Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Wednesday, March 2, 2011

Exhausted at Pangkor and Lumut Part II


Hah, da puas tengok gambar? Agak-agak la kan, best tak adventure kali nie? Aku rasa best gila, tapi dalam best, ada gak r yg tak bestnya. Haunted island. Serik r jugak nak pegi lagi ke Pangkor pasni. 

Kenapa aku kata haunted island? Aku rasa Pangkor nie sama jerk macam pulau-pulau laen. Tapi agak seram la kawasan sekeliling nya, sebab memang hutan rimba jerk sekeliling. Nama pon pulau kan. Majorly penduduk kat cnie, cina lar. 

Nak dijadikan cerita, kitorg berlima tersesat la ke satu area nie. Dalam gambar lepas ada tgok kat area tepi pantai yang kitorg tersesat tuh. Pas berposing sakan kat area tuh (walopon tersesat), kitorg teruskan perjalanan. Rupanya jalan satu lagi pon menuju ke jalan mati. Masa nak patah balik tuh, kitorg ada la dengar bunyik pelik bawah kereta. Macam ada benda tersangkut. Masing-masing agak dalam hati, maybe ranting kayu tersangkut masa keta reverse tadi. Sorang kuar, g tengok, takda apa. Kuar plak lagi dua orang, tinggal aku dan kak nik jerk dalam keta. Tetiba pintu depan keta tertutup sendiri. Maybe angin, buat bodo je lar. Tapi masing-masing diam. Da takda apa-apa, kitorg teruskan perjalanan. Tiada apa berlaku sepanjang perjalanan. 

Then kitorg ada nampak signboard Jambatan Gantung. Ingatkan ada laluan untuk kereta sampai ke arah tuh. Kitorg pon masuk la area tuh. Rupanya kitorg berjumpa lagi dengan jalan mati kedua pada hari ini di Pangkor. Owh, malangnya. Nak reverse, takda area. Kena undur jerk. Masa undur, kitorg nampak la patung apa tah. Maybe tempat semayang kaum India kot. Lagi la cepat keta undur, kuar dr tempat tuh. Fuh, malang betoi asek bertemu ngan jalan mati jerk. Batal pegi Jambatan Gantung tuh. 

Lepak kat Pantai Pasir Bogak. Aku dan kak nik lepak jauh sket dari orang laen. Masa lepak-lepak, ada la terbang seekor burung kenyalang berhampiran kitorg. Pelik. Tapi teruja gak r. Tapi burung tuh saja jerk nk show off depan aku. Aku terus layan mp3, aku tgok sebelah, kak nik tgh tutup mata, tidow gamaknya. Lagi la aku pasang volume kuat-kuat. 

Teruskan perjalanan macam biasa, nak patah balek ke jeti. Rasa cam bosan plak, takda aktiviti sangat kat cnie. Nak mandi laut pon rasa cam panas sangat. So masing-masing decide nak balek lumut, lepak sana jerk. Tapi nak sampai ke jeti, kena lalu macam-macam area lar, sebab majorly jalan kat cnie, semuanya berbukit. Ada satu tuh selekoh yang sangat tajam, tinggi plak tuh, sangat curam. Tapi lepas. Tapi akak aku da mengomel, keta macam berat semacam plak. Keke. 

Sampai selekoh tajam tuh, yang tinggi dan curam, lepas. Tetapi sampai jerk satu area, di mana kurang curam dan bukitnya pon rendah jerk, tetiba aku tengok keta makin slow, makin slow, tup tup mati kat puncak! Siap berundur ke belakang lagi. Owh, apa plak masalahnya nie. Dah la kiri kanan hutan tebal, takda sapa pon masa tuh. Kitorg berlima jerk. Cepat-cepat tarik handbrake sampai maximum, cepat-cepat hidupkan enjin, blah dari situ. 

Sampai jeti, masing-masing da menggelabah. Area yang keta kitorg stuck tadi tuh, betul-betul berhampiran dengan jirat cina. Tapi macam tak logik la kan, since siang hari, mana mungkin la kena kaco. Gelak-gelak lagi. Tapi bila kak nik, yang dok lepak ngan aku dari tepi pantai lagi bukak ceta, kitorg terdiam. Rupanya dia kena "tindih" masa kat tepi pantai tuh. Dia cuba untuk panggil aku (yg tgh layan mp3 time tuh), tapi takleh gerakkan badan. So nak tak nak dia hanya mampu berdoa agar aku kejutkan dia. Hoho, cian dia. Time tuh meremang bulu roma daa. Mana la aku tau dia kena kaco time tuh. Dia takut nk cakap time kitorg start nak gerak, sebab tengah-tengah hutan lagi kan. Kat jeti jugak yang terbongkar. Fuh, seram!! Naseb bek bukan aku yang kena. Taknak caya pon susah, tapi aku percaya semua tuh wujud. 

Dan akibatnya, aku demam saat ini. Padan muka. Serik! What a haunted island. 


Pangkor in memories
28 Feb 2011

2 comments:

mr.Onn said...

hehe enjoy sakan eh..

NueLz said...

enjoy, but scary