Sambil layan vide clip AJL25, Hafiz-Noktah Cinta~
Ini gigi. Pernah dak hampa semua p cabut gigi?? Kat Hospital ka tempat berbayar?? Selalunya orang kata, kalo cabut gigi kat hospital, sakit. Sebab Doktor selalu cabut kasar-kasar. Pergh, seriau gila. Tempat berbayar, memang la tak sakit, sebab pastu kena bayar beratus untuk sebatang gigi yang dicabut. Aku tak mampu kot. Kekeke.
Nak dijadikan cerita, aku sakit gigi. Nak cabut, takut. Keja telan ubat je lar. G cek, Doktor kata bengkak. Ada nanah. Takleh cabut. Doktor bagi ubat jerk. Asyik bergantung pada ubat je lar. Memalam, memang sakit, sampaikan tak dpat tido. Kalo tak ckup tido, aku akan bad mood pada keesokan harinya. Habis ubat tuh, g carik plak kat farmasi. Padahal Doktor da pesan, smggu pas makan ubat yang dia bagi tuh, g hospital balek, cabut. Tapi manusia nie kan mudah berpuas ati.
Tapi dua tiga hari lepas (smggu sebenarnya), makin membengkak. So aku tekad, nak pegi cabut pas da lega. Takleh tahan daa. Sakit woo. Mak aku kata, sakit gigi nie, bawah sket ja dari sakit nak beranak. Mak ai, takut. Macam serius jerk. Siap ada lagi yang meninggal sebab cabut gigi. Waaaa. Ini seram. Member aku plak cakap, pakcik dia meninggal sebab sakit gigi jerk. Adus, lagi seram. Banyak dosa ag, tak sempat taubat, naya. So, decided, g cabut gigi dengan kadar segera!
Isnin, hari penentu, untuk aku membuang kesengsaraan aku! Taknak da sakit gigi. Walaupon tuu gigi kekal, gigi geraham, tapi tak kira r, sakit mana leh tahan. Awal-awal pagi da bangun, bersedia untuk g hospital, yeah! Skali ramai orang daa. Alamak, rasa macam nk bengkak balek gusi neh. Kalo bengkak lagi, confirm Doktor takkan cabut rini. Just bagi ubat, n rugi la time tido aku sepanjang pagi neh. Tunggu punya tunggu, sampai jugak la giliran aku. Peace *menggelabah gila.
Masuk jerk, kena ngan Doktor chinese. Dia kata, kalo tak leh cabut, kena bedah. Alamak, seriau eden dengar perkataan bedah neh. Sakit!! Then dia tgok muka aku cam gelabah je kot, cepat-cepat dia cakap, "takpa, bedah tuh belakang kira, kita try cabut dulu.". Fuh, harap-harap berjaya la cabut. Doktor inject ubat kebas, tggu kat luar kejap. Pergh, bibir terasa kembang, bengkak, cubit pon rasa tak sakit. Bestnya.
Doktor panggil masuk balek, its time to cabut! Tapi scary. Cekalkan hati, kuatkan diri. Keke. Lama gak r Doktor bertarung masa nak cabut gigi aku. Memang ketegaq. Macam aku lar. Aku agak-agak dalam 10minit jgak r. Darah da kuar, tp gigi tak kuar-kuar ag. Macam mana nie?? Mati la aku rini. Ingat Tuhan je time tuh. Huhu. Tetiba aku rasa cam da kuar! Doktor angkat, pergh, besar gak ye. Nama pon geraham. Yay, habis la kesengsaraan aku.
Eh, stop, stop! Sapa kata da habis sengsara?? Lubang kesan gigi tuh, besar. Masih berdarah sampai ke saat aku menaip entry neh. Hurm, kering la darah aku. Adeh. Jangan mengalah, janji malam nie dpat tidow dengan senang ati! Yay.
ps: Sorry lar, nie entry bermonolog sebenarnya. Aku tak mampu nk bercakap sangat rini. Well, blog kan ada, untuk express segala rasa, feeling, kesakitan yang aku kena tanggung. Taip tak sakit, cakap sakit. Esok keja, penat da ponteng rini. Hehe.
2 comments:
ahahaha
tips utk taknak cabut gigi, gosok lah gigi btol2.
aku pun takut gle kot nak cabut gigi ! maaaaaaaaaaakkkk!
da trlambat r.kalau la ko nasihatkn aku time aku kecik2 dulu.wuuu!! *time tue xda fb ag kn?
Post a Comment