Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Friday, April 29, 2011

Lets hear a story....


Fuhh.. Penat gak eh merempit (drive) hari-hari Kangar-Aloq Staq-Kangar. Setiap hari aku gerak dari umah dalam 7.15am, aku smpai sana dalam pkol 8 jugak la. Speed? Aku bawak slow jerk. Dalam 50-70km/j. Slow kan??

Walo kadang-kadang rasa boring+ngantuk gak la. Terutama skali masa first day g keja ritu. Kikiki. Radio pon tak menyumbang. Bahaya betoi!

So apa tugas aku sepanjang mggu nie???




First day: Lepak-lepak-lepak since En Nadzim (manager) tak masuk langsung. Habis satu rak buku marin aku baca. Tinggal masa nak khatam ja semua tuh. Fine.


Second day: Lepak-lepak-lepak, sambung baca buku, nak khatam la agaknya. Ada macam-macam buku. I loike. Tapi terdera gak la jiwa raga nie tgok staf sorg lagi tgh online. No pc for me yet. Fine. Tengah hari, dapat kunjungan dari one of the clients, dari UniKL. Nak dapatkan penerangan tentang Polaris. So, aku bajet tau, terang-terang sambil dibantu oleh Nabilah (staf sorg lagi). Nak buat camna, En Nadzim tak masuk ofis lagi. Kapten Syed plak suh aku sembang-sembang je lar dulu ngan En Syah tue, sementara En Nadzim tak mai. So goreng-goreng-goreng, dia terima gak la apa aku merepek. Pastu baru terbongkar, aku baru keja situ 2ari. Wakaka. Sorry. Petang? Erm, siap tertido lagi. Erk.


Third day: Awal-awal pagi lagi En Nadzim da masuk ofis. Pagi-pagi lagi da dapat arahan buat keja. Pagi-pagi lagi dapat laptop daa. Great. Baru bersemangat nak keja. So its time for the real work! Then seharian buat calling untuk confirmation pendaftaran student baru pada 6hb nanti. Da la aku tak suka cakap phone. But its my job right now. Grrr...


Fourth day: Dapat surat pelantikan jawatan. Sain borang KWSP. Then dapat jobs. Buat powerpoint daripada nota yang di photocopy. Mana yang patut tambah, tambah. Mana yang tak patut, buang. Fuh. Ada beratus-ratus slide (riban kot) nak kena copy balek. Buat dalam bentuk yg lebih mudah. Sebulan lagi baru habis kot keja neh. Fuhhh.




So esok jumaat. Kedah memang cuti. Sabtu pon cuti. Then Ahad pon cuti. 3 ari beb! 


....SELAMAT MENYAMBUT 1 MAY....


Saya suka bulan MAY.

Kenapa? Saya mmg suka MAY!!!!!

Tuesday, April 26, 2011

New challenge

New challenge? New job actually. 


Ini tempat keja aku sekarang. 




Polaris Maritime Training Academy (PMTA) Sdn Bhd



No 145, Jalan Shahab 8,
Kompleks Shahab Perdana,
05150 Alor Setar, Kedah
Malaysia









As Admin jerk. Baru start dua hari lepas. Daa~


Sunday, April 24, 2011

Erul vs Hafiz



Erul nyanyi Awan Nano???


Apa reaksi penyanyi asal, HAFIZ?

Jom skodeng....


Hafiz: "Ya allah, apa da jadik ngan lagu aku?????????"




Komen: Suara ada, tone ada, tapi terlalu santai dan serabut, dan penghayatan larik!! Awan nano diberi makna kepada kekasih la plop. Dan motip bersantai lepak-lepak tepi pantai sambil bergaya seperti itu? Pe kata pakai singlet jerk, kan sonang... Oppss....

OUT~


Keep supporting Hafiz lagi.... 



Saturday, April 23, 2011

Aku dan Waffle


Waffle dan Aku....

Pasni takda da kedengaran, "ada waffle coklat, peanut butter, strawberry, blueberry, kaya".

Takkan kedengaran jugak "nk yang satu perisa rm1.80 atau dua perisa rm2.00 atau nak campur perisa rm2.60?"

Takkan ada lagi kes panggil makcik (Grrrr!!!!) kat aku.. Wakaka...

Alar, buat-buat sedey plak. Nanti p r lepak sana lagik kan? 

****************


So, tanggal 23 April 2011, aku dengan rasminya tidak terlibat lagi dengan agenda buat waffle kat kangar. Selepas ini aku akan dikenali dengan pembeli waffle plak. Kalau berminat nak jadik pembuat waffle lagi, mungkin dengan memulakan bisness sendiri. Ilmu waffler da ada dalam diri. 

Doakan aku berjaya survive untuk yang terbaru.

Selamat tinggal yang lama, selamat datang yang baru. 

Aminnn....

****************

Kredit to Mr. Amirul Ikhsan for giving me such a good opportunity to gain an experience in food and beverage industries. 29 September 2010 until 23 April 2011. Almost 7months already.

Gonna miss all my adik-adik Derma. Daeng, Kevin, Suhail, Shamil, Shaqif, Daniel, Pinat, Piqah, Nir, Daeng Dhariry, Aiman, Fadhlil, Uzair, Bulat, Black, Meon, Ayie, geng potpotpot1, geng potpotpot2, geng potpotpot3, adik Lena, Syafiq, Shaheer, Ammar, Fitrah, Aiza, Farihah, Farisha, dan semua lar... Nak sebut memang ramai dan takkan habis. 


Bye bye waffle.... Hai hai Polaris.....

Thursday, April 21, 2011

Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) Mengaku Bercinta Sejak Lima Bulan Lalu


GOSSIP!!!!! 


PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.
Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisiti murah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihak sebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.
"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami. Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungan songsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar dan masih mampu mengunci mulut.
"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira di mata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katan Hafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.
Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selama lima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadis kelahiran Ranau, Sabah itu.
"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai pasangan masing-masing.
"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta pada penghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan, keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.
Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.
"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yang lalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harap cerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruang privasi saya," katanya.
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadap gosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata: "Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untuk mempertahankan diri daripada gosip sedemikian.
"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui cerita sebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yang dilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir.
Terbaru, Aidra dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rinduarahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini.




KOMEN: Akhirnya Hafiz mengaku jua.... terbaek!! SUPPORT HAFIZ+ADIRA.....!! 

Wednesday, April 20, 2011

Saturday, April 16, 2011

Jom pegi Uitm balek



Sambungan dari entry lepas.

Kerana Kak Ayu, aku masuk balek uitm arau. Setelah lama aku blah... Walopon dekat, rasa cam jauh je skrg. Hikhik. Merepek! Kembali ke jalan yang benar!



Hoh, berkaitan trip aku pegi uitm kelmarin, sebab nak dapatkan referee form kak ayu dari En Jamil dan nak cop segala sijil. Malas nak g serbu Puan, g jumpa Miss Nani lar (eh, Madam, but still called her as Miss). Naseb bek la ada Miss dalam ofis, kalo tak, nak kena carik lecturer laen. Hoh, malas! Da menempel kat ofis Miss, cop segala2 tue, tapi miss anis takda.

Da settle kat Miss Nani, teruskan perjalanan mencarik referee form kat pigdeon hole Encik Jamil lak. On da way, nak cross ke Hea/Hep (tempat ofis puas tuh...tak tau hea/hep), terjumpa la Tuan Haji. Alamak, nak lari camna, dia da nampak. Stop sembang-sembang kejap, soklan first, of course la, keja mana skrg? Malunya nak cakap tak dpat keja lagik. Bila sebut je tak dapat keja lagi, ada la idea dia. "Hah, berminat nak sambung master? Dengan Dilla.". Dilla tue anak dia, member aku gak. Dia cakap ada kosong lagi, dan supervisor anak dia pon bekas rumate dia dulu. Buat kat Pulau Sayak.

Apa respon aku bila dia sebut master? Erm, saya tak terbukak ati lagi la Tuan Haji. Sob sob sob. Kalo saya terbukak ati, saya contact Tuan Aji laen. Orait? Setel satu soklan dia. Then dia ada idea baru lak. "Hah, kamu nak kerja? Saya ada kawan, baru bukak company kat Shahab Perdana.". Aku pikir, maybe kawan dia bukak syarikat bus express la kan. Aku respon cepat-cepat, "ok ja Tuan Haji. Jadik kerani pon tak kesah. Nak amek pengalaman je pon. Kedah tak jauh mana kalo takat Shahab Perdana tue. Setengah jam jerk kan dari Perlis.". Tuan Haji nampak beria, terus ajak g ofis, nak contact member dia tuh. Naseb bek, kalo tak mmg jenuh r nak berdiri tengah panas kat parking lot lecturer tue. Adeh!

Dia call member dia, sembang-sembang, tanya ada kekosongan lagi ke tak, etc2 lar. Malas nk dengar perbualan depa. 15min gak la dia bergayut, pomot-pomot. Aku diam je lar. Pas dia habis bergayut, dia cakap "kalo ada rezeki, ada la tuh. Tunggu ja dulu. Tapi kalo kamu minat berniaga, buleh masuk Tunas Mekar! Saya buleh tolong promote. Tapi kena ada kaitan ngan marine product lar". Hik hik hik, "saya buat waffle skrg. Nakkk, saya buat je lar waffle letak serunding ikan. Apa susah? Kannn~". Then kena perli sebijik, "Hah, dulu saya cakap dalam kelas, nak keja nie kena ada link, hampa semua gelak-gelak. Skrg, kan susah nk carik keja". Adeh, kena sebijik! Senyum, tak perlu kata apa-apa.

Aku pon ada hal lagi, blah dulu. Tima kasih Tuan Haji. Link banyak betoi. Misi mencarik pidgeon hole En Jamil lak! Belek-belek-belek, jumpa, amek referee form. Stay kejap. Skali aku beralih, tgok En Jamil! Alamak. Senyum! Terus dia tnya aku, "Hah, keja kat westport tuh da apply belom??". Hehe. "Belom encik.Masih mencarik iklan!"... "Hah, carik cepat, apply situ.".

Pssttt, dia ada chat ngan aku dua hari lepas. Bagitau tentang iklan tue. Tapi aku carik tak jumpa lagi. Sapa jumpa link tue, pass kat aku sama naa.




So, konklusinya, setel suda amanah Kak Ayu, da post segala bagai, walopon Miss Nani tnya, eh, kenapa kamu nk copkan untuk kak ayu, application kamu taknak cop? Saya tak apply tpm la miss, tak layak :P. So, ada three option skrg. Sambung blajar, tunggu kerja datang, atopon join Tunas Mekar be a businesswoman. Tapi maklumat Tunas Mekar tuh takda info sangat. Keke.


So apa pendapat korang?????

Friday, April 15, 2011

Sambung, Keja, or Tunas Mekar?


 Still thinking for these three options... Mana yang akan menjadi pilihan? 


Nantikannnnnnn..........................


Thursday, April 14, 2011

13 April 2011

Hari Rabu. 13 April 2011.


Ada tiga benda yang menarik perhatian aku pada hari ini, yang dialami sendiri. Meh aku nk share ngan semua!



1: Pagi-pagi buta lagi aku jadik saksi pertama accident. Masa tuh aku nak pegi keja. Ngan Sha. On da way, aku tengok ada cam habuk-habuk berterbangan di udara. Eh, baru aku pasan ada sebuah motor berpusing-pusing atas jalan. Ayat pertama kuar dari mulut aku, "Eh, accident". Sha cam biasa r, kat belakang bukan reti nak tengok sekeliling. Mula la sebok nak carik, "Mana, mana, mana??". Memang depan aku la mamat chinese tuh terpelanting.

Aku rasa dia jatuh sebab laju, dan sebab ada pasir-pasir yang bertaburan atas jalan raya. Sampai dia buleh hilang kawalan dan terjatuh. Yang ngerinya, dia terpelanting kat atas divider, dengan kepala betul-betul terhempas, tanpa helmet (tak tau la samada dia tak pakai helmet or helmet dia terpelanting), dan tersungkur, kedua-dua tangan ke belakang. Aduh, memang kepala dia direct terhempas ke batu!

Apa tindakan aku bila nampak kejadian tuh? Ok, first of all, aku tergamam. Apa aku mampu buat kalo aku stop pon kan? Menyebabkan jalan raya makin sesak ada lar. So aku teruskan perjalanan. Tapi dalam hati memang rasa cam takda sivik jerk. Dan aku takut. Kiki. Bayangkan lar, terjadi depan mata aku, then kepala dia mengalirkan darah yang sangat banyak. Dan paling penting, aku da lewat p keja time tuh. Adeh!

Tapi for sure, bukan aku yang langgar dia or hape, sebab dia tergolek sorang-sorang, dan angkara pasir yang bertaburan atas jalan. Hoccay!


*****************************************


2: Kejadian kedua yang terjadik pada hari yang sama jugak, rusuhan depan kiosk. Entah apa-apa ja la depa semua tuh. Maybe berebut tender kot. Sebab semua yang berkumpul tuh adalah dari golongan-golongan kontraktor. Siap ada lagi yang saja nak usik kami semua, bagitau yang kiosk akan dirobohkan sebab depa nk tambah infrastruktur laen, dan yang paling tak bley diterima, depa nk buat jambatan. Hahaha, okay, kami bukan bodo nak percaya bulat-bulat. Tapi rusuhan tuh reda la jugak pastu.

Tah apa-apa. Kikiki. Perlu ka nak bina jambatan??? Bek tambah bina kiosk lagi, buleh gak tingkatkan taraf hidup rakyat dan ekonomi negeri perlis sendiri. Pe daa!


*****************************************


3: Hah, nie best gak. Pada hari yang sama, masa berlainan, adik aku, hilang kat pasar malam. Hahaha. Dia memula stay ngan kakak aku. Tapi entah macam mana, dia takda kat kakak aku, dan takda jugak kat aku!! Aik, pelik. Menggelabah r kami dua p carik dia. Pusing merata carik dia. Sampai hujung naseb bek la aku nampak ada budak baju hijau tengah patah balek ikut jalan yang dia lalu tadik.

Fuh, naseb bek dia ikut jalan tuh balek. Maybe hasrat dia nak carik kami jugak la kot. Kuikui. Naseb bek jugak dia tak meraung satu pasar malam tuh. Hahaha. Balek umah, kena ngamuk ngan mak aku. Padan muka. Adik sorang pon tak reti jaga. Bukan tak reti, tapi benda nak jadik. Terlalai sket ja. Kikiki. Peace!


*****************************************


Wsalam. Saya tetap vote awak. Dont worry. Okie?



Wednesday, April 13, 2011

Senyummm

Senyum, tak perlu kata apa-apa...

Bak lirik Malique dan Najwa... Kekeke.. 

Walopon ianya hanya sekecil zarah, tapi mampu membuatkan diri ini tersenyum mesra sepanjang hari...

Banzaii..!! Hehe. Masih tersenyum sendirian di saat menulis entry ini....


Saturday, April 9, 2011

Penang Career Expo 2011

Apa-apa pon bagi yg nak join carik keja, jom masuk laman web nie dulu.


Aku nk try naseb kat career expo nie. Da ada kat Penang pon. Harap-harap ada la kerja best, dan aku mampu tawan hati penemuduga!! Yeah! Hope so. Sangat berharap agar aku dapat cuba mencarik kerja baru. 

Doa2kan aku!! 

Tuesday, April 5, 2011

Enjoying listening to new single, Memori from Hafiz (argh, nk letak jugak kat cnie!)



Awan memutih
Langit cerah dan membiru
Burung menyanyi cerianya hati ku
Angin berhembus
Membisikkan nada sayu
Bagaikan tahu apakan berlaku

Kini...
Aku telah dewasa
Banyak yg telah berubah

Memoriii...
Memoriii... Anugerah dariNya

Alam kecilku
Terbayang di fikiran ku
Datang selalu tanpa rasa jemu
Rasa rindu menyelubungi di kalbu
Satu per satu imbasan berlabuh

Kini...
Aku telah dewasa
Banyak yang telah berubah

Memoriii... Menjelma semula
Memoriii... Tak akan ku lupa
Memoriii... Selama-lamanya
Memoriii... Anugerah dariNya


Entry kali nie aku nak ceta sket tentang memori. Mesti semua orang ada memori, melainkan orang gila dan orang yang hilang ingatan. Yang hilang tuh, memang rugi lar. Sebab dengan memori ini lah yang mematangkan kita, yang memberi tunjuk ajar kepada kita tentang sesuatu yang salah dan betul. Semua nie kena sematkan dalam memori, kadang kala akan menjelma semula. Tapi ada gak la certain memori yang kita nak lupakan! Even aku pon ada memori yang cuba nak dihapuskan. Tett. Sapa yang tau memori apakah, dok diam-diam kat situ. Jangan menyampuk. 

Hidup nie indah, susah nak gambarkan kehidupan nie. Tiap-tiap ari kita mengumpul memori baru, pembuka hidup kita setiap hari. Sapa kata hidup ini boring? (aku ada la gak kata kadang-kadang. erk, selalu kot). Kita akan berdepan dengan macam-macam situasi kat luar sana, ada manis, ada pahit, ada suka, ada duka. Tapi semua tuh mencorakkan hidup kita. Anugerah dariNya kann. Nanti da hilang memori baru nak mengeluh, takda maknanya weh! 

Bila dikenang balek, aku suka memori aku masa kecik, especially memori yang aku sendiri tak ingat, tapi sering diungkit-ungkit oleh family aku. Nak share la jugak. Aku ada sorang abang angkat, dari kecik lagi dia sangat-sangat sayangkan aku, melebihi abang kandung aku ok. Abang angkat aku nie member rapat abang sulung aku. Tapi dia tengok aku chumel sangat kot (time kecik aku comel k, skrg pon apa kurangnya!! lalala~), dia slalu datang umah aku, maen-maen ngan aku. Memori yang slalu kena ungkit sampai ke hari ini, ialah aku penah kencing atas dia secara tak sengaja (sorry abang zuber), dan dia penah usung aku merata-rata masa banjir besar, letak aku atas belakang dia, maen air banjir. Bila family aku ceta balek, aku akan termalu sendiri. Macam mana tak malu! Skrg, tiap-tiap minggu aku jumpa dia weh! Sebab dia meniaga kat pasar malam. Dan skrg, apa reaksi dia bila tengok aku? Dia akan jerit nama aku nama aku, "Nurul, mai ngan sapa?? Mak? Ka nurul mai sorang?". Ok, itulah abang angkat aku yang suka jerit nama aku kat pasar malam sampai org depan aku, belakang aku, pandang aku. Owh, malunya. Fames sebentar. Tapi aku sayangkan memori tuh walopon aku akan dikutuk sampai mati. 

Apa plak memori yang nak dishare?? Jom kongsi ngan aku. Bukan slalu nk bukak peti besi aku.  



ps: Lirik kat atas tuh, tetap ada perkataan awan ok. Wakaka. Nak selitkan jugak!

Monday, April 4, 2011

Flood = away, Work = waiting


Wahaha. Habis da banjir. Bagi aku la kan, banjir yang terjadi nie satu rahmat (dan jugak bala), tapi semua nie kuasa Tuhan kan? Sapa la kita nk menidakkan takdir dan ketentuanNya? Kenapa aku rasa banjir nie ada rahmatnya? 

Sebab aku selalu mengeluh, keja berat hari-hari, cuti lak sekali ja seminggu. Aku selalu terlintas dalam kepala otak nie, kan best kalau aku dapat cuti lama sket, kiranya lebih dari sehari la. Bosan lar, tak sempat hilang penat, da kena keja balek. So kira aku nie kategori jahat gak r, bila merasakan banjir nie satu rahmat, sebab aku dapat cuti selama 4 ari, ok? Dan hilang segala penat aku. Agak-agak kan, esok aku mengeluh tak keja berat-berat? Dan sementara nak tunggu hari ahad, terlalu banyak lagi hari-hari yang aku perlu keja. Arggh. Jauh lagi la ahad. T___T

Ok, aku ada info sket. Kepada geng-geng utara yang baru habis blajar ke, tengah menganggur ke, jom p Penang Career and Postgraduate Expo 2011 yang akan diadakan kat PISA Penang, pada 9 dan 10hb April 2011 nanti. Sabtu dan Ahad nie ye. Aku rasa berminat nak serbu. Dapat cuti lagi. Yahoo! Keke. Tapi agak-agak berbaloi tak kalo aku pegi? Takpa, nanti plan laen. Kalo ada yang nak join, jommm!!


Sorry la pada yang mencikk sket/banyak ngan posting awan nano. Nanti aku buat satu blog khas laen ok? Sementara tuh aku post je kat cnie dulu. Jangan marah naa. 

Saturday, April 2, 2011

Carta di Radio 02042011




TAHNIAH AWAN NANO 

BERJAYA MERAMPAS KEMBALI TAKHTA JUARA CARTA HOTFM 30 MINGGU INI (4 APRIL 2011) 

DARIPADA ANUAR ZAIN (SEDETIK LEBIH). 


UNTUK SEMUA FANS, JOM TERUSKAN VOTE LAGI. 

KITA KENA KEKALKAN UNTUK MINGGU DEPAN. BANZAIII.


Wish dari Hafiz (quoted in HafizFC, from mumi) 

"hye everyone...hafiz wish to convey his gratitute n thanx to all his supporters yg telah bertungkus-lumus mengundi sehingga menjadi juara hotfm zon dan carta hotfm30...dier tgh bz prepare for concert af9 mlm nie...so teruskan lah undian sumer...hafiz menghargai usaha semua penyokongnya...thanx...peace...  "

"Alhamdulillah.. Yang penting Banzaiii"  (Hafiz, 2011)


Daaa~ 


Selingan. Boring la asek ceta banjir jerk. Keke. Its my blog lar. Weks