Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Tuesday, March 29, 2011

Banjir lagi kat Perlis??



Rasa cam baru lagi banjir melanda Perlis bulan November ritu. Sekarang sekali lagi Perlis dikejutkan dengan malapetaka banjir. Tapi masih dalam keadaan terkawal. Hujan bermula dari 5 petang (28 Mac 2011) dan berterusan tanpa henti sehingga hari ini, saat entry ini ditaip (jam menunjukkan pukul 7.30 petang). Bermakna sudah 26jam hujan turun mencurah membasahi bumi Perlis. Dan sehingga petang tadi, air telah dilepaskan daripada empangan Timah Tasoh, untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk. 



KANGAR, 29 Mac (Bernama) -- Empangan Timah Tasoh mula melepaskan air berikutan parasnya yang naik berikutan hujan berterusan sejak semalam. 
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Nishad Mohamed Mohd Shaffy, berkata paras air di empangan itu meningkat ke paras 29.34 meter tengah hari tadi berbanding 29.27 meter pada sebelah pagi. 
Beliau berkata empat pintu empangan telah dibuka setakat ini bagi mengawal paras air dalam empangan itu.
"Air dari empangan itu mengalir ke Sungai Perlis seterusnya ke laut," katanya. 
Hujan sesekali lebat masih berlaku di Perlis dan ia dijangka berterusan sehingga esok.
Sumber: BERNAMA


4 pintu empangan dibuka pada petang tadi




Sungai Repoh (ketika pukul 6.30 petang tadi)

ps: Semoga semuanya terkawal. Dunia makin tua. Nanti update akan ditambah dari semasa ke semasa. Harap semuanya terkawal. Amin.

7 comments:

frens said...

huhuhu..InshaAllah harap semuanya terkawal..ape2 pun kena bersedia..sediakan payung sebelum hujan..huhuhu

Usagi said...

harap2 xbanjir teruk macam dulu.....kena simpan stok makanan awal2, n prepare apa yg patut seblum banjir

NueLz said...

frens: aminn.....nak sediakn payung pon, ujan da turun...angkat kain di ampaian je la yang sempat...

betta: yeah...tak tau nk prepare apa sebenarnya....kejadian alam...musibah dariNya

Anonymous said...

minta update ye....kami orang perlis diperantauan nak tau berita terkini...........tq

fungi freak said...

bencana alam sana sini...
xklo x banjir sbb hujan lebat tanpa henti, badai ombak tsunami plak y melanda nun di timur sana...

bumi nie dh tua, dh sakit/rosak di atas tangan manusia sendri... pembangunan y terlalu pesat sehingga mengabaikan keadaan alam sekitar y melibatkan pelbagai pencemaran, sekali gus menjurus kpd global warming y menyebabkan keadaan bumi y tidak menentu spt skrg nie...

klo rajin g la tgk link video nie...
(aku dah abes tgk 7-8 kali)

[TRAILER]http://www.youtube.com/watch?v=oDlbBy9vfgI
[FULL]http://www.youtube.com/watch?v=jqxENMKaeCU

y nie plak speech bdk 12 thn kt United Conference 1992, ttg mslh alam sekitar y die utarakan kt seluruh dunia...

http://www.youtube.com/watch?v=bfbqWG88Ems

better tgk... x rugi pon....

fungi freak said...

utk ksdrn bersama...... =D

NueLz said...

anon: please check this site, http://www.omaq.org/v3/

lebey updated...

yeah fathiah, untuk kesedaran bersama jua