Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Saturday, January 29, 2011

my new STATUS??

UPDATED!!!


Rasa lama plak tak update blog. Sebenarnya aku takda apa sangat nak merepek dalam blog nie. Kadang-kadang rasa letih pon ada dengan kerja hari-hari. Sampaikan kekadang rasa malas nk menaip, nak online, rasa macam pas balek keja, rasa nak tidow jerk sampai la pagi esok. Hidup nie macam robot kan? Sama je hari-hari. Berjumpa dengan orang yang sama, buat keja yang sama, aktiviti yang sama. Dah tuh, bila ada nya hari yang digelarkan sebagai cuti, rasa macam nak rehatkan diri sepuas-puasnya, tak nak pegi mana-mana. Biar la lepak depan laptop, pc or tv, atau pon tidow jerk sepanjang hari, itu lagi afdal. Tapi kalo ada orang ajak aku pegi karok, aku on. :)

Kenapa hidup nie macam nie ye? Dulu masa zaman sekolah, rasa bengang jerk bila hari-hari kena pegi sekolah, petang plak ada kelas tambahan, hujung minggu plak ada aktiviti tambahan, perjumpaan itu, ini, macam-macam lagi lar, petang-petang ada jugak latihan sukan. Dulu pon kerja merungut jugak. Bila la nak habis belajar nie kan?? Alangkah indahnya bila da habis SPM, bley jadik budak besar sket, dok U plak. Bila sekolah nak abis neh??? Hari-hari kerja nak memberontak, sebab bosan dengan kehidupan kat sekolah, member-member yang hampeh, kerja sekolah yang bertimbun-timbun, kena struggle study plak tuh. Tapi pas abes SPM, memang rehat puas-puas la orang katakan. 

Pas SPM, sementara tunggu result kuar, apa lagi, makan, tidow, tengok tv, lepak-lepak ja. Tuh jer la aktiviti hari-hari. Sampai la satu tahap tuh, perkataan bosan, boring, cemuih start balek dalam diri kita. Time tuh mula nak memberontak balik. Rasa macam robot jugak. Hari-hari buat aktiviti yang sama. Kadang-kadang rasa masa kat sekolah dulu rasa best jugak, sampaikan kita rasa kalo dapat dok kat sekolah lagi pon orait. Memang tak berpendirian teguh betoi. Aish (sigh).

Dah tuh, terus bawak haluan masing-masing. Member-member yang cemerlang, bawak diri ke tempat yg lebih bagus. Yang kurang bijak sket, dapat la tawaran masuk mana-mana U tempatan dalam Malaysia neh. Belajar punya belajar punya belajar, dalam tiga empat tahun, settle. Da perabih berpuluh-puluh ribu dwet PTPTN, la neh kerja dok pikiaq cara nak setelkan bayaran tuh dengan kadar segera. Apa yang kita mampu buat? Nak bayar pon, sampai ke hari nie, still menganggur. Keja tetap pon tak dapat lagi. Macam mana nak bayar, tolong lar paham. Bukan nak salahkan takdir, tapi menerima dengan seredha-redha nya nie. Semoga rezeki cepat terbuka. Member-member pon da ramai balek kampung tanam anggur. Aku dikira penanam anggur jugak la, walaupon aku bekerja, sebab aku kerja kat Kiosk WafflePerlis. 

ARGHH, apa aku mengarut nie?? Abaikan jerk lar.....~


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Tahukah anda bahawa tarikh lahir anda juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri anda dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh 
lahir anda serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti anda akan mengenali diri anda dengan lebih mendalam selepas ini! 


KUCING 
01 - 05 Februari 
24 - 31 Mac 
25 - 30 Jun 
27 - 31 Julai 
15 - 27 September 
17 - 30 November 

TIKUS 
10 - 24 Januari 
16 - 23 Mac 
15 - 26 April 
01 - 03 Jun 
01 - 09 Julai 
16 - 25 Ogos 

ARNAB 
01 - 09 Januari 
01 - 03 April 
15 - 20 Jun 
10 - 15 Julai 
28 - 30 September 
01 - 16 Disember 

SINGA 
25 - 31 Januari 
13 - 15 Mac 
22 - 31 Mei 
01 - 16 November 

MERPATI 
06 - 14 Februari 
14 - 21 Mei 
16 - 26 Julai 
01 - 14 September 
26 - 31 Disember 

PENYU 
15 - 21 Februari 
27 - 30 April 
04 - 14 Jun 
26 - 31 Ogos 
16 - 27 Oktober 

MONYET 
01 - 12 Mac 
01 - 13 Mei 
21 - 24 Jun 
01 - 15 Ogos 
01 - 15 Oktober 
17 - 25 Disember 

HARIMAU KUMBANG 
22 - 28 Februari 
04 - 14 April 
28 - 31 Oktober 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

ARNAB 
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan. 


KUCING 
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja. 


MONYET 
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah 
sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara. 


HARIMAU KUMBANG 
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan 
dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua. 


TIKUS 
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan 
comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan 
popular, dirimu tetap dikenali ramai. 


SINGA 
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari. 


PENYU 
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'. 


MERPATI 
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu. 





+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Saya Singa. Korang plak apa?? Jom share~






2 comments:

mr.Onn said...

tikuih.. tp cek nk hamster buleh??..

NueLz said...

tak buleh~
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan
popular, dirimu tetap dikenali ramai.

(ahahaha)...tepat sket2 jerk~