Awal-awal pagi bangun, tp bukan untuk bersahur. Tak tau la kot-kot ada yg bangun utk bersahur lagi hari nie. Hikhikhik. Akhirnya hari kemenangan bagi umat Islam suda pn tiba. Raya, raya, raya. Walaupon dalam kesedihan meninggalkan Ramadan. Insya allah jika umur panjang, akan bertemu lagi Ramadan pada tahun hadapan.
Tema taun neh, Bersederhana semuanya. Menu raya tahun nie pn semua nya bersederhana. Kebanyakannya menu kuih raya tradisional. Contohnya mcm dodol, bahulu, maruku, kuih siput, kuih bangkit. So sapa-sapa yg minat kuih tradisional, jemput la datang. Raya pertama ada la jgak buat mi goreng sebagai menu tambahan. Raya kedua, nk beraya umah sedara plak k..? Kira mmg adat tiap-tiap tahun, raya first mesti ada kat umah.
Even hari nie pn just sedara-sedara yg dekat datang beraya. Tak perlu pergi jauh-jauh, dwet raya datang sendiri. Terpikir gak, besar-besar pn still dpat dwet kn. Hahaha. Bagus la jgak. Selagi tak kawen, mmg layak dpat dwet raya, kan? Well, aku pn muda ag. Kalo da sedara mara datang melawat, time nie nk merapatkan sillaturrahim. Masing-masing start nk mengenali sesama sendiri. Ye lar, apa buat skrg, dok mana skrg, rumah kat _____ da jual ke belom, raya mana da, etc2, blablabla. Yg lagi best, mcm baru semalam jerk aku nmpk budak tuh kecik jerk, taun neh mai, ya Allah, besau daa. Iskh2.
Soklan wajib bagi aku, mcm biasa la, sama seperti soalan-soalan tahun lepas, tapi jawapan nya berlainan kali neh;
Cuti sampai bila?
(Cuti buat selama-lamanya =p )
Ada brapa taun lagi belajar?
(0 tahun daa~ =p)
Da keja ka?
(Belom lagi)
Tggu tawaran bekerja ka skrg?
(Kalo org tawarkan kerja kan besh...mana ada org tawar keja...kita la kena carik sendiri)
Amek course apa tah dulu?
("course"metik?? Marine daa~)
Naseb bek takda lagi yg tanya, anak berapa daa? (Duh!!?) =p
Kepada semua kawan-kawan yang wish raya menerusi sms dan facebook, thanks a lot. Terima kasih gak kepada kawan-kawan yg still mengamalkan tradisi lama, menghantar kad raya, special thanks kepada Akmal, Muzza, Ejorn dan Fatin Iz (Terharu-mode). Bagi yg tak terima balasan kad raya, taun depan aku send k? Nak send reply balek pn da tak sempat. Even kalo send pn, maybe dpat pas raya. Tak gempak la kan? Hehehe....
So, akhir kata, semua yang balek beraya di kampung tuh, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah yg tersayang. Biar lambat, asalkan selamat. Buat apa nk terburu-buru, raya kan sebulan =p. Makan kuih raya tuh berpada-pada, jangan smpai tercekik. Lagi dasat kalo tercekik kuih raya. Mentang-mentang la puasa da habis, semua nk balas dendam makan puas-puas. Ingatlah bahawa puasa just sebulan, time nk makan siang dan malam ada lagi 11 bulan. Sabar-sabar la, k? So, jom layan ceta raya malam nie kat TV.
Salam Aidilfitri buat semua rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment