Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Monday, January 17, 2011

Aku pelindung dirimu sayang~




Video Clip Hafiz AF7 - Awan Nano


Kena tengok dulu video clip nie, baru leh tau "jalan ceta" yang terkandung dalam lagu Awan Nano. Dari pemerhatian aku, video clip nie ok, best lar, sebab tengok rambut Hafiz macam "tersiksa" jerk dalam video clip neh. Hehe. 

Pada pemerhatian dan pendapat aku, lagu nie mengisahkan tentang seorang anak yang tak mengenang jasa mak dan ayah, yang telah banyak berkorban tenaga dan keringat demi untuk melengkapkan kehidupan si anak dengan segala keperluan. Awan nano bukan lah merujuk kepada awan yang kita tengok hari-hari kat langit, tapi melambangkan sebagai pelindung kita. Siapa yang menjadik pelindung kita daripada segala kesusahan, penderitaan, kepayahan hidup sejak dari kita kecil? Mesti lah mak dan ayah kita kan? 

So, jangan tersilap, sebab awan nano nie diibaratkan sebagai "awan" kecil yang tidak terlihat oleh mata kasar, tetapi bila ianya bergabung, mampu untuk melindungi kita daripada "hujan" dan "panas". Sama jugak macam usaha mak dan ayah kita yang selama ini sentiasa "memayungi" kita dari sebarang kecelakaan, malapetaka, kesedihan malahan mak dan ayah sanggup bersusah payah menjadik pengganti kepada setiap kesakitan dan kesedihan yang si anak alami. Begitulah besarnya pengorbanan sepasang ibu dan ayah yang kita ada. Walaupon kita kadang-kala lupa dengan kewujudan mereka, mengabaikan mereka, jarang menjaga hati dan perasaan mereka, sedangkan mereka bertungkus lumus menjaga kepentingan kita, untuk melihat kita berbahagia, gembira sentiasa.  


Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu


Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... 

Jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua


Refer kepada video clip Awan Nano, mengisahkan tentang Hafiz (si anak) yang membenci ayahnya selepas kematian ibunya, dan menganggap bahawa ayahnya adalah penyebab kepada kematian ibunya. Malahan Hafiz seolah-olah memperlekehkan ayahnya yang hanya bekerja mencarik rezeki sebagai seorang nelayan, tanpa menyedari si ayah menyimpan setiap hasil jualan demi kemudahan Hafiz pada masa depan, untuk kesenangan si anak. Tetapi apabila Hafiz mengetahui tentang kotak simpanan wang ayahnya, dan berhasrat untuk mengunakan wang tersebut, akhirnya membongkarkan kebenaran yang selama ini disimpan dari pengetahun si anak, sehinggakan si anak menyalahkan si ayah sebagai penyebab kepada kemiskinan yang menimpa dan menyebabkan ibu nya meninggal dunia. Tetapi, semuanya sudah terlambat apabila si ayah diserang da menyebabkan Hafiz menyesal dengan setiap tingkah laku dan perilaku nya terhadap si ayah, tanpa sempat si anak memohon ampun dan penyesalan itu menjadikan si anak berubah ke arah yang lebih baek. Tanpa perlindungan dari orang penting yang sebelum ini sentiasa hadir dalam hidupnya untuk bersama-sama susah dan senang. 

So, sebelum terlambat, tunaikan lah tanggungjawab kita sebagai seorang anak yang mengenang jasa, bukan yang reti menghabiskan harta mak bapak jerk. Ok? Renung-renungkan dan selamat praktis semua tuh. Hidup nie sekali jerk. Selagi termampu, teruskan berbakti. Jangan ingat kita da berjaya balas budi mak dan ayah. Walau kita hidup seratus tahun sekalipon, tetap tak dapat nk balas lagi kesemua jasa mak dan ayah kita. Ingat lah semua. 


Ps: Saya sayang mak ayah saya! Anda bagaimana?? Da tgok vc? Pasan tak, ayah dan anak sama jerk perangai, suka rampas anak patung orang gila tue. Hahaha. 

4 comments:

Adib said...

kalau aku selalu buka belog ko mesti aku bole suka lagu ni kot..tp aku mmg suka rambut hafiz..

NueLz said...

aku suka jgak!!haha.mmg ada style lah!keke.bkak la slalu.aku da pnat tgkp cintan ngn lagu neh.besh2

Abang Bulat said...

review yg menarik dan bermakna.
tetibe aku tersuke plak lagu ni. haha~

rase sedih lah plak ngk video dia...
"hafiz....hafizz.....hafiz..."
sabar je lah bpk dia kan..hahaha

NueLz said...

thanks for the comment. hehe. sangat bermakna. aku terbabas suka lagu nie. mari sama-sama vote di era, hotfm.

a ah, video yang mampu menitiskan air mata. first time tgok, memang sedey sangat, tgkp leleh r. sabar jerk bapak dia.


Hafiz...
Apa???
Bapak nak simpan duit tue hafiz...
Arggh!! bapak nie da la kita hidup miskin camni,pastu bapak nk kedekut pulak!!
Hafiz...jangan kurang ajar hafiz...
Bapak tau tak hafiz benci ngan Bapak! mak pon benci dengan bapak!!
Hafiz....
Kalau bapak nak tau, sebab bapak la mak mati..!!!!
HAFIZ!!!!! (makan penampar sedas...)


Jangan la kita leka dengan kehidupan ini.