Datuk Paduka Halimaton dikenali sebagai seorang ibu yang tegas dan berpengaruh di kalangan kenalan ramainya. Hakikatnya, Datuk Halimaton tidak dapat mengawal anak perempuannya, Marlia yang telah berkahwin lari dengan jejaka pilihannya kerana tidak mendapat restu. Sejak itu, Datuk Halimaton telah berdendam dan putus hubungan dengan Marlia dan memberikan segala perhatian kepada anak lelakinya, Yassin Berbeza dengan Marlia, Yassin menurut kehendak ibunya dan telah berkahwin dengan Puteri Aisya.
20 tahun telah berlalu, Marlia dan suaminya, Budi terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan tinggalkan lima anak yatim piatu berumur antara 19 hingga 5 tahun. Walaupun Datuk Halimaton masih tidak dapat memaafkan Marlia, naum demi menjaga kebajikan cucu-cucunya, dia bersetuju dengan Yassin untuk membawa mereka pulang. Puteri Aisya pula tidak senang dengan kehadiran mereka kerana Yassin tidak akan menjadi waris tunggal kepada legasi Datuk Halimaton. Pada mulanya, Datuk Halimaton tidak memberikan layanan baik kepada cucu-cucunya kerana masih dendam dengan Marlia. Namun, apabila bulan Syawal semakin hampir, Datuk Halimaton mula merindu Marlia dan akhirnya telah membuka hati untuk menyayangi cucu-cucunya.
http://www.4shared.com/audio/Zbz3Nn2x/Azfar_-_Akan_Ku_Jumpa.htm
Akan Ku Jumpa
Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu
Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya 'tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu
2 comments:
x best pown.. drama melayu, semua nk cambest.. lyn indon la, bru real.. hihihi
taknak...indon kutuk malaysia kaw2...kita sanjung diorg kaw2..."best"....
Post a Comment