kerja Secara Besar-besaran

Hah, awal tahun 2010 dulu, still lagi budak hingusan yang busy memikirkan tentang exam, project final, assignment, dwet. Tapi start 2011, da kena pikir tentang masa depan. Kena cipta kegemilangan masa depan sendiri da pasni. Takkan nak jadik penganggur terhormat sampai mati kot. Kalo camtuh, smpai ke tua skalipon kita akan berada di tampuk yang lama. Berubah la sket kan? 

Orang kata, kerja zaman skrg nie, susah. Even dulu memula masuk marine skalipon, orang kata prospek bidang nie senang dapat keja, Tapi skrg da habis 3 tahun perah otak, buleh kira ngan jari berapa org je yg da dpat keja officially related ngan marine. Bukan nak salahkan takdir, tp hakikat jerk. Nak express feeling jerk. Bersyukur jgak dapat sampai ke tahap ini. :)

Suku akhir taun 2010, aku involved dalam business. Belajar sket-sket tentang business. Even family aku pon related ngan business. So, adakah aku patut ikut jejak ayah dan abang aku, masuk bidang business?? Sebagai prospek kerjaya aku pada 2011? Menurut mak aku sendiri, kalo nak masuk bidang business, bek tak payah sambung blajar sampai ke degree. Lepas SPM dulu, terus buat business sendiri, kan senang. Bila difikirkan, memang la betui, tapi zaman skrg nie bukan zaman senang nak carik kerja. Kita kena carik, bukan macam zaman dulu, kerja carik kita. 

So, bagai difikirkan, mari kita carik kerja dulu, demi nak puaskan harapan mak ayah aku, especially mak aku lar, takmau la bg mak aku fikir cam rugi plak sekolahkan anak aku tinggi-tinggi, aleh-aleh meniaga jgak. Makanya, pencarian kerjaya harus bermula dari sekarang! Jangan dilengah-lengahkan masa lagi. Masa takkan menunggu kita. Kita yang kena kejar masa. Yeah, chaiyok. Seboleh-bolehnya, biarlah kerja tuh adalah kerja tetap yang ada prospek masa depan yg cerah. 

Kalo kita tak diberi peluang utk bekerja, macam mana kita nak ada pengalaman bekerja, kan?


==================================================================================

Azam Sampingan: 

1: Dapatkan Gadget Baru

Handset rosak. Masuk air banjir. Skrg number celcom tak dpat nk on. So, macam mana? Nak repair, baru repair jerk. Da kena rm45. Kalau aku kumpul dwet tuh, da buleh beli handset baru, yg harga rm90. Wuu T___T. So berhajat nak dapatkan handset baru. Nak yang advance terus. Nak kena slalu saving lar. Kalau ada dwet lebey, buleh beli yang mahal-mahal sket. Impian takda la sampai beribu. 

Dapatkan kamera baru ataupon repair kamera lama. Aku da ada kamera sony. Aku beli masa memula masuk uitm, dwet ptptn. Hutang tak terbayar lagi, kamera da rosak. Macam mana nie? Ptptpn tak ikhlas bg pinjam kat aku ke?? Huhu. Tapi kamera tuh dalam kategori kental gak r. Lama la jgak dia berkhidmat ngan aku. Slalu pegi laut, kena air laut. Tp skrg baru ajal dia da sampai. Redha je lar kan. Tapi tetap sayang. Faveret aku lak, tangkap gambar. Fuh, terpaksa bergantung harap pada kamera handset je lar. Huhu. Kalau ada dwet lebey-lebey, buleh angkat kamera baru sebijik. Lagi best kalo dapat beli DSLR. Tapi kena belajar dulu r teknik-teknik tangkap gambar. Setakat nak tayang kat org ada sebijik DSLR tapi haram tak tau guna, gambar buruk, bek tak payah.


2: Kumpul Dwet Banyak-banyak-banyak

Semua benda perlukan dwet. Nak masuk toilet pon kena bayar. Apatah lagi kalau nak beli nasi ayam madu kat RPA Arau. Dalam bahasa mudahnya, semua benda perlukan dwet. Bila keja dapat dwet. Da dapat dwet, kena la enjoy simpan. Tapi kan, aku nie jenis manusia yg sangat boros. Terutama skali dalam berbelanja. Yang peliknya aku nie, aku tak habiskan dwet utk beli barang-barang (mcm baju, seluar, kasut, apatah lagi handbag, mmg jauh skali lar), tapi dwet aku majorly habis kat makanan aku. Bak kata Adib(ah), aku nie mem"bela" jin. Walau bnyk mana skalipon aku makan, aku tetap tak gemuk. So wat? Aku suka makan! :)

Mengikut perangkaan 2010 dan sebelum-sebelum nie, dwet aku bnyk habis kat pasar malam. Dan jgak tempat-tempat makan yang laen. Sebab wujudnya gerai-gerai makanan dan pasar-pasar malam serta pasar-pasar siang di merata-merata tempat, umpama cendawan tumbuh selepas hujan, aku menjadik semakin pokai. Aku langsung takda peluang nak simpan dwet dalam akaun bank mahupon tabung kat rumah. So azam taun neh, nak kurangkan berbelanja secara tidak sihat, tapi lebeykan makan. Erm, buleh ke macam tuh? Tunggu je lar result pencapaian tahun hadapan. OK? Tapi aim, nak simpan dwet bebanyak dalam bank, then jadik hajah bakhil. Salute-salute~


3: Nak Try Dapatkan Angka 5

Aku tak maen number ekor. Angka 5 yang aku maksudkan adalah .......................... (segan plak nak cakap). Erm, berat aku. Aku da jemu la, asyik timbang jerk, penimbang tuh mesti tunjuk angka 4 (Fateh, jgn jeles, k). Seingat aku, aku memang jarang dapat angka 5. Selalunya antara 40-49kg jerk. Nak ikutkan, tinggi aku da 161cm. Utk mendapatkan BMI yang normal, aku kena dapat berat 57kg. Pergh, tuh umpama cabaran aku yg paling dasyat yang aku kena hadapi sepanjang hidup aku. Walau macam mana banyak skalipon aku makan, aku tetap berada di tampuk lama, angka 4 di hadapan. 

Mak aku kata, masa kecik-kecik dulu, ada la skali aku jadik montel-montel, tembam-tembam. Mak aku paksa makan telur separuh masak, hari-hari. Kira nak naekkan nafsu makan aku lar. Macam berjaya. Tapi memandangkan time tuh aku kecik lagi, mak aku taknak la anak dia membesar jadik gemuk dari usia yang muda. So, terpaksa la stop. Tapi skrg nie aku try makan telur separuh masak, takda beza jgak. Aku makan bnyk pon, tetap 4. Korang, kalo ada idea yang best-best utk tambahkan berat badan, inform aku. Tp jgn suruh aku makan WeightGain. Aku tak suka susu. Hehehe.


==================================================================================


Aku rasa dengan adanya 1 azam utama dan 3 azam sampingan, da memadai bagi aku. Taknak r buat list banyak-banyak, satg tak tercapai, naya! Terutama skali azam utama tuh. Fuh, naya. Azam, tetapkan niat, tekadkan di hati, insya allah, atas keizinanNya, akan tercapai sepanjang 2011. Amin~





4 comments:

Abang Bulat said...

semamngat gile ko tulus....ooo...boleh lar. ko duk umah mlm. aku yg selalu kuar mlm nie mane sempat weh nak tulus benda nie. x aciii!!!

Azam pertama ko tue same kot ngan aku...nak dptkan keja yg lebih menjamin mase depan.

Azam yg nak dpt angka 5 aku rase x mustahil jika ko timbang dgn memakai baju yg berat nye 3 kilo..kekeke. klu ko nak tips ko jus PM aku ye. ak bleh bg ko jadi gemok mcm aku..hahaha~

ape2 pon...aku doakan azam ko tahun baru nie termakbul. amin~

btw, nice entry!!! and happy new year nurui...!

NueLz said...

hahaha.
Hampeh.mmg r,kalo aku pakai bju yg ada batu permata brkilo2,mmg c0nfirm aku dpat yg angka 8.bkn 5 daa.

Happy new year gak fateh!

Ps:waiting for u n adib entry.btw,its tulis.n0t tulus,kn?

Adib said...

alamak..aku xpernah berazam lah..kikiki..aku dengar kalau kita selalu makan b4 tidur bole gemuk..ko trylah tiap2 malam..jgn lah seminggu 2 kali jek makan tym nak tdo pastu ckp xberkesan.

aku try tulis azam aku jugak..demi korg..hujung tahun depan bole lak review mana azam aku yang dah berjaya..hahahahah

NueLz said...

adib,aku siap mkan megi sbungkus b4 tidow.sama jerk.slalu sgt.tp xda beza.haha.

Lekas2..cri azam...aku pn slalu xda ingt pn azam..neh tertulis plak,haha,dr hati la kiranya