- Merenung Pencapaian/Kenangan Suka dan Duka yang Tercipta Sepanjang 2010 -
1. Semester Akhir di UiTM Arau
Sepanjang 3 tahun berada di Uitm Arau dalam course Marine Technology, akhirnya da smpai penghujung nya bila aku berjaya menghadapi suka dan duka, segala cabaran utk sampai ke tahap nie. Daripada kes "bakal-extend", final year project yg kelam kabut, "under-pressure" pasai bermacam-macam benda (teflon), persahabatan, dan macam-macam agenda lagi, semuanya terbaeq bagi aku taun 2010 nie.
Saat perpisahan dengan kawan-kawan, yang da tiga tahun bersama-sama, tp skrg, hanya tinggal aku sorang je kat Perlis nie. Good bye my frens. Semoga kita berjumpa lagi masa depan. Aku doakan semua berjaya dalam hidup. Success selalu ok? Dapat keja, nak kawen, jangan lupa invite aku :) Bersyukur tak extend. Tima kaseh En Jamil. Jasamu Dikenang.
2. TESDEC (USM) di Mukahead
Da habis Marine Technology, ada pulak peluang nak tambah pengalaman. Maybe the Choosen 11. Ngan Akmal, Billie, Hanip, Yana, Ijarn, Miroh, Tengku Itik, Jamal, Wawi weewee, Panjey. Dapat pulak berjumpa, berkenalan, berkawan, dengan geng-geng USM, especially Muzza, Fatin Iz, Aziella, Pidot, Ninie, Ejorn, Dayah, Mimi, Begau Anne. Walaupon pada mulanya ada jgak semangat perkauman perbezaan universiti, berpuak-puak masa semggu di USM, tapi lepas masing-masing kena dok dalam hutan Mukahead tuh 7 mggu, semua da start kenal-kenal, friendly, jadik makin rapat bila UITM wajib bergabung dengan USM, sorg dari UITM, sorg g dari USM, berkongsi idea, ideologi, pendapat.
Orang slalu kata, tak kenai maka tak cinta. Da kenai, makin rapat, ideologi da sama, sekepala, semua nya pon mmg kepala masuk ayaq, mmg best r. 7 mggu, rasa mcm kejap je. Biasa la, benda happy, semua nya rasa sekejap. Tapi kalo da tak suka benda tuh, mesti rasa lama gila! So, dari 17 Mei 2010 hingga lah 9 Julai 2010, suatu jangka masa yang amat bermakna bagi aku. Korang mmg enjoy r...!! Thanks to all, terutamanya Dr Khairun, Kak Ayu, semua staff Cemacs. Erk, beruk-beruk kat sana, jangan nakal-nakal, especially Johhny!!! (Member itik)
3. Start Aktiviti Menganggur (First Time Dalam Hidup)
Tadika setahun, masuk skolah rendah dah enam tahun, masuk plak skolah menengah lima tahun, total 12 tahun. Sambung plak matrix setahun, then masuk Uitm Arau tiga tahun, perghh, total da jadik 16 tahun. 16 TAHUN AKU BELAJAR, BELAJAR, BELAJAR. Disupport plak tuh. Skarang plak, jadik Penganggur Terhormat. Hancur lulus hati aku. Wuuu. Boring r, kalo kena menganggur lama-lama. Kalo ada pitis, takpa jgak. Nie sekupang pon tarak. Nak harapkan mak ayah support, konfem kena berleter je hari-hari. Nak carik keja, tapi da apply beratus-ratus keja, kat jobstreet, jobsmalaysia, merata lagi la, tapi takda peluang cerah lg. Belom sampai seru agaknya.
Nak kata tak dapat interview, da ckup bnyk interview yg aku dpat, tapi semuanya tak terima. Macam mana nie?? Teruskan menganggur??? Mak aku kata, biasa la, orang da keluar, da habis blajar neh, kena la tunggu. Nanti ada la rezeki. Ada tuh sampai kena tunggu 3 4 tahun baru dpat keja. *Wat da, takkan aku nak tunggu 3 4 tahun dulu baru dpat keja???? Mak aku slalu kata, alar, da blajar 16tahun, tunggu la dulu. Rehat-rehat dulu. Mak, kalo rehat tuh, masuk dwet hari-hari, tak kesah rehat sampai mati sekalipon. Kan, kan??
4. Pengalaman Pencarian Kerjaya (poyosss~)
Soalan : Sapa nak dwet?
Jawapan : Kalau nak dwet, kena carik.
Soalan : Macam mana nak carik??
Jawapan : Kena la keja.
Soalan : Macam mana nk carik keja??
Jawapan : Kena berusaha.
Soalan : Kalo tak dpat jgak??
Jawapan : Jangan berhenti dari mencuba.
Sapa yang tak nak dwet kan? Orang gila pon nak kutip dwet tau. Kalau tak da keja, macam mana nk kumpul dwet. Blajar da habis, ada jgak la kelulusan, walopon tak seberapa. Tapi trend skrg nie, keja susah nak dpat kalo takda cable. Ada sapa-sapa nak jadik cable aku tak? Nanti aku blanja nasi ayam madu kat RPA Arau. :)
Aku nie, rezeki da separuh jalan, tapi masa interview je, slack. Bukan tak bagus, tapi maybe tak memenuhi kriteria yang majikan mahukan zaman skrg. Susah kan? Kalo ikutkan, sepanjang 2010, aku da lalui 6 interview. Hyperbaric Technologist, Management Trainee, Secretary, Management Tourism Assisstant, Admin Clerk, Cadet Engineer (kononnya, padahal CareerXcell). Ada yang lari dari bidang (dari marine, terjun ke medical?? no, no, no way!!), ada jgak yang "terlebey-layak", dalam bahasa mudahnya, nak daripada lulusan SPM je, takut nanti lulusan degree mintak gaji mahai, ada jgak yg "pilih-bulu", nak yang dari bangsa dia je. Apa-apa pon, rezeki ada dimana-mana kan? So kena bertahan je lar.
Skrg nie, aku stay je kat Kiosk Waffle depan Pejabat Tanah Kgr, dekat-dekat ngan skolah menengah Derma. Pembuat Waffle berjaya, owh yeah??? Hahaha, bajet la plak. Member-member yang nak mai lepak-lepak kiosk, meh r. Buleh aku pow hampa semua, pakat-pakat pekena waffle best kat perligh neh. Nak perisa apa? Coklat, Peanut, Strawberi, Blueberi, Kaya?? Murah-murah je. :) Mungkin rezeki aku kat sini lagi buat sementara waktu nie. Rezeki jangan ditolak, bala jgn diminta. Ok??
5. Konvokesyen Ke-73 (Uitm Arau)
Tanggal 29 November 2010, pertemuan semula graduan-graduan Marine Tech, di Arau, tmpat utama menuntut ilmu selama 3 tahun, ada yang 5 tahun, welcome back. First time diadakan di Kampus Arau. Walopon bnyk yg mengadu jauh, susah, tak meriah, tapi syukur, ramai yang datang. Takda la bosan. Yang bestnya, dpat jmpa member-member lama (lama ke??). Macam meriah sangat. Da la ditinggalkan keseorangan di Perlis (mmg la, semua da balek kampung, da aku jerk org perlis, ngeng!), akhirnya, bertemu semula. Best jmpa korang semua!! Memang Happening!!! Sampai aku pon Pening! :)
Tahniah SEMUA, da berjaya grad pon kan? Syukur, walopon ada yg tertinggal sket, takpa, dan lagi nk hambat. (0.o)v
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MEMORI MANIS, PAHIT, SUKA, DUKA, semua tuh sebahagian dari hidup kita. Tak best la kalo asyik gembira je. Janji hidup mesti diteruskan. Yeah!!! Semoga 2011 adalah pembuka kepada diari hidup yang lebey seronok, lebey advanced, lebey bergaya, lebey mantap, dan lebey gaji. Hehehe. Azam Tahun Baru? Entah la, tak pikir pon lagi. Bagi masa sehari kat aku utk pikirkan azam tahun baru. Kalo bley, taknak azam. Nak Azzam jerk. Bley tak? :P
4 comments:
semoga tahun baru nie penuh dgn kegembiraan ye dan juga rezeki yang banyak buat ko... =)
* yg "azam" tu agak poyo di situ....
sakit mataku melihatnya..hukhuk
THANXS A LOT..
same goes for u..and all my friend..rezeki ada di mana2..jgn mgalah!!
Erk,azzam?azzam,azzam,xkira r p0y0 ke x.hahaha
jomlah keluar dr perlis..hehe..ak rezeki suku jln jek..dpt interview..tp xnak pergi..aku pergi 3 or 4 jek..xigt dh..haha
hahahahaa....suku je eh? takpa, tuh tetap kenangan manis kan (erm, ada pahit2 sket kot)..
nak kuar ke? tgok la dulu...tue tak termasuk dalam list...hahahaha...
Post a Comment