Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui
Aku leka dengan kerjaya ku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku
Jangan, jangan,
Jangan ku ulangi lagi...
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini
Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku
============================================================================
Percintaan. Indah bila ianya berbunga mekar, tetapi sangat pedih apabila ianya mati di tengah jalan. Percintaan menjadikan kita buta dengan kehidupan ini. Kita banyak menghabiskan masa di alam fantasi. Banyak pasangan yang mengejar cinta pada mulanya, kemudian kerjaya dan meninggalkan cinta di belakang. Sama seperti bait-bait ayat di atas. Apabila terhantuk, baru nak terngadah. Tetapi apakan daya, ku akui, semuanya kesilapan ku.
Bila sudah terasa kehilangan, baru la kita sedar akan betapa pentingnya seseorang itu dalam kehidupan kita. Tetapi kita selalu terlupa, terlalu leka dengan dunia. Tanpa memikirkan hati, perasaan dan siksa yang terpaksa ditanggung pihak laen. Hidup ini amat singkat, ku akui, semuanya tidak dapat berputar kembali ke masa dulu, dengan harapan segala masalah ini dapat diselesaikan semuanya.
Sekiranya dapat ku ulangi perjalanan cinta ini, akan ku jaga sebaik-baiknya, tetapi ku akui, cinta ini perlukan sedikit pengorbanan, sedikit keringat dan usaha yang berpanjangan, agar kita berjaya mencapai tahap yang lebih tinggi. Tahap di mana cinta itu layak dipanggil sebagai cinta sejati. Tetapi itu hanyalah monolog "sekiranya", Ianya sudah berlalu pergi, meninggalkan kita, akibat keterlanjuran kita mengkhianati cinta. Ku akui.
Jangan ku ulangi nya lagi, akan ku jaga cinta ini sebaik-baik cinta sekiranya ku diberikan peluang sekali lagi untuk telus dalam sesebuah perhubungan. Kini, tiada lagi siapa yang selalu ada, yang selalu merindui ku. Ku kesepian di sini, berseorangan, ku akui, ku merindui mu~
2 comments:
cinta? semua itu dusta...hahaha
* kate2 org kecewa ni..haha
hahahha...mengong....adakah ianya dusta, atau kita yang mendustakan cinta itu??
Post a Comment