Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Tuesday, September 14, 2010

Kisah Duit Raya

Duit Raya, mmg sinonim time raya neh. Kiranya tuh la aim budak-budak bila time raya camni. Biasa la, nie pendapat berdasarkan experience. Aku dulu pn, kalo time raya, time nie la aku plg sibuk menjinakkan diri menjadik "pegawai akaun" tak bertauliah. Agenda mengira duit raya berpuluh-puluh kali, mmg best lar, walopon baru lepas dpat tmbhan rm1, mesti kira balek dari awal. Excited la kan? Apatah lagi kalo angka tuh da dekat ngan nilai-nilai genap Selalunya, upacara kutip duit raya kat umah sedara-sedara terdekat je. Nak harapkan pusing keliling kampung, confirm tak pegi. Setakat umah jiran sebelah, ada la kadang-kadang. Tuh pn jarang-jarang.
Skrg nie pn still muda g, so still dapat lg duit raya, dan yang pling bestnya, angka kadang-kadang berganda dari aku time kecik-kecik dulu. Ok la, kena gak ngan istilah orang-orang tua dulu, budak kechik tak buleh pegang dwet besar-besar. Aku sokong. Skrg neh, kira standard orang bagi dwet raya kiranya paling minimum rm1 @ rm2, paling maximum, entah ler, tak tercapai akal fikiranku, kiranya bergantung kepada tahap kekayaan dan kemurahan hati seseorg tue la.
Nak dijadikan ceta plak, anak sedara aku yang 363 hari drpd 365 hari dalam setahun yg menetap kat Kuala Kedah balek beraya kat Perlis 2 ari (start raya ke-2). Ala, budak umor 8 tahun, mesti la pandai mengutip dwet raya kan? So sembang punya sembang, tanya la dia, bape da dwet raya dia berjaya kumpul masa raya kat sana? Dia cakap, rm20. Owh, maybe anak sedara aku neh malu nk serbu umah orang kot time raya camni. Kalo nak ikutkan, area umah diorg tuh, mmg kawasan perumahan yg amat sesak. Perumahan kampung yang kerajaan bina nak elakkan dari tsunami dulu. Area tuh kiranya pekerjaan utama penduduk kat situ adalah nelayan. Tetiba rasa tergerak ati nak tanya, satu rumah slalunya bagi berapa ringgit kat budak-budak yang mai beraya? Dengan pantas, terus anak sedara aku jawab, "ada yg bg sekupang, dua kupang, tiga kupang...Paling bnyk pn, seringgit". Aku, mak aku, ayah aku, kakak aku tergamam.
Kenapa mesti kami tergamam? Hurm, kalo kat area umah aku, walopon perlis, nilai duit raya tuh paling minimum adalah rm1@rm2, tapi bila pikirkan info dari anak sedara aku neh, terasa mcm kembali ke zaman dahulu jerk. Time aku kecik-kecik dulu pn jarang sangat la org bagi kurang dari rm1. Yg bagi pn, mmg terkenal dengan sikap tangkai jering nya. Hihihi. Sememangnya tak dinafikan la, pemberian dwet raya sebenarnya tradisi rakyat Malaysia utk merayakan, menggembirakan kanak-kanak, di samping bersedekah. Besar pahalanya. Nilai tak menjadi ukuran, yang penting keikhlasan, kan?
Berbalik kepada ceta anak sedara aku neh, terpikir jgak, dengan jumlah rm20, bayangkan kalo sebuah umah bg seposen, anak sedara aku perlu beraya umah org dalam 200 buah umah jgak lar. Agak banyak. Kalo aku, jgn harap la aku nk beraya smpai camtu skali. Tapi mengenangkan penduduk kat sana kerjanya nelayan, dan jumlah kanak-kanak kat area tuh mmg bnyak sgt, sememangnya jumlah tuh sekadar memadai. Bayangkan, kalo skali rombongan yg dtg beraya tuh, 10 org budak. Nak bagi sorg rm1, 10xrm1= rm10. Mmg sakit tuan rumah. So kalo bagi seposen, 10xrm0.10=rm1, kan lebey jimat? Lebey untung? Hehhee...
363 dari 365 hari, baki 2 ari, kitorg angkut anak sedara aku tuh balek perlis. Beraya ngan kitorg plak. Dalam dua hari beraya kat cnie, just pegi beraya umah sedara mara terdekat jerk, kira je dwet raya dia, da dpat rm100 lebey. Anak sedara aku mmg excited gila-gila lar. Even tetamu yang dtg umah utk beraya pn akan kuarkan dwet raya utk diberi kepada kitorg adik beradik. Bagai dikata, tak perlu g jauh-jauh, dwet raya akan dtg sendiri. So, tahun depan insya allah anak sedara aku tuh sggup beraya kat cnie lagi, buleh jalan-jalan kutip dwet raya ag.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Menyimpang jauh da neh. Sebenarnya:
Motif raya neh tujuannya nak bermaaf-maafan sesama kita. Betulkan niat. Bukan nak kutip dwet raya, tapi kalo rezeki, jgan ditolak, grab je. Hihihi. Salam Aidilfitri semuanya.
Tahniah kepada Fazliana Mustajab dan Ahmad Fahmi Rashid yg telah melansungkan perkahwinan pada 12 September 2010. Semoga cepat dapat anak, berbahagia selalu gamaknya.
Tahniah kepada Ayahanda tersayang, Hadrus bin Saad yg menyambut hari kelahiran yang ke 61 pada 12 September 2010. Semoga panjang umor, murah rezeki, sihat walafiat hendaknya.

NUELZ

2 comments:

mr.Onn said...

ade dpt duet raye lg ke??..

NueLz said...

hahaha....ko x dpat ke onney? ko muda setahun dr aku, takkan tak dpat kot..kikiki