Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Sunday, September 26, 2010

Kenangan Lama kah?

(membelek facebook kawan-kawan lama)
(terpandang satu profile picture kawan masa tadika)
(Right-click, Save as, Desktop)
(Upload www.blogger.com)
Ini la gambar masa tadika dulu. Kalo sapa terer, carik gambar pemilik blog neh dalam masa 5 saat. Hadiah tuntut dlm facebook. Jangan tipu-tipu ye. 5 saat ja.
Tadika dulu masa 6 tahun. Tadika aku tak jauh pn. Depan jalan tuh je. Nama tadika nie unik, Tadika Bunga Raya. Jangan salah sangka. Yang dlm gmbr tuh, bukan uniform tadika. Gambar yg kat atas tuh, gambar masa pegi pertandingan menari wakil tadika. Kira semua tadika kat Perlis neh masuk gamaknya. Aku pn kabur-kabur ttg ceta sebenar masa kecik-kecik dulu. Yg aku still ingt smpai hari neh, aku penari lead yg masuk pentas dulu. Kikiki. Macam tak caya ja aku buleh menari. Dush!!? =.=!!
Short-term memory tol aku. Nak listkan nama semua org kat dlm gmbr tuh, harap maaf. Aku tak ingt sgt nama kawan-kawan masa aku kecik dulu. Yang aku still ingt dlm 2 3 org lar. Tue pn sebab mmg membesar sama-sama, dan still tinggal kat cnie. Gambar permulaan kepada semuanya. ^_^.
Credit: Kepada yg tgkp gmbr neh.
Kepada yg upload gmbr neh kat facebook.

Friday, September 24, 2010

The Place

Jalan menuju kejayaan.
Apakah??
Merepek.
Sebenarnya, aku merindui laut.
Best nya kalau dapat berendam kat area mcm neh.
Air biru.
Jernih.
Tempat yang lawa.
Kalau bercuti neh, mmg terBaek r..!!?
Birunya laut.
Bestnya kalo dpat maen air kat sini.
Oooo, cantiknya ciptaanNya.
Sempurna.
Kalo dok atas kapal layar ke, cruise ke,
Lepak-lepak sini pon seronok.
Menikmati alam yang ckup indah ini.
Sambil layan lagu "Cukup Indah" dr Alif Satar.
TerBaek..!!!!?
Perlis takda laut yg cantik mcm nie. Pantai pon takda. Kalau nk klasifikasikan pantai berlumpur tuh, tak masuk dlm kategori pantai cantik kot. Air pn tak sebiru mcm dlm gmbr kat atas tuh. Keruh. Nak dpat pegi tmpat-tmpat mcm nie, kena ada dwet. Nak ada dwet, kena keja. Nak ada keja, kena carik. Jgn dok goyang kaki. Jgn jadi mcm Mat Jenin. Angan-angan smpai ke langit. tapi hasilnya, nothing. Nak jadik senang, mmg susah; tapi kalo nak jadi susah, sgt senang. Kalau tak berusaha, mcm mana nk berjaya. Nak berjaya, perlukan sedikit pengorbanan. Korbankan masa, tenaga, demi membentuk masa depan yg lebey baek. So, apa lagi, teruskn berusaha mencari pekerjaan!! Kumpul dwet bnyk-bnyk, nanti buleh pegi tgk pantai cantik!!? ^_^ (memberi semangat pada diri sendiri. Kalau tak support diri sendiri, sapa lg nak support kn?)
Tapi aku tetap sayang kan Perlis

Kenapa Bila Interview.............

(sesi bermonolog)
Kenapa bila interview, orang slalu tnya soklan yg sama?
Takda soklan pelik-pelik ka?
KBKK ka,
Teka teki ka,
Suh jawab sudoku (Level I) ka,
Atau apa-apa ja lar.
Baru la mencabar sket pemikiran.
Tapi iya lar,
Tak kenal maka tak cinta.
Kenapa bila interview, orang slalu tnya masa silam kita?
Dulu skolah mana,
Tinggal kat mana,
Spm dapat brapa,
Status bujang@kawen, etc?
Mmg la kena tnya masa silam.
Sebab kita baru nk melangkah utk mencipta masa depan.
Tanpa yg silam,
Apalah masa depan.
Kenapa bila interview, orang slalu pakai lawa-lawa?
Mekap sana, mekap sini,
Blink-blink dari atas smpai bawah?
Iye lar, takkan nak pakai tshirt ngan sandal je.
Japg orang kata "mcm nie nk keja ngan aku??".
Penampilan kena jaga,
Baru nmpk menarik.
Tapi jgn hnya cantik di luar,
Tapi busuk kat dalam.
Kedua-duanya mesti seimbang.
Barulah hati senang.
Kenapa bila interview, orang selalu tnya pengalaman kerja kita?
Yang takda pengalaman bekerja la perlu kita gilap.
Asyik amek yg ada pengalaman jerk.
Abeh tuh yg takda pengalaman, tak payah kerja la?
Mcm mana kita nak ada pengalaman,
Kalau kita tak diberi peluang utk bekerja?
Kenapa bila interview, orang selalu tanya expected salary kita?
Bila dijawab "negotiable", dimintak angka pulak.
Bagaimana harus kita jawab?
Sememangnya nilai gaji bagi pemegang sijil berbeza, sgt ketara.
Tapi haruskah kita berpegang teguh,
Pada nilai gaji yg setaraf dgn kelulusan kita?
Adakah kita megah dengan kelulusan kita,
Dan tak sanggup menerima nilai gaji yg lebih rendah dari expectation?
Tak salah rasanya.
Yang penting, pengalaman yg ditimba.
Dan kenapa bila interview bnyk-bnyk,
Tapi satu pn masih tak berjaya?!! (Grrr..)
Adakah kita tidak layak?
Dengan jawatan yg ditawarkan.
Atau adakah kita terlebih layak?
Percayalah.
Itulah lumrah hidup.
Walaubagaimana pon,
Teruskan usaha,
Demi mencipta masa depan.
Sampai masanya, akan ketemu jua.
AMIN...
(Monolog selesai...Tido)

Wednesday, September 22, 2010

Kawan baek Vs. Kawan rapat?

Orang slalu kata, kalo berkawan, berpada-pada. Kadang-kadang aku terpikir gak, dalam berkawan nih, kena berhati-hati. Bukan semua org buleh dibuat kawan. Ada kawan yg depan kita nampak baek, tapi belakang kita, dikutuknya. Ada jgak kawan yg malu-malu nk bergaul bila dengan kita, tapi sebenarnya dia adalah orang yg peramah sebenarnya. Ada jgak kawan yang makan kawan. Dunia neh serba lengkap dengan seribu satu macam jenis kawan.
Kawan...
Kawan baek versus Kawan rapat...
Apa bezanya??
Kalo dipikirkan, takda beza pn antara dua istilah neh.
Tapi kenapa aku tak suka ngan perkataan "kawan baek" tuh??
Aku lebey suka sebut "kawan rapat".
Bagi orang laen, maybe dua istilah nie bawak erti yg sama.
Tapi tidak bagi aku.
Kawan rapat.
Orang yg kita buleh jadik rapat, walo berada jauh ato dekat ngan kita.
Kawan baek?
Orang yg kita buleh jadik lebey rapat, tak kira jauh dan dekat.
Tapi.
Aku tetap nmpk perbezaan antara dua istilah nie.
Dan aku tetap rasakan "Kawan rapat" adalah istilah yg sebaiknya dlm berkawan.
Bagi aku.
Perbezaan utama antara "Kawan baek" dan "Kawan rapat" dlm diari hidup aku.
Antaranya.
"Kawan rapat".
Tak da perasaan terkongkong.
Tak da perasaan terguris ati.
Tak perlu risau.
Sekadar berkongsi idea dan berceloteh.
"Kawan baek".
Perlu jaga ati umpama permukaan kaca lebey tebal.
Kawan kita pn turut menjadik kawan nya.
Apa yg diminati, tetap menjadik kegemaran nya jua.
Bosan kan?
Jauhkan kawan baek, dekatkan kawan rapat.
Baek berpada-pada.
Kerana manusia mudah lupa.
Manusia cepat melatah.
Dunia.

Wednesday, September 15, 2010

Tak Sedap Dipandang Ep 1

Pelik betul aku tgk gelagat mak bapak yang slalu sgt biarkan anak-anak maen ngan harta benda kat tempat awam. Mcm td, aku g KFC Kangar. Aku ada la tgk satu peel manusia neh. Agak kurg menyenangkan la. Dalam berpuluh manusia yang beratur panjang kat kaunter, si ibu neh ada la bawak 2 org anak. Dua-dua pompuan. Nie bukan pertama kali bertemu situasi yg mcm neh, tp slalu sangat daa.

Si ibu beratur dlm line depan aku, anak-anak plak maen amek straw kat depan tuh. Sorang amek enam tujuh lapan sembilan sepuluh straw. Kalo da dua org, berganda la. Yang si ibu takda plak nk menegur si anak amek, amek, amek straw kat kaunter depan tuh. Just tengok, bukan tak tau, tapi nilai-nilai murni da takda ke dalam diri ibu neh? Mungkin ciri-ciri pada si ibu yg masih muda, da penat nk menjaga anak, penat nk melarang si anak dr bermaen-maen benda yg tak sepatutnya, atau mmg sengaja dan suka dengan keletah anak-anak yang buas dan memalukan di khalayak ramai? Kalo straw tuh diambil, dan digunakan kemudian, maybe ok jgak. Aleh-aleh, bila si ibu beli minuman, si ibu plak grab empat lima straw lagi. Wahwah, tokey straw pn buleh bankrupt kalo camni. Makin panas la gamaknya dunia kita nnti.

Topic neh mmg nmpk remeh, tapi sebenarnya benda neh orang akan terlepas pandang. Anak-anak, kalo dari kecik tak dididik dengan betul, nanti besar, habis rosak. Bak kata ayah aku la, anak-anak neh, kalo kecik-kecik lagi tak diajar, besar nanti, kepala kita mak bapak pn dia jual. Kalo rasa anak-anak buat benda tak betul, tegur dari awal. Jangan sampai anak-anak naek kepala. Nanti da masuk sekolah, lagi banyak peelnya. Aleh-aleh, mak bapak la yg kena tanggung segalanya. Angkara salah didikan.

Tambahan pulak budak-budak skrg mana makan saman. Kalo ditegur makin melenting ada la. Bukan budak-budak yg da masuk kategori remaja maksud aku, tapi budak-budak yang baru masuk sekolah pon tak kurang hebatnya. Kalo yang da masuk sekolah menengah, mmg paham la, nama pn budak-budak nk membesar, pertukaran hormone itu la, hormone ini la, belajar nk menjadik dewasa la katakan. Tapi kalo yang baru umor 7 8 tahun pon da pandai melawan mak bapak. Jangan harap la nk dengar kalo dilarang itu dan ini. Lagi membantah ada la. Budak-budak zaman skrg la katakan. Lahir-lahir jerk, kemewahan di sekeliling. So, masing-masing mudah besar kepala. Mana tak nya, semua yg dimintak, mesti dapat. Kalo tak dpat, mau meraung satu Malaysia. Aleh-aleh dpat jugak. Anak bapak la katakan.

Nasihat pada si ibu td, jaga la anak anda baek-baek. Buas sgt tuh. Annoying tol. Aku yg makan kat kfc td pn buleh tercekik tulang ayam bila anak dia buat bising ya amat td. Aish. Manusia-manusia.

Tuesday, September 14, 2010

TAKDA KEJA, CARIK KEJA

Mengantuk,

BOSAN,

Penat,

Mau TiDor,

DAA~

Kisah Duit Raya

Duit Raya, mmg sinonim time raya neh. Kiranya tuh la aim budak-budak bila time raya camni. Biasa la, nie pendapat berdasarkan experience. Aku dulu pn, kalo time raya, time nie la aku plg sibuk menjinakkan diri menjadik "pegawai akaun" tak bertauliah. Agenda mengira duit raya berpuluh-puluh kali, mmg best lar, walopon baru lepas dpat tmbhan rm1, mesti kira balek dari awal. Excited la kan? Apatah lagi kalo angka tuh da dekat ngan nilai-nilai genap Selalunya, upacara kutip duit raya kat umah sedara-sedara terdekat je. Nak harapkan pusing keliling kampung, confirm tak pegi. Setakat umah jiran sebelah, ada la kadang-kadang. Tuh pn jarang-jarang.
Skrg nie pn still muda g, so still dapat lg duit raya, dan yang pling bestnya, angka kadang-kadang berganda dari aku time kecik-kecik dulu. Ok la, kena gak ngan istilah orang-orang tua dulu, budak kechik tak buleh pegang dwet besar-besar. Aku sokong. Skrg neh, kira standard orang bagi dwet raya kiranya paling minimum rm1 @ rm2, paling maximum, entah ler, tak tercapai akal fikiranku, kiranya bergantung kepada tahap kekayaan dan kemurahan hati seseorg tue la.
Nak dijadikan ceta plak, anak sedara aku yang 363 hari drpd 365 hari dalam setahun yg menetap kat Kuala Kedah balek beraya kat Perlis 2 ari (start raya ke-2). Ala, budak umor 8 tahun, mesti la pandai mengutip dwet raya kan? So sembang punya sembang, tanya la dia, bape da dwet raya dia berjaya kumpul masa raya kat sana? Dia cakap, rm20. Owh, maybe anak sedara aku neh malu nk serbu umah orang kot time raya camni. Kalo nak ikutkan, area umah diorg tuh, mmg kawasan perumahan yg amat sesak. Perumahan kampung yang kerajaan bina nak elakkan dari tsunami dulu. Area tuh kiranya pekerjaan utama penduduk kat situ adalah nelayan. Tetiba rasa tergerak ati nak tanya, satu rumah slalunya bagi berapa ringgit kat budak-budak yang mai beraya? Dengan pantas, terus anak sedara aku jawab, "ada yg bg sekupang, dua kupang, tiga kupang...Paling bnyk pn, seringgit". Aku, mak aku, ayah aku, kakak aku tergamam.
Kenapa mesti kami tergamam? Hurm, kalo kat area umah aku, walopon perlis, nilai duit raya tuh paling minimum adalah rm1@rm2, tapi bila pikirkan info dari anak sedara aku neh, terasa mcm kembali ke zaman dahulu jerk. Time aku kecik-kecik dulu pn jarang sangat la org bagi kurang dari rm1. Yg bagi pn, mmg terkenal dengan sikap tangkai jering nya. Hihihi. Sememangnya tak dinafikan la, pemberian dwet raya sebenarnya tradisi rakyat Malaysia utk merayakan, menggembirakan kanak-kanak, di samping bersedekah. Besar pahalanya. Nilai tak menjadi ukuran, yang penting keikhlasan, kan?
Berbalik kepada ceta anak sedara aku neh, terpikir jgak, dengan jumlah rm20, bayangkan kalo sebuah umah bg seposen, anak sedara aku perlu beraya umah org dalam 200 buah umah jgak lar. Agak banyak. Kalo aku, jgn harap la aku nk beraya smpai camtu skali. Tapi mengenangkan penduduk kat sana kerjanya nelayan, dan jumlah kanak-kanak kat area tuh mmg bnyak sgt, sememangnya jumlah tuh sekadar memadai. Bayangkan, kalo skali rombongan yg dtg beraya tuh, 10 org budak. Nak bagi sorg rm1, 10xrm1= rm10. Mmg sakit tuan rumah. So kalo bagi seposen, 10xrm0.10=rm1, kan lebey jimat? Lebey untung? Hehhee...
363 dari 365 hari, baki 2 ari, kitorg angkut anak sedara aku tuh balek perlis. Beraya ngan kitorg plak. Dalam dua hari beraya kat cnie, just pegi beraya umah sedara mara terdekat jerk, kira je dwet raya dia, da dpat rm100 lebey. Anak sedara aku mmg excited gila-gila lar. Even tetamu yang dtg umah utk beraya pn akan kuarkan dwet raya utk diberi kepada kitorg adik beradik. Bagai dikata, tak perlu g jauh-jauh, dwet raya akan dtg sendiri. So, tahun depan insya allah anak sedara aku tuh sggup beraya kat cnie lagi, buleh jalan-jalan kutip dwet raya ag.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Menyimpang jauh da neh. Sebenarnya:
Motif raya neh tujuannya nak bermaaf-maafan sesama kita. Betulkan niat. Bukan nak kutip dwet raya, tapi kalo rezeki, jgan ditolak, grab je. Hihihi. Salam Aidilfitri semuanya.
Tahniah kepada Fazliana Mustajab dan Ahmad Fahmi Rashid yg telah melansungkan perkahwinan pada 12 September 2010. Semoga cepat dapat anak, berbahagia selalu gamaknya.
Tahniah kepada Ayahanda tersayang, Hadrus bin Saad yg menyambut hari kelahiran yang ke 61 pada 12 September 2010. Semoga panjang umor, murah rezeki, sihat walafiat hendaknya.

NUELZ

Friday, September 10, 2010

Di Hari Lebaran~

Awal-awal pagi bangun, tp bukan untuk bersahur. Tak tau la kot-kot ada yg bangun utk bersahur lagi hari nie. Hikhikhik. Akhirnya hari kemenangan bagi umat Islam suda pn tiba. Raya, raya, raya. Walaupon dalam kesedihan meninggalkan Ramadan. Insya allah jika umur panjang, akan bertemu lagi Ramadan pada tahun hadapan.
Tema taun neh, Bersederhana semuanya. Menu raya tahun nie pn semua nya bersederhana. Kebanyakannya menu kuih raya tradisional. Contohnya mcm dodol, bahulu, maruku, kuih siput, kuih bangkit. So sapa-sapa yg minat kuih tradisional, jemput la datang. Raya pertama ada la jgak buat mi goreng sebagai menu tambahan. Raya kedua, nk beraya umah sedara plak k..? Kira mmg adat tiap-tiap tahun, raya first mesti ada kat umah.
Even hari nie pn just sedara-sedara yg dekat datang beraya. Tak perlu pergi jauh-jauh, dwet raya datang sendiri. Terpikir gak, besar-besar pn still dpat dwet kn. Hahaha. Bagus la jgak. Selagi tak kawen, mmg layak dpat dwet raya, kan? Well, aku pn muda ag. Kalo da sedara mara datang melawat, time nie nk merapatkan sillaturrahim. Masing-masing start nk mengenali sesama sendiri. Ye lar, apa buat skrg, dok mana skrg, rumah kat _____ da jual ke belom, raya mana da, etc2, blablabla. Yg lagi best, mcm baru semalam jerk aku nmpk budak tuh kecik jerk, taun neh mai, ya Allah, besau daa. Iskh2.
Soklan wajib bagi aku, mcm biasa la, sama seperti soalan-soalan tahun lepas, tapi jawapan nya berlainan kali neh;
Cuti sampai bila?
(Cuti buat selama-lamanya =p )
Ada brapa taun lagi belajar?
(0 tahun daa~ =p)
Da keja ka?
(Belom lagi)
Tggu tawaran bekerja ka skrg?
(Kalo org tawarkan kerja kan besh...mana ada org tawar keja...kita la kena carik sendiri)
Amek course apa tah dulu?
("course"metik?? Marine daa~)
Naseb bek takda lagi yg tanya, anak berapa daa? (Duh!!?) =p
Kepada semua kawan-kawan yang wish raya menerusi sms dan facebook, thanks a lot. Terima kasih gak kepada kawan-kawan yg still mengamalkan tradisi lama, menghantar kad raya, special thanks kepada Akmal, Muzza, Ejorn dan Fatin Iz (Terharu-mode). Bagi yg tak terima balasan kad raya, taun depan aku send k? Nak send reply balek pn da tak sempat. Even kalo send pn, maybe dpat pas raya. Tak gempak la kan? Hehehe....
So, akhir kata, semua yang balek beraya di kampung tuh, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah yg tersayang. Biar lambat, asalkan selamat. Buat apa nk terburu-buru, raya kan sebulan =p. Makan kuih raya tuh berpada-pada, jangan smpai tercekik. Lagi dasat kalo tercekik kuih raya. Mentang-mentang la puasa da habis, semua nk balas dendam makan puas-puas. Ingatlah bahawa puasa just sebulan, time nk makan siang dan malam ada lagi 11 bulan. Sabar-sabar la, k? So, jom layan ceta raya malam nie kat TV.
Salam Aidilfitri buat semua rakyat Malaysia.
***************************************************
Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir dan Batin
10 September 2010
1 Ramadan 1431H

Sunday, September 5, 2010

.: Misteri Hidup :.

Hidup ini satu misteri,

Yang kadang kalanya mampu terungkai,

Yang kadang kalanya terus terbelit di sanubari,

Apakah maknanya hidup ini,

Tanpa makna yang jelas,

Yang bisa membuatkan seseorang itu hanyut dalam pemikirannya sendiri.

Hidup ini memang satu misteri,

Misteri yang hanya bisa dicapai oleh pemiliknya sahaja,

Hanya yang berhak mampu merungkaikannya,

Setiap misteri hidup,

Cukup berbeza bagi setiap makhlukNya,

Carilah makna kehidupan,

Rungkailah misteri hidup,

Hanya kita yang mampu,

Dengan seribu kekuatan,

Sejuta keringat,

Teruskan mencari makna ke”misteri”an hidup ini,

Sampai akhir nanti,

Semoga akan bertemu jua.