Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Friday, August 6, 2010

Soalan Lazim Temuduga

Berkongsi soalan bocor

Tell me about yourself. Ceritakan tentang diri anda

Time to promote diri sendiri. Tapi ingt, hadkan jawapan kepada nama, umur, kediaman sekarang dan kelayakan tertinggi. Then focus lebey pd kelebihan skil dan pengalaman diri sendiri. Habiskan jawapan dengan menyuarakan keinginan untuk berkhidmat kepada syarikat tersebut.

Why should we hire you? Kenapa mesti kami pilih anda untuk jawatan ini?

Tonjolkan keistimewaan diri sendiri dengan menghuraikan tentang kualiti diri anda yang unik. Jangan menjawab soalan ini secara umum seperti kebanyakan calon. Sejumlah besar calon akan memberikan jawapan hardworking atau honest. Jangan buat kesalahan yang sama.

Why do you want to work here? Mengapa anda memilih syarikat ini?

Ini adalah salah satu soalan temuduga yang akan digunakan oleh majikan untuk memeriksa sama ada anda ada membuat sedikit homework. Anda tidak patut sama sekali menghadiri panggilan interview tanpa menyelidik tentang latar belakang, perkembangan dan bidang industri syarikat yang berkaitan. Sekiranya anda bersedia dengan maklumat - maklumat tersebut, majikan akan melihat anda sebagai seorang yang berinisiatif dan boleh diharap. Anda juga akan lebih bersedia jika ditanya soalan yang berkaitan dengan syarikat.

What accomplishment are you most proud of?

What is your greatest achievement in your life?

Apakah pencapaian yang paling anda banggakan?

Taktik menjawab soalan ini adalah dengan memilih pencapaian yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon. Walaupun pencapaian anda yang terbaik adalah mendapat tempat pertama dalam peraduan memasak maggi peringkat negeri, tolong pilih pencapaian yang lebih berkaitan dengan kerjaya profesional anda. Fikirkan kualiti - kualiti yang diingini oleh majikan dan tekankan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria tersebut.

What are your salary expectations? Berapakah gaji yang anda harapkan?

Soalan temuduga ini juga agak sukar, terutamanya bagi yang kurang pengalaman. Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum sebelum temuduga adalah menyelidiki lingkungan gaji untuk bidang anda di Malaysia. Anda boleh mengunakan khidmat percuma Jobstreetuntuk tujuan tersebut. Jangan mengemukakan apa - apa soalan berkaitan gaji kepada penemuduga selagi penemuduga tidak berbuat demikian. Sekiranya penemuduga mengemukakan soalan tersebut, berikan lingkungan gaji yang anda inginkan, misalnya RM2000 - RM2500. Jangan berikan jawapan yang spesifik sehingga anda ditawarkan kerja.

What can you see in youself 5 years from now?
Di manakah anda dalam lima (5) tahun dari sekarang?
Syarikat mahu melihat anda sebagai orang yang berwawasan. Akan tetapi pastikan ianya munasabah untuk dicapai. Berpijak di bumi yang nyata. Mungkin mereka akan bertanya bagaimana untuk anda mencapainya.

2 comments:

mr.Onn said...

blaja kt tesdec kn...

NueLz said...

tak lar....tesdec tak ajar cara nk pegi tduga....tesdec ajar suh smbung study ngan lecturer2...haha