Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Tuesday, March 29, 2011

Flood Updated

From Bernama
Banjir Mula Landa Perlis, Tujuh Keluarga Dipindahkan 

KANGAR, 29 Mac (Bernama) -- Hujan tanpa henti sejak semalam sehingga malam ini menyebabkan tujuh keluarga dari dua buah kampung dipindahkan setakat pukul 8 malam Selasa.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata empat keluarga adalah dari Kampung Tok Kandang di sini dan tiga dari Kampung Syed Omar di Bintong.

Buat masa ini mereka dipindahkan ke surau berhampiran dan pihak berkuasa kini memantau paras air di kawasan terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

Md Isa berkata kerajaan negeri juga telah membuka Bilik Gerakan Jawatankuasa Banjir sebagai persediaan menghadapi banjir memandangkan keadaan hujan yang berterusan.

"Sebanyak 23 pusat pemindahan bencana banjir akan dibuka jika paras air semakin meningkat," katanya.

Antara yang dikenal pasti sebagai pusat pemindahan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Maktab Rendah Sains Mara, SK Batu Bertangkup, Sekolah Menengah (SMK) Dato Jaafar Hassan, SK Guar Nangka, SK Bintong, SK Abi, Surau Kampung Syed Omar, SK Sena.

Beliau turut menasihatkan rakyat Perlis agar membeli stok makanan bagi menghadapi kemungkinan bencana itu.

"Saya meminta penduduk yang berada di kawasan rendah sentiasa berwaspada kemungkinan air akan naik berikutan air laut pasang pada pukul 10 malam ini," katanya.

Selain itu, Md Isa yang ditemui selepas melawat mangsa banjir Kampung Syed Omar juga meminta penduduk mendengar siaran radio Perlisfm bagi mengikuti perkembangan terkini banjir di negeri tersebut.

Sumber: BERNAMA

===========================================================

From Facebook 

Dess Dahasry

Perlis Flood Updates: 120 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, melibatkan kawasan Kangar dan Titi Tinggi. Cuaca masih tidak berubah dgn hujan yang dijangkakan berterusan sehingga hari Rabu ini....



===========================================================










2 comments:

frens said...

huhuhu..nmpknye perlis akan dilanda banjir...smoga x seteruk dlu..n harap byk bersabar,bersedia dan berjaga-jaga..huhuhu

NueLz said...

sediakan bekalan makanan sepenuhnya.... tuh paling penting...

terbayangkan cuti... kekeke