Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Wednesday, March 30, 2011

Flood Updated IV



Sedikit gambar daripada kamera sendiri yang sempat disnap sepanjang 30 Mac 2011.











Sekarang, air semakin melimpah-limpah dan bayangkan lar camna paras air sekarang, terutama sekali gambar-gambar yang disnap pada petang tadik. Masa nak balek pukul 8 malam tadi, air semakin melimpahi sebelah lagi jalan besar dan kelajuan air bertambah. Sangat bahaya, ok?

------------> Will be updated later...



Flood Updated III


Statistik terkini: 

Menurut Berita Nasional RTM1: 700 penduduk Perlis dipindahkan akibat banjir. Takat Air sungai di Perlis semakin tinggi mencecah tahap bahaya - air banjir akan meningkat, hujan masih tidak berhenti


Maklumat semasa berhubung banjir di Negeri Perlis boleh diperolehi dengan mengikuti siaran radio:Perlis FM 102.9 MHz
A. Bilik Gerakan Banjir Negeri Perlis. Talian Hotline: 9768532/53/70/71
B. Bilik Gerakan UiTM Perlis. Talian Hotline: 9882222/23/24/25




=============================================


Updated from Facebook


Dess Dahasry‎
16 schools in Perlis closed due to floods (as 11.00am):SMK Derma, SMK Dato Sheikh, SM Syed Hassan, Vokesyenal Kangar, SM Putra, Vok Arau, Agama Kangar, SK Sri Indra, Pdg Kota, Tg Budriah, Pdg melangit, Bintong, Abi, Bukit Ketri. Trunk roads under water in most places.. FLOODS in PERLIS !!!


Dess Dahasry
‎416 rakyat Perlis dipindahkan ke 13 pusat Pemindahan. Daerah teruk dilanda banjir - Bintong, Sena, Santan. Sungai Korok melepasi paras bahaya... (Berita RTM jam 12.00 tgh).



Ada certain sungai yang kurang sket paras air, tapi ada jugak yg da masuk paras merah! Berhati-hati. Awasi anak anda. Takmau ada sebarang tragedi. Kalau degil sangat, ikat ja anak kat tiang rumah. keekeke


=============================================

MadamNani Nazri
Students: Pihak HEP Uitm Arau dah umumkan CUTI mula daripada hari ni hingga Ahad...




Flood Updated II

30 Mac 2011


Paras air di beberapan sungai utama sekitar Perlis sehingga jam 07.39 pagi tadi.
(klik utk besarkan image)



Sekitar info dari Facebook

Sirajuddin Abdullah air dah mula naik di jalan besar depan masjid Tuanku Syed Putra,Taman intan dijangka 1 jam lagi akan tengelam dan diikuti Taman Koperasi,dari hospital kejalan abi air sungai sudah melimpah,banyak kederaan diletak dalamkawasan masjid ,bukit besi hangit (Bkt Kayangan)air telah masuk dalam rumah.


Sirajuddin Abdullah Sek.Ren.Islam 1,akan ditutup pagi ini,diminta para waris pelajar dapat mengambil anak2 masing2 sekarang kerana air banjir semakin naik.Maklumat baru diterima 8.30 pagi ini


Shamsul Mazdy ...no bilik gerakan banjir.... 04 - 9768532


Shamsul Mazdy Hunting Line 04 - 9768532 ( 24 jam )



Dess Dahasry
Balai Baru, Kurung Batang, Abi, Telok Jambu, Paya....all under water now hingga ke paras lutut.... oh dear....


-----------------> will be updated later




Message from handphone:


Salam. Selamat bercuti sehingga dimaklumkan... -------------> Peace!!




Tuesday, March 29, 2011

Flood Updated

From Bernama
Banjir Mula Landa Perlis, Tujuh Keluarga Dipindahkan 

KANGAR, 29 Mac (Bernama) -- Hujan tanpa henti sejak semalam sehingga malam ini menyebabkan tujuh keluarga dari dua buah kampung dipindahkan setakat pukul 8 malam Selasa.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata empat keluarga adalah dari Kampung Tok Kandang di sini dan tiga dari Kampung Syed Omar di Bintong.

Buat masa ini mereka dipindahkan ke surau berhampiran dan pihak berkuasa kini memantau paras air di kawasan terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

Md Isa berkata kerajaan negeri juga telah membuka Bilik Gerakan Jawatankuasa Banjir sebagai persediaan menghadapi banjir memandangkan keadaan hujan yang berterusan.

"Sebanyak 23 pusat pemindahan bencana banjir akan dibuka jika paras air semakin meningkat," katanya.

Antara yang dikenal pasti sebagai pusat pemindahan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Maktab Rendah Sains Mara, SK Batu Bertangkup, Sekolah Menengah (SMK) Dato Jaafar Hassan, SK Guar Nangka, SK Bintong, SK Abi, Surau Kampung Syed Omar, SK Sena.

Beliau turut menasihatkan rakyat Perlis agar membeli stok makanan bagi menghadapi kemungkinan bencana itu.

"Saya meminta penduduk yang berada di kawasan rendah sentiasa berwaspada kemungkinan air akan naik berikutan air laut pasang pada pukul 10 malam ini," katanya.

Selain itu, Md Isa yang ditemui selepas melawat mangsa banjir Kampung Syed Omar juga meminta penduduk mendengar siaran radio Perlisfm bagi mengikuti perkembangan terkini banjir di negeri tersebut.

Sumber: BERNAMA

===========================================================

From Facebook 

Dess Dahasry

Perlis Flood Updates: 120 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, melibatkan kawasan Kangar dan Titi Tinggi. Cuaca masih tidak berubah dgn hujan yang dijangkakan berterusan sehingga hari Rabu ini....



===========================================================










Banjir lagi kat Perlis??



Rasa cam baru lagi banjir melanda Perlis bulan November ritu. Sekarang sekali lagi Perlis dikejutkan dengan malapetaka banjir. Tapi masih dalam keadaan terkawal. Hujan bermula dari 5 petang (28 Mac 2011) dan berterusan tanpa henti sehingga hari ini, saat entry ini ditaip (jam menunjukkan pukul 7.30 petang). Bermakna sudah 26jam hujan turun mencurah membasahi bumi Perlis. Dan sehingga petang tadi, air telah dilepaskan daripada empangan Timah Tasoh, untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk. 



KANGAR, 29 Mac (Bernama) -- Empangan Timah Tasoh mula melepaskan air berikutan parasnya yang naik berikutan hujan berterusan sejak semalam. 
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Nishad Mohamed Mohd Shaffy, berkata paras air di empangan itu meningkat ke paras 29.34 meter tengah hari tadi berbanding 29.27 meter pada sebelah pagi. 
Beliau berkata empat pintu empangan telah dibuka setakat ini bagi mengawal paras air dalam empangan itu.
"Air dari empangan itu mengalir ke Sungai Perlis seterusnya ke laut," katanya. 
Hujan sesekali lebat masih berlaku di Perlis dan ia dijangka berterusan sehingga esok.
Sumber: BERNAMA


4 pintu empangan dibuka pada petang tadi




Sungai Repoh (ketika pukul 6.30 petang tadi)

ps: Semoga semuanya terkawal. Dunia makin tua. Nanti update akan ditambah dari semasa ke semasa. Harap semuanya terkawal. Amin.

Sunday, March 27, 2011

Awan Nano 26Mac 2011




Tersungkur sedikit. Orang kata, kalo jatuh, kena bangun semula. Jangan terus berputus asa. Putus asa tuh cuma lah orang yang lemah. Tak mampu untuk berdiri semula. So mari kita ramai-ramai vote. Owh, yeah! 



Kan senang kalo Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat pendaftaran pengundi guna online je. Takda la aku tak daftar SPR sampai ke hari nie lagi. Cam leceh je nak pegi beratur segala bagai. 


Mari kita tingkatkan usaha. 

Saturday, March 26, 2011

Aminnnn...




Agak-agak la kan, mampu tak bertahan kedudukan besok? 

Agak-agak la kan, mampu tak kekal juara? 

Agak-agak la kan, erm, tak nak agak lar, tunggu saja... 


Redha-mode~


Friday, March 25, 2011

Marine-Gurl


Anak Marin yang sangat Hip Hop.....


psst: Baju nie aku bagi tau! chumil nya alya~

Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, March 22, 2011

Pencalonan Muzik-Muzik 26

Semoga success performance malam nie, 

HafizSuip.
AwanNano.

Nyanyi leklok... 

Kitorg KPH always support from behind...

Sunday, March 20, 2011

Selamat Tinggal



SELAMAT TINGGAL - DINA ft ZIZAN




LIRIK

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal




Sedikit review dari video clip:


Dari sudut penglihatan aku, video clip nie sedih dan mengingatkan aku kepada seseorang. Menusuk hati jugak la bila tengok vc dari awal sampai akhir. Mengisahkan tentang hubungan persahabatan yang sangat akrab, tetapi ada saja dugaan yang telah memisahkan persahabatan dua orang. Masing-masing mengikut haluan sendiri, dalam kerinduan, dalam kenangan. Namun bertemu jua, dan terus bersatu, tetapi ada jugak halangan dalam kehidupan, dan terduga lagi dengan perpisahan kedua yang menjadi penamat dan yang terakhir. Sedey woo. Jom enjoy dulu vc kat atas nie. 

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Selamat tinggal hanya di bibir, bukan pada hati. Selamat tinggal, ucapan yang cukup perit untuk dilafazkan. Sememangnya tak mudah untuk melepaskan seseorang yang disayangi. Tetapi apakan daya, semua itu kehendakNya. Siapa la kita nak menghalang semua ini, kan? 


Lagu nie baru nak naek, tapi da 2x juara di Erafm. Layan jugak la lagu nie, sedey, dan vc pon orait, sedey-sedey gitu. 


















Ps: Saya support industri muzik tanahair :)

JUARA, JUARA, JUARA!!

YAY, minggu nie AWAN NANO merampas title 

JUARA CARTA HOTFM 30


CONGRATS.... especially to all voters and supporters...


Hidup KPH..!! Banzaiii!!

Thursday, March 17, 2011

Wak AG, Tolong Nyanyi Lagi!!



Awan Nano dari Aizat???

Tergelak-gelak... Sorry kepada mangsa....

Kan da melepas RM1k! 

Aduhai!



Habuk, habuk, habuk

Sesi membuang habuk. Fuh, fuh (tiup habuk dlm blog).

Lama tak update dalam nie. Sorry, busy sket. 

Insya Allah kalo sempat, ada topic, esok ada la posting baru kat blog nie. 

Nak kena gotong royong lebih sket neh. Habuk, serawang, banyak betul. 

Menyesakkan otak dan pemikiran. 

Apa-apa pon hidup mesti enjoy! Walaupon kadang-kadang pressure tue ada.

Papepon wait for my new entry, okie dokie?

Banzaiii superboy.

Sunday, March 13, 2011

We are KPH


Jom prepare strategy untuk mengundi Muzik-Muzik

Awan Nano da bakal tercalon. 

Jom KPH, jalankan tanggungjawab anda semua! 


Im ON!




ps: Yang tak suka baca tentang Awan Nano, dont comment... 

Thursday, March 10, 2011

Sejuta Impian

Andainya korang diberikan wang sebanyak SEJUTA ringgit malaysia, apakah yang akan korang lakukan?? Sejuta weh, banyak kot! 


Tadi ada la kesempatan nak berceloteh tentang sejuta impian nie dengan member aku. Kalau la kitorg diberikan wang sebanyak sejuta ringgit malaysia, first skali, kitorg akan langsaikan hutang ptptn dulu. Alar, rm24k je pon kan. Banyak g tuh leh cover. So, bila da setelkan ptptn, baru kepala otak nie dapat berpikir dengan tenang apa lagi buleh digunakan dengan dwet selebeynya tuh. 


Member aku plan nak kawen secara gilang gemilang katanya. Lebey kurang rm950k lagi weh. So bila da plan nak kawen gilang gemilang, dengan adanya dwet lebey pas bayar ptptn tuh, kira majlis tuh nanti semua akan dijemput. Satu Malaysia! Dengan cara ini, semua orang dapat merasa. Takda sorg pon yang tertinggal. Yang di pedalaman, kita akan sediakan transport untuk ke majlis tuh nanti. Jangan risau. Dwet pon banyak lagi kan. Setakat nak sewa heli, flight tuh, no hal la beb. So kiranya sejuta impian nie melibatkan jugak kebaikan kepada manusia sejagat, sebab tiada yang tersisih. 


Hah, tuh impian member aku. Apa plak sejuta impian aku? Aku tak terpikir pon apa sebenarnya sejuta impian aku dalam kehidupan ini. Terutamanya kalo aku diberikan wang sejuta ringgit malaysia seperti yang ditawarkan skrg. Ok, so, give me some time to think, wat is my "sejuta impian", and i will comment on another entry, okie? Wait for my Sejuta Impian! 



ps: Sejuta weh, sejuta...bukan dua tiga ringgit!

Wednesday, March 9, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia

8 March 2011

Tangan yang menghayun buaian pon mampu menggegarkan dunia. Percayakah anda pada kata-kata ini? Percaya lah, kerana memang benar! Dan kepada wanita-wanita seluruh dunia, Selamat Hari Wanita Sedunia. 

Berbanggalah anda apabila dilahirkan sebagai seorang wanita. Kepada lelaki-lelaki yang cuba menjadi wanita, tolong la jangan. Please, please, please. Hargailah taraf kewanitaan/kelelakian yang anda ada.




So hari nie, jom kita layan lagu Warisan Wanita Terakhir by Teacher's Pet.

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi

Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi

Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta... Kasih... 
Kau warisan wanita yang terakhir
Kau warisan wanita... Yang terakhir...



PS: Saya bangga menjadi wanita. So wat? Anda bagaimana??

Tuesday, March 8, 2011

Manis - KDA


Manis - KDA Episode 15 (Part 1)


Manis
Manis mulut di bibir
Sangatlah merbahaya
Sama-sama yang menyindir
Selalunya

Janganlah terpedaya
Oleh kata-katanya
Lemah lembut bicara
Selalunya

Bukalah matamu percayalah kata ku
Janganlah lalai dibiarkannya

Kau kan kehadapan
Setelah segalanya dikau tinggalkan
Tinggalkan yang mula
Senyum dan ketawa senantiasa

Kau manis semula
Setelah segalanya
Dikau lupakan
Tiada gunanya ia dikenang-kenangkan
Mengapa

Manis mulut di bibir
Harum manis di hati
Hinggalah ke akhir
Akhir pasti

Bukalah mata mu
Percayalah kata ku
Janganlah lalai dibiarkannya

Kau, kau yang di sana
Senyumlah selalu
Tinggalkan yang mula
Senyum dan ketawa
Senantiasa






Topic hari nie: Sakit Gigi + Migrain


Kenapa bila sakit gigi, mesti akan sakit kepala jugak! Dalam bahasa mudahnya migrain la kiranya. 

Kalau time study dulu, selalu la jugak kena seranga ngan migrain. Kadang-kadang tuh memang teruk r, sampai takleh bangun pon. Keja skip kelas jerk. Tapi kadang-kadang tak sakit pon mengaku migrain, malas g kelas punya pasal. Hehe. 

Tapi kan, apa yang aku nak kongsi, kalo malas pegi kelas, pegi la spital kerajaan memana, mintak MC, try bagi alasan migrain. Confirm dapat! Seyes tak tipu. Sebab aku selalu buat keja tuh! Hahaha.

Migrain nie dalam kalangan sakit kepala yang buleh membuatkan seseorang tuh rasa nak hantuk kepala kat dinding. Dan pada tika dan saat ini, aku tengah sakit kepala a.k.a migrain. Dalam pada masa yang sama, aku tengah sakit gigi jugak. Mak aku kata, memang la berkaitan sebab sakit gigi menyebabkan urat kepala rasa tegang dan sebabkan stress. Betul ke falsafah dan pendapat mak aku tuh? 

Macam mana nak detect ada migrain ke tak? Sama ke tak simptom dengan sakit kepala biasa? Pada pendapat aku la kan, eh, salah, pada pengalaman aku la kan, sakit kepala biasa nie melibatkan sakit di kiri dan kanan kepala. Kira semua bahagian merasa kesakitan tue lar. Tapi berbeza dengan migrain. Migrain nie lebih kepada sakit di salah satu bahagian kepala sahaja. Aku selalu kena serang sakit kepala di bahagian kiri sahaja. 

Nak tau samada betol ada sakit ke tak, try g beli ubat kat farmasi, ubat sakit kepala a.k.a migrain, then telan. Kalo lega, confirm tuh migrain. Then pastikan beli stok banyak-banyak. Memang la painkiller, tapi bek telan dari rasa sakit berlanjutan. Seksa woo tahan sakit. Tapi Doktor ada cakap, migrain nie buleh stop. Kena kurangkan berpikir secara overload la. Jangan terlebey pikir. Nanti mula la urat tuh terbelit-belit. Sebab tuh penyakit nie memang common di kalangan student. 

ps: Aku tengah migrain neh. Lama da stop, so stok ubat takda. Kalo takda, panadol pon buleh. Jom, makan ubat, tidow! Esok keja cam biasa. Heheee

Monday, March 7, 2011

Sunday, March 6, 2011

Lagu Mp3


Selamat bercuti semua~!!

Last entry berkaitan Pangkor... Kali nie nak kongsi tentang apa plak eh?

 .
 .
 .
 .
masih berpikir

..............................................................................................................................................


Nak kongsi tentang link lagu lar. Jom Layan, Download.


SOFAZ : Maaf Dari Hati

STACY ft AKIM : Jahatnya Cinta

SPIDER : Kita Satu

SHEILA ON 7 : Hari Bersamanya

SHAHIR : Luar Biasa

NUBHAN : Aku Atau Dia

MIZZ NINA ft NOH : Kurnia

HUJAN : Muda

HAFIZ : Lebih Dewasa

HAFIZKu Akui

HAFIZ : Watak

DRAMA : Babak Pertama

BUNKFACE : Dunia

AKIM : Bawa Kau Pergi

AKIM : Janji

AIZAT ft 1st EDITION : Perpisahan Ini

AIZAT : Erti Hari Ini

ADIRA : Ilusi 

ANUAR ZAIN : Sedetik Lebih

AKIM, ARILL, ANITH, HAFIZ : Kau Ku Temu


Layan je lar selagi semua link tuh tak kena remove lagi.... okie dokie?


..............................................................................................................................................


Wednesday, March 2, 2011

Exhausted at Pangkor and Lumut Part II


Hah, da puas tengok gambar? Agak-agak la kan, best tak adventure kali nie? Aku rasa best gila, tapi dalam best, ada gak r yg tak bestnya. Haunted island. Serik r jugak nak pegi lagi ke Pangkor pasni. 

Kenapa aku kata haunted island? Aku rasa Pangkor nie sama jerk macam pulau-pulau laen. Tapi agak seram la kawasan sekeliling nya, sebab memang hutan rimba jerk sekeliling. Nama pon pulau kan. Majorly penduduk kat cnie, cina lar. 

Nak dijadikan cerita, kitorg berlima tersesat la ke satu area nie. Dalam gambar lepas ada tgok kat area tepi pantai yang kitorg tersesat tuh. Pas berposing sakan kat area tuh (walopon tersesat), kitorg teruskan perjalanan. Rupanya jalan satu lagi pon menuju ke jalan mati. Masa nak patah balik tuh, kitorg ada la dengar bunyik pelik bawah kereta. Macam ada benda tersangkut. Masing-masing agak dalam hati, maybe ranting kayu tersangkut masa keta reverse tadi. Sorang kuar, g tengok, takda apa. Kuar plak lagi dua orang, tinggal aku dan kak nik jerk dalam keta. Tetiba pintu depan keta tertutup sendiri. Maybe angin, buat bodo je lar. Tapi masing-masing diam. Da takda apa-apa, kitorg teruskan perjalanan. Tiada apa berlaku sepanjang perjalanan. 

Then kitorg ada nampak signboard Jambatan Gantung. Ingatkan ada laluan untuk kereta sampai ke arah tuh. Kitorg pon masuk la area tuh. Rupanya kitorg berjumpa lagi dengan jalan mati kedua pada hari ini di Pangkor. Owh, malangnya. Nak reverse, takda area. Kena undur jerk. Masa undur, kitorg nampak la patung apa tah. Maybe tempat semayang kaum India kot. Lagi la cepat keta undur, kuar dr tempat tuh. Fuh, malang betoi asek bertemu ngan jalan mati jerk. Batal pegi Jambatan Gantung tuh. 

Lepak kat Pantai Pasir Bogak. Aku dan kak nik lepak jauh sket dari orang laen. Masa lepak-lepak, ada la terbang seekor burung kenyalang berhampiran kitorg. Pelik. Tapi teruja gak r. Tapi burung tuh saja jerk nk show off depan aku. Aku terus layan mp3, aku tgok sebelah, kak nik tgh tutup mata, tidow gamaknya. Lagi la aku pasang volume kuat-kuat. 

Teruskan perjalanan macam biasa, nak patah balek ke jeti. Rasa cam bosan plak, takda aktiviti sangat kat cnie. Nak mandi laut pon rasa cam panas sangat. So masing-masing decide nak balek lumut, lepak sana jerk. Tapi nak sampai ke jeti, kena lalu macam-macam area lar, sebab majorly jalan kat cnie, semuanya berbukit. Ada satu tuh selekoh yang sangat tajam, tinggi plak tuh, sangat curam. Tapi lepas. Tapi akak aku da mengomel, keta macam berat semacam plak. Keke. 

Sampai selekoh tajam tuh, yang tinggi dan curam, lepas. Tetapi sampai jerk satu area, di mana kurang curam dan bukitnya pon rendah jerk, tetiba aku tengok keta makin slow, makin slow, tup tup mati kat puncak! Siap berundur ke belakang lagi. Owh, apa plak masalahnya nie. Dah la kiri kanan hutan tebal, takda sapa pon masa tuh. Kitorg berlima jerk. Cepat-cepat tarik handbrake sampai maximum, cepat-cepat hidupkan enjin, blah dari situ. 

Sampai jeti, masing-masing da menggelabah. Area yang keta kitorg stuck tadi tuh, betul-betul berhampiran dengan jirat cina. Tapi macam tak logik la kan, since siang hari, mana mungkin la kena kaco. Gelak-gelak lagi. Tapi bila kak nik, yang dok lepak ngan aku dari tepi pantai lagi bukak ceta, kitorg terdiam. Rupanya dia kena "tindih" masa kat tepi pantai tuh. Dia cuba untuk panggil aku (yg tgh layan mp3 time tuh), tapi takleh gerakkan badan. So nak tak nak dia hanya mampu berdoa agar aku kejutkan dia. Hoho, cian dia. Time tuh meremang bulu roma daa. Mana la aku tau dia kena kaco time tuh. Dia takut nk cakap time kitorg start nak gerak, sebab tengah-tengah hutan lagi kan. Kat jeti jugak yang terbongkar. Fuh, seram!! Naseb bek bukan aku yang kena. Taknak caya pon susah, tapi aku percaya semua tuh wujud. 

Dan akibatnya, aku demam saat ini. Padan muka. Serik! What a haunted island. 


Pangkor in memories
28 Feb 2011

Tuesday, March 1, 2011

Exhausted at Pangkor and Lumut Part I



Percutian 3Hari 2Malam di Lumut dan Pulau Pangkor. 


Enjoy gambar dulu. Nanti baru cherita. Malas nak menaip lagi neh sebenarnya :P




Hotel Indah
Sewa kat sini jer. Area Lumut. Dua malam, kena charge RM100 per night, so RM200 dari bajet da ditolak. Satu bilik je pon da ada 3katil. Memandangkan kitorg mmg berlima, kongsi-kongsi je lar katil. 



Teluk Batik
Journey diteruskan ke Teluk Batik. Dekat-dekat area Lumut jugak. Tempat orang mandi manda. Malas r nak terjun laut. Ramai sangat orang. Kera pon banyak. Da r kitorg kena attack ngan kera. Tunggu masa nak terkam jerk. Pencurik roti gulung aku! Takpa, aku halalkan. Peace.



Taman Hadhari
Taman nie dekat je ngan Teluk Batik nie. Nice view. Rasa macam dok kat Arab plak. :P



Terminal Feri Lumut
Menuju ke Pangkor. Tiket RM10, two ways, pegi dan balek, guna tiket yang sama. Ok gak lar kan? Kan bagus kalo tiket pegi Langkawi pon macam tuh. Kekeke. Dapat gak aku merasa pegi Langkawi tiap-tiap minggu! Perjalanan ke Pangkor amek masa dalam setengah jam jerk. 



Jeti Pangkor
Here we are! Pangkor Island. Transport utama kat sini, majorly, motorsikal. Ada jugak van pink. Kereta sewa pon ada. Memandangkan kitorg memang berlima, jom kita sewa kereta! RM50 per day. Minyak isi sendiri. K? 




Kota Belanda
Destinasi pertama, Kota Belanda. Tinggalan penjajah. 









Pantai sesat
Tersesat drive sampai la ke tempat nie. Nice view, posing-posing sket, teruskan perjalanan. 


Taman Foo Lin Kong
Taman nie dalam bahasa mudahnya dikenali jugak dengan panggilan Tembok Besar Cina, tapi dalam bentuk mini lar. 





On da way~
Sempat lagi usha. Jangan ingat kat sini tak ada lesen pon buleh drive tau. Siap ada roadblock ag. Naseb bek semua hensem-hensem. En polis, minyak kitorg da takda. Kat mana petrol pump?? Auuw~


Kilang Makanan Laut
Da isi minyak, apa lagi, teruskan perjalanan. Ke kilang pemprosesan makanan laut. Nak harapkan bergambar ngan sotong besar neh jerk pon. Hehehe. Then ada la jugak shopping sket-sket makanan laut. Fresh la gamaknya.




Pantai Pasir Bogak
Lepak-lepak-lepak di tepi pantai yang indah. Nak terjun, panas sangat. Aleh-aleh tak jadik terjun. Tidow jerk kat sini. Naseb bek takda orang sangat pon. 


Menara Kawalan


Menara Condong, Teluk Intan





Kuala Woh, Tapah
Kawasan perkampungan orang asli. Ada la jambatan gantung.







Journey end for a while

ps: Taknak pegi lagi Pangkor for a while. Nantikan second version.