Ada la terpandang entry member semalam. Review tentang satu movie hindustan neh. Ceta Hindustan tajuk "3 Idiots". Dalam masa yang sama, aku pon tengah layan leleh gak ngan satu movie Hindustan neh. Tajuk "We are Family". Kalo ikutkan masa kecik-kecik suka la jgak tengok ceta Hindustan. Time tuh zaman kegemilangan Shah Rukh Khan, Ajay Devgan, Salman Khan, Aamir Khan, Kajol, Amitabh Bachan, Kareena Kapoor, etc lagi lar. Kakak aku plak suka layan setiap hari sabtu. Aku pon join tangkap leleh r sama.
Entry kali nie, aku nk ajak hampa semua layan movie nie. Bagi aku, movie nie agak menarik, Jalan ceta zaman skrg nie, biasa la, pengorbanan, kasih sayang, penderitaan, pergelutan dalam hubungan kekeluargaan, pertelingkahan antara adik beradik, etc. Itu biasa lar. Tapi penceritaan dalam "We are Family" (lakonan Kajol, Kareena Kapoor ngan Arjun Rampal) digubah dengan baek, confirm sapa nk cek tahap keperempuanan yang wujud dalam diri, bley tengok ceta nie. Lelaki pon dialu-alukan utk tgok.
Sedikit Review dari We are Family (dari pandangan aku)
Seorang suami, seorang isteri, yang pernah hidup bersama-sama, membina mahligai abadi, dikurniakan 2 orang puteri dan seorang putera, utk mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan, tetapi apabila masalah timbul, membuatkan si isteri dan si suami mengambil jalan pintas utk berpisah. Perpisahan si isteri (Maya) dan si suami (Aman) bukannya menyebabkan mereka saling membenci sesama sendiri ataupon menanamkan perasaan benci dalam diri anak-anak, malahan anak-anak diberi peluang utk bertemu mesra dengan Aman. Pada masa yang sama, Aman telah berjumpa dengan seorang gadis berkerjaya, Shreya, tetapi Aman tidak pernah mengabaikan anak-anak (Aleya, Ankush dan Anjali). Si Aman buleh masuk dalam kategori Bapa Bertanggungjawab. Tetapi biasalah, langit tak selalu cerah. Shreya diperkenalkan kepada Maya dan anak-anak, tetapi semuanya menjadi serba tak kena. Ada saja yang tak kena. Shreya dianggap perampas dan anak-anak takut sekiranya kasih sayang Aman akan dicurik oleh Shreya. Bermacam-macam halangan yang perlu Shreya lalui, nak mendapatkan perhatian anak-anak Aman. Maya pon seolah-olah cemburu dengan hubungan Aman dan Shreya. Masing-masing cuba utk bersaing mendapatkan cinta Aman.
Masalah menjadi semakin serius bila Maya disahkan menghidap penyakit kanser serviks. Maya tak sanggup meninggalkan anak-anak. Pada masa yang sama, dia terpaksa mengalah, apabila anak-anak dapat menerima kehadiran Shreya dalam hidup mereka. Pelbagai dugaan terpaksa dihadapi oleh Shreya, setelah dimintak oleh Maya, utk sama-sama menjadik ibu kepada anak Maya. Walaupon ada ketikanya Shreya berputus asa, kerana cita-cita utama nya adalah menjadik seorang wanita berkerjaya, dan belom bersedia utk menjadik seorang ibu yang perlu pikul semua tanggungjawab dan hal rumah tangga. Shreya tetap belajar, dan belajar, dan pada masa yang sama, masa utk Maya pon semakin suntuk. Ending?? Nak tau penamat ceta nie, kena tgok sendiri lar.
"I have their yesterday, but you have their tomorrow"
4 comments:
wahhh...hebattt....!!! siap wat review lagi. Gilerrr agghhh! kekeke...btw, best lah laki tue dapat dua pempuan sgt kat dia..i like~ must watch diz movie!!!
p/s: TIRU~ =pppppppppp
kompem aku nages ni..dh bole agak dh jln cite ni..
Damn... andai kata aku berbekalkn hardisk tempoh hari... T3T
to abgbulat:
memang sedey ceta tuh...nanges2 r..huhuhu...pause, nanges, pause, nanges...wuuu
ps: tiru sket ja..kekee..
to Ms Teddy:
haha..mmg r...ko lagi berhati gadis dr aku...kalo aku pon bley leleh, apatah lg ko...wuuuu
to fathiah:
haha..aku da pesan kat ateng, bawak hardisk...nk cilok movie dr dia...
Post a Comment