Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Monday, January 24, 2011

Janji

Lirik Janji – Akim

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku


Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu

Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku


Aku janji padamu
Akan mencintaimu


Ulang Chorus
Takkan menduakanmu


Saya Sokong Industri Muzik Tempatan. So wat? Kali nie aku nak kongsi dengan semua followers aku, invi or uninvi, sebuah lagu ini. Memang tengah panas (hot) kat radio skrg. Nyanyian Akim, bertajuk Janji. 

Bagi aku, personally, apabila seseorang manusia itu berjanji, kena la ditepati. Jangan berjanji kalau tak dapat tunaikan semua janji-janji yang pernah kita reka dulu. Kan pepatah lama ada mengatakan, jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak?? Maksudnya, jangan berjanji kalau takut tak ditepati. Paham?? Walau dengan siapa sekalipon kita berjanji, janji tetap janji, tunaikan, sebelum terlambat. Especially janji yang pernah kita buat kat member-member rapat kita, dan yang paling utamanya, parent kita lar! 

Tapi kalo kita tengok pada lirik Akim - Janji, janji yang dimaksudkan refer kepada yang tersayang, iaitu kekasih. Disebabkan kesalahan lama akibat menduakan cinta, lirik Janji ini memberi nafas baru, apabila berjanji untuk tidak mendustakan cinta pada masa hadapan nanti. Tapi kalau da berjanji, jangan lupa, kena la tunaikan. Kalau tak, kita nie tak ubah seperti orang munafik; 

Sabda Rasulullah SAW:
“Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim)


So, sebelum nak membuat janji, fikirkan terlebih dulu kebaikan dan keburukan berjanji sesuatu kepada seseorang. Pastikan kita mampu untuk memenuhi janji tersebut. Kalau tidak, tak payah berjanji. Takut nanti digelar munafik. 



Ps: So, apa pendapat semua tentang lagu nie? Lagu nie insya allah bertahan sehari/dua hari dalam blog nih. Jom layan sesama. Saya sokong industri muzik tempatan!! So wat?

4 comments:

Abang Bulat said...

Hahahahahaa.....

NueLz said...

hahaha...pehal ko gelak???

Abang Bulat said...

whoz dat pokemon!!!!!

NueLz said...

who??hahaha..its just a song dude.haha..(bru teringat)