Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Sunday, February 27, 2011

Thursday, February 24, 2011

MAMAT vs BOBOY

Dulu ada Mamat (Nasrullah)







Sekarang ada Boboy (Haikarl)







Mamat da masuk taska. Tapi baru 3 tahun. Ganti dengan Haikarl. Baru 7 Bulan. Panggilan Boboy tuh, adik aku yg bagi. Suka-suka ati dia jerk. Duh!


Ps: Pasni bela Haikarl bagi gemuk-gemuk-gemuk... Nak belikan Haikarl belon banyak-banyak-banyak... Nanti kita maen kejar-kejar ye.... 

Pelajaran Hari Ini

Respect others....




*Orang yang lebih tua terutamanya. Tapi kalo setakat usia beza 5-10 tahun, tak payah la over-excited sgt nak panggil gelaran makcik/pakcik. Akak/abang is better. 


*Senyum la pada yang muda dan tua. Senyum tuh kan satu sedekah. Tak rugi la kalo nak lemparkan secebis senyuman kat orang. Toksah dok moody-moody sangat! Kita hanya menggunakan beberapa urat muka sahaja untuk senyum, tetapi kita menggunakan dua kali ganda urat muka untuk buat muka ketat. So, pilih sendiri la ye.


*Other's. Kita tetap Support Industri Muzik Tanah Air kan? Tak kesah la memana pon pilihan anda, dont provoke please~




ps: Rasa cam nak tukar URL address. Bley express minat, feeling dengan lebey bebas. 

Tuesday, February 22, 2011

Perihal Awan Nano



Awan Nano 2nd?? 


Owh, adakah benar?? Mari sama-sama kita nantikan!!! Banzaii!! 



PS: Pics taken from KPH Villa!

Monday, February 21, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran



Rahsia Bulan Kelahiran

Mari Kita Bongkar kan Bersama


Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
= Yang nie betoi kot. Heeheee

Pandai menarik hati dan perhatian orang laen
= Ehem, ehem. Yeke?? Maybe kot. Tapi entah lar.

Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang laen
= Owh, ini tepat. Sapa la yg jahat tuh, nak mempengaruhi aku. 

Mudah dipujuk
= A ah, senang jugak lar, lebih-lebih lagi kalo ada orang pujuk dengan membelanjakan aku makan pizza ke, kfc ke, secret recipe ke, confirm 0-0 pasni!

Bersikap sistematik (otak kiri)
= Ehem, mmg pon. 

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
= Hah, yang nie aku suka. Memang agak tepat la. Kira cam Sixth Sense lar. Deria keenam. 

Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
= Maybe jugak lar. 

Kelemahan sistem pernafasan
= Hoh, ini betul. Tepat skali. Selalu sesak nafas. Owh, Tuhan, panjangkan umur ku.

Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
= Haha, suka muzik dan melancong, tapi bab sastera nie tak tau la lagi. Bakat terpendam gamaknya. Aku Support Industri Muzik Tanahair!! Hafiz-Hafiz-Hafiz!!

Tidak berapa suka duduk di rumah
= Macam tipu je. Suka gila dok kat rumah. Kalo keluar, nanti dwet habis. Dok rumah, makan free, tidow pon nyenyak, transport ada, mak ayah ada. Uwaa! I love Perlis~

Tidak boleh duduk diam
= Hehe. Tepat gak. Mmg tak buleh dok diam. Huhu. Bukan Hyperactive, tapi entah la syndrome apa. Tapi takpa, hati baek. 

Keras hati dan degil
= Erk, kena sedas. Tak dinafikan, memang keras hati dan agak degil. Tapi yang pasti dalam hati ada taman! Auumm!

Pemikiran yang tajam
= Wah, kena puji utk kali ke brapa pon tak tau. Trimas.

Mudah marah apabila tidak dikawal
= Yeah!! Sapa berani jolok sarang tebuan?? Sapa berani sepak motor aku?? Oppss... Kaver-kaver!

Perasaan yang amat mendalam
= Auuww. Dalam hati ada taman. Janji cool!!

Cantik dari segi mental dan fizikal
= No comment. No gossip please~

Tidak perlu dimotivasikan
= Memang. I can manage myself. Walau seteruk mana stress, give me some time, and then back to normal! Yeah, dats me! (Ada sedikit poyo dan bongkak di situ ye)

Suka berangan
= Sapa tak suka berangan. Angan-angan nie membuatkan kita lebey berusaha untuk mengapai apa yang kita inginkan. 

Daya khayalan yang tinggi
= Khayalan ngan berangan tak sama ke? Adik beradik je kan??

Pandai berdebat
= Pandai carik gaduh, pusing-pusing ayat ada r. Kalo berdebat, bagi kat Akmal. Dia lahir bulan May jugak.

Tidak punya ramai anak
= Alar, pasaipa plak??? Ini tidak adil!! Aku agak, sebab orang bulan May nie kan lahir kat tengah-tengah taun, so pertukaran monsun la gamaknya. 

Rajin dan bersemangat tinggi
= Muahaha. Chaiyok! Banzaii!!

Agak boros
= No comment!

-------------------------------------------------------------------

Ps: Jangan tak percaya plak, k? Ini semua kenyataan!

Sunday, February 20, 2011

Saya sokong industri muzik tanahair

Haha, entry kali nie, aku nak promote beberapa buah lagu.

_____________________________________________________________________________

Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila - Di Mana Di Mana MP3

Dimana dimana, dimana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami

Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, Ho oooo

Jangan jangan, jangan Kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku

Tak Pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah

Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo Surya atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, Ku tak akan pernah bisa
ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
hanyalah kamu di hatiku

kini kutemukan, tak perlu lagi ku mencari
cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami

Gejolak di dalam hati ini
hingga sejuk terasa
batin ini...ho ooo

ho o ho o o oooo Oh
hanyalah kamu dihatiku (2x)


_____________________________________________________________________________

Tom - Lagu Untuk Kuala Lumpur MP3

Terbenam mentari malam menjelang lagi
Di kotaku berkelipan
Masa untuk berhiburan
Bersama kawan-kawan

Meronda ketawa
Melihat manusia beza tapi sama saja
Dari Maluri ke Bangsar
Gombak ke Damansara

Korus
Oh.. Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh.. Kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Berhenti di Ampang makan sebelum pulang
Kerna Subuh kan menjelang
Esok kita bangun lagi
Cari sesuap nasi

Oh.. Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur
Oh.. Kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Oh.. Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur

Oh.. Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur

Oh.. Kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Kuala Lumpur



*sama sket ngan lagu Kotarayaku - Altimet

_____________________________________________________________________________

Black - Dewi Aleeya MP3

Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara
Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku
*
Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku..

_____________________________________________________________________________


Shahir - Luar Biasa MP3

Seandainya mengalir di sini
Yang sejernih apa yang terkunci
Pastinya di dalam diari
Bagailah kasih
Hati ke hati bersemadi

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu



Chorus
Luar biasa
Landah senja suria padamu
Lalu menusukku
Luar biasa suara
Siksa membisu
Akhirnya membunuhmu

Hidup ini puas dipenuhi
Yang sesali tiada berganti
Natijah rasa dizahiri
Bagai dimensi dan hipokrasi berselari

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Ulang Chorus

Tanpa kata
Tanpa rela
Biarkannya
Jatuh ke riba

Takkan pudar
Kisah kita
Nyata di rasa nyata di matanya
Lalu menusukku

Luar biasa penjara
Siksa sesalan
Dikucupnya virus

Ulang Chorus

Maafkanlah diriku


_____________________________________________________________________________


Rossa - Hati Yang Kau Sakiti MP3

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
* maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

** tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

reff:
ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

repeat *, **
repeat reff

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti




_____________________________________________________________________________



Thursday, February 17, 2011

Penantian itu suatu penyiksaan



Waiting, waiting, waiting, waiting, waiting....... several hours......yeah...........

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine


Salam Maulidur Rasul~

Mari kita hidupkan sunnah Rasulullah saw.

Anti Valentine Day. 

                                                                              design by Nuelz

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam keredhaan, elakkan Valentine. 
Apa aku merapu neh. Hahaha.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Syaimaa, Melin, ASNI, Minah

Farewell to Asni. 

Selamat Pulang ke Aussie.

Hujung tahun nanti kita bertemu kembali. 

Jangan sedey-sedey~

Have a safe journey.


Sunday, February 13, 2011

Owh, Indah nya Cuti



Owh, jelingan itu~

cute~

Hah, Alya Qaisara di usia 9 bulan. Sweet kan anak dara Mak Meed dan Pak Azis??? Mentang-mentang la aku cuti rini, menerima plak kunjungan istimewa dari anak buah marine. So sweet. Bila nak maen lari-lari nie?? Bila nak terjun kolam neh? Baby marine kena la masuk air, kan, kan? 

So kepada uncle-uncle dan auntie-auntie sekalian, tengok la anak buah korang neh. Mana paklong? Maklong? Paksu? Maksu? 

Jom generate idea untuk panggilan. Jangan mengada nak letak akak dan abang lagi ye.

Ateng da pilih Maksu.
Oney plak Paksu.

Selebeynya??

Abang Long = Pak Long
Kak Long = Mak Long

Pak Jang? Mak Jang? Pak Teh? Mak Teh? Pak Ngah? Mak Ngah? Pak Lang? Mak Lang?
Korang pikir la sendiri. Hahaha.


+++++++++++++++++++++++++++


Owh, Sotong di langit. Bukan spender ye. Tetapi layang-layang. So gorgeous~




Nampak tak, sotong besar dan jugak udang kara~


ps: Owh, letihnya, tapi seronok dapat bercuti. Besok sudah kerja. Mari kita berkeja. Yeah~

Saturday, February 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Akak!!



Tahniah kepada akak, Rohayu Ramli, selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan hati, Husaini Kamal


















Outdoor Session~









Semoga Berbahagia diucapkan kepada Akak dan suami... 

Sepanjang usia dan hayat dikandung badan... 

Bersama la selama-lamanya... 


Thursday, February 10, 2011

Oh Awan Goku

Hah, tengok kat chatbox sebelah kiri blog nie (tp sebelah kanan korang), ada nampak kat nama Awan Goku?? Siapakah beliau?


Ok, atas "pemintaan" beliau, meh aku cetakan serba sedikit tentang member aku nie.



S = Soalan
J = Jawapan


S: Berapa lama da kenal dengan beliau??
J: Kenal?? Mana ada kenal. Saya tak kenal budak nie. Eh, tak, tak, saya kenal beliau neh. Beliau nie merupakan  kawan terawal yang saya kenal dalam marine tech. Kalau orang laen kenal beliau 3tahun, saya kenal beliau 3tahun 2bulan. 


S: Ada plak camtuh, 3 tahun 2 bulan? Maksudnya??
J: Memandangkan interview tuh diadakan pada hujung bulan April, dan masuk plak uitm pada hujung bulan 6, kiranya dalam tempoh 2bulan tuh saya da kenal beliau. So kira advantage bg saya lar~


S: Perkenalan kali pertama? 
J: Owh, saya kenal beliau di Shah Alam, masa pergi interview untuk masuk marine technology. First time nampak masa ujian bertulis. Orang laen tengah jawab paper, tetiba jerk ada sorang g masuk, dengan kelam kabutnya. Saya tgok jerk, owh, gelojoh betoi minah neh. Dah la lambat. Potong markah dia, muahahaha. Owh, jahatnya saya pada masa itu~. Then bila da habis ujian bertulis tuh, saya ada la join sembang-sembang. Time tuh baru saya tau beliau dari STPM. Dan saya sorg jerk (kot) dari matrikulasi dalam group tuh. 


Sembang-sembang, ada la tanya kenapa lambat dtg td? Beliau cakap, tersesat jalan. Baru datang dari Perak. Sesat, sampaikan masuk KL daa. Then sewa la satu teksi untuk tunjuk jalan ke uitm Shah Alam. Kena bayar plak khidmat teksi tuh. Hahaha. Sedey gila. (Maybe betul la kot jalan ceta tuh~)


S: Then, masa dapat tau keputusan masuk universiti, kira tau la beliau pon dapat jugak course yang sama??
J: Saya tak tau lgsg tapi memang teringat tentang beliau. Even mak ayah saya pon suruh tanya beliau, dapat ke tak course tuh. Erm, tapi kan, seingat saya, beliau ada bagi number handset mak beliau rasanya. Owh, tak nak! So, memang langsung tak tau la samada beliau dapat ke tak course tuh~


S: Di uitm, bila pertama kali ternampak kelibat beliau?
J: Dalam dewan, bila bertanya student-student laen, takda sorang pon yang cakap dapat course Marine. Owh, adakah aku sorang jerk pompuan yang ditakdirkan masuk Marine??? Takpe, sedapkan ati dulu. Eh, melalut plak. Tentang beliau kan?? Masa orientasi, even dalam dewan skalipon, tak bertembung dengan beliau. Seingat saya, saya bertembung dengan beliau masa beratur dari kolej menuju ke mana tah time tuh. Kira mcm gembira gila+excited r. Saya pon memang takda member jugak time tuh. So, da berjumpa, sembang-sembang, ceta-ceta, ada jugak la member kan? So sejak dari hari tuh, memang selalu bertembung dengan beliau. Itulah takdir kan??


S: Pengalaman manis dan pahit bersama beliau??
J: Manis?? Erm, hidup di universiti neh susah, banyak pahit getirnya. Manis tuh bila time gembira-gembira lar. Contohnya, time karok, group sesama, kutuk-kutuk beliau, lepak-lepak online masa kat uitm shah alam dari tgh malam sampai ke pagi (tak tidow), masa intersesi, pegi pahang. Tue seingat saya lar. 


Pahit plak, erm, buat apa nak kenang benda yang pahit kan?? Biarkan ia menjadik penawar duka lama~. Hey, i remember, teflon!! Hahaha...oppss~


S: Apakah 3 perkataan yang paling sesuai untuk gambarkan beliau??
J: Kabut~ (Muahahaha), Happening, Rock!!


**********************************************


Hey, entry nie cukup formal! Wat the heck. Delete-delete-delete~

Siapakah beliau??? Carik la sendiri~

Perihal Kiosk~

Owh, perihal di kiosk:

Situasi 1:

Customer 1: Adik, Milo (kotak) ada tak??
Aku: Ada.
Customer 1: Sejuk tak?
Aku: Insya allah sejuk.
Customer 2: Hoh, nie mesti kes terlebey dengar lagu Maher Zain - Insya Allah neh.
Aku: (Dang!! da ckup muslimah weh jawapan aku tuh!!!!) Hahaha....


Mana lah aku tau Milo tuh sejuk ke tak. Aku jawab je la, insya allah sejuk. Tunggu la aku nak g tengok dulu sejuk ke tak. Japg aku cakap sejuk, hantar tak sejuk, kena kondem jugak. Aish. Dang!


___________________________________________

Situasi 2: 

Situasi di mana Customer 1, Customer 2, Customer 3, Customer 4, Customer 5, Customer 6 da order minuman. Radix 2, tapi stok habis, tinggal 1 jerk Radix. Satu lagi terpaksa ditukar.

Aku: Erm, Radix ada satu ja. Satu lagi nak tukar minuman apa tah?
Customer 1: Alahai, ok, tukar Alicafe kosong panas 1.

Beberapa ketika kemudian........

Member: (keluar untuk bertanya sesuatu kepada Customer 1 - 6) .......
Customer 1: Hah, kali nie apa plak takda??? (dengan nada bengis+perli+lawak)
Member: Erk... (terkesima)

Maka, aku pon keluar untuk hantar waffle kat diorg

Aku: Kalau menu takda, saya yang keluar, bukan member saya nie.... (perli dia, perli dia...muahahaha!!)


Kadang-kadang stok habis, bukan taknak beli bnyk-bnyk, tapi takda tempat nak sumbat semua tuh dalam kiosk yang kecik neh. Sememangnya kitorg nak menyediakan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan.

___________________________________________


Situasi camni selalu terjadi. Maybe sebab kitorg sporting. Hidup kena Chill, babe!! Kan...???

Tuesday, February 8, 2011

Owh, Pujaan Hati~


Owh, jatuh hati kepada Awan Nano, Ku Akui, Lebih Dewasa, Noktah Cinta, Masih Jelas~


Carta Hotfm 30 - Tangga ke 23

Carta Erafm 40 - Tangga ke 29

Carta Hotfm MenuMuzik - Juara (2x)



Owh, Sangap Sebentar~



Sunday, February 6, 2011

Memory i - Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)


Oh, H2T2 yang ku rindui. Nie la classmate aku yang gila-gila masa kat Kolej Matrikulasi Perlis. Its a memory dude!!! Rindu korang semua. Walaupon jangka masa setahun jerk kita bersama, tapi da cukup meninggalkan memori yang sangat best! 

   
Happening tak? Mula-mula, semua nerd jerk, muka formal. Pastu, haru biru la dibuatnya. Tapi dalam gambar nie ada yang tak datang. Intan takda. 

**********************************
   
Yang nie plak gambar kelas aku, masa kat Dataran. Yang tengah melompat tuh, Haziq nama dia. Gilos~ Hahaha, Kalau terror, carik, di mana aku?? 


**********************************


Nie plak gambar jejaka idaman semalaya. Kiranya Hero Malaya alaf lama sket jerk. Gambar nie di snap masa jamuan Hari Raya. Helmi, Adam, Fattah. 


**********************************


Hero Malaya Vs Heroin Malaya. 9 hero, 12 heroin. Caya lah. Rindu korang semua. :)

      

**********************************


Aku lah pembesar negara! Di ikuti oleh menteri fasola di belakang, bersama dayang dan 2 orang hulubalang. Yiehhaaa!!


**********************************


Ada lagi tshirt nie dalam simpanan aku. Kadang-kadang rajin gak pakai, Jom pakai time kita buat reunion nanti?? Mari kita tgok sapa yang da hilang tshirt neh. Muahaha.

Intan Farlina, Abdul Fattah, Syed Muhammad Adam, Hayati, Chea Foong, Helmie, Mursyidi, Nasir, Nurul Ezyantie, Ong, Haziq Rifaiie, Sakiah, Awanis, Hafizah, Syikin, Putri Nurul Hajaratul, Faizah, Sakinah, Najmi, Syamimi, Amir Syazwan. 

Hidup H2T2!!

**********************************

Kolej Matrikulasi Perlis
in memories~




Buah Pinggang Masuk Air?




Ini bukan jejaka idaman aku, tetapi ini adalah anak sedara aku yang kedua. 

Mohd Fakhrul Asyraf.

Kelmarin dia dikejarkan ke Hospital, bermula bila dia mengadu sakit perut. Abang aku (ayah dia) call aku, cakap dia masuk hospital, dan Dr kata buah pinggang Asyraf masuk air. Ada ke istilah buah pinggang masuk air? Bukan memang tugas buah pinggang untuk menapis air?? 

Pelik, tapi aku doakan keadaan semuanya akan selamat~

Chaiyok, banzaii, da la nak PMR tahun nie.