Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Tuesday, May 31, 2011

In the Middle

Happy Burfday to me

*blush*

Thanks to all yang wish burfday aku.

Antara wish yg paling bnyk aku pernah dapat dalam hidup. 

Fuh! Thanks all! Love all of u! 



Tahun Pertama --------> Tahun Kedua --------> Tahun Ke-DuaPuluh-an




also sharing burfday with me today (on FB)

Asyraf Khalid (23 Years Old)

Amir AF9 (19 Years Old)

Nia (20 Years Old)



ps: Its just a Number. Yang penting, dalaman kan~.. Mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna pada tahun nie. Amin!

Monday, May 30, 2011

Before


Larikkkkkkkkkkkkk............................. 



Credit this pics from Hafiz fans (Kak Lou and Kak Shy and sapa2 lagi yg terkidnap gambar neh)

Sunday, May 29, 2011

Gossip... (pesanan penaja: tak minat, jgn baca)



Melodi 29 May 2011

Haha.. Nie sambungan daripada video lepas.. Layan. 

Dia memang bnyk maen-maen. Grrr.. 



Quote menarik:
".....sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok memang lah tebuan tuh menyerang......."

".....pokok takkan bergoyang kalau angin tak meniup sebnarnya orang yang menggoyangkan pokok tuh. tuh yang pokok tuh bergoyang sebenarnya........."

"...........setiap orang pon ada cerita dalam kain dia sendiri, takkan saya nak cerita ngan orang......"

"....gadis dlm hubungan saya?? saya konpius lar!! saya tak pasti lar samada dia pompuan ke tak..."



ps: Mumi mesti proud anak murid dia neh aplikasikan peribahasa masa berdepan ngan wartawan. Good. =.="


Saturday, May 28, 2011

Berjimba-jimba di Gua Sami



First of all, nak berteriak, Awan Nano buat hatrick Juara Mingguan MM26.. Terbaek! Cukup la 3x. (Sebab tau fans Adi Mentor dan Shahir akan giatkan usaha lagi mggu depan)




Jom layan gambar. Bosan la plak nak menulis panjang-panjang. Japg masuk gosip, tak ke parah~


Snap kat tepi Gua Sami







Matahari pon da terbenam pong~

ps: Tahniah hafiz!!!!

Friday, May 27, 2011

Tanya sama pokok...




Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh


Chorus

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



Nak elaborate tentang lagu nie pon tak da idea lagi. So just layan dulu la lagu ini. ok?



ps: Sorry auntie. I cant make it in a meantime. Maybe we'll met some other time :)

Monday, May 23, 2011

Bikin Panas!!




Edited from Melodi 22 Mei 2011. Edisi Bikin Panas!! 

Panasss!! 

Nantikan minggu depan plak. 

Jangan menilai sebelum mendengar dari pihak sebelah lagi. 

Harap Hafiz buat statement membela diri. Kalau salah, katakan salah. Amek tindakan sewajarnya. Jangan hanya mendiamkan diri. We r waiting for ur confession. Walopon silent is better. Okay? 


------------------------------------------

Terbaru, Hafiz dan Adira dikatakan sedang hangat bercinta, namun kedua-duanya lebih selesa melabel perhubungan itu sebagai teman rapat, namun sekiranya ada jodoh, mereka tidak menolak untuk disatukan. 



Justeru, timbul konflik antara Hafiz dan FM itu apabila perasaan cemburu dikatakan meluap-luap. Antara dialog Hafiz kepada FM itu: Jangan buat macam-macam dengan Adira. Yang past tu... pastlah. Lalu FM itu menyambutnya dengan dialog ini: Eh bangsat! Jangan kacau, aku tengah kerja!Berasakan dirinya dimalukan di khalayak ramai, Hafiz dikatakan menolak FM itu dengan kedua-dua tangannya tanpa mempedulikan statusnya sebagai selebriti popular! Ramai saksi melihat insiden berkenaan dan Zubir tak hairan kisah sensasi itu begitu cepat tersebar di dalam Twitter. 


Tambah sumber tadi, selepas ditolak, FM tadi dikatakan gagal mengimbangi badannya lalu mengundur ke belakang, seterusnya dia terjatuh beberapa anak tangga hingga mendatangkan kecederaan di kakinya. Selepas kejadian itu, FM berkenaan tidak mampu meneruskan kerjanya, lalu pihak produksi terpaksa mencari petugas baru apabila FM tadi mendapatkan rawatan di hospital berdekatan. Difahamkan FM itu turut membuat laporan polis atas kejadian menimpanya. Selepas kejadian memalukan itu, Hafiz tetap meneruskan rakaman, nak tunjuk dia sebenarnya artis profesional walaupun kru produksi bengang habis dengan kelakuan kebudak-budakan itu, bergaduh disebabkan seorang perempuan! 

------------------------------------------


Ps: Better focus kerjaya, lagi bagus. Bikin sakit kepala aja bencinta di usia muda.. Opps...



Saturday, May 21, 2011

Di kala pagi menjelang


Title nak gempak. Dang! 

Ok. Skrg jam menunjukkan pukul 3.25am, 21May2011. 

Tido? Chill r dulu. Esok bukan keja. Bangun awal pon sama je. 

Apa aktiviti aku skrg? Korang leh teka r apa aku buat. 

Layan FB, lepak-lepak, skodeng FB orang lain.

Boring gak kan hidup camnie. Takda life bak kata orang lain. 

Eh, leh lak melencong. K r, saja je nak update blog. 

Kembali ke jalan yang benar. 


Jom tengok vid nie. Aku nak share ngan korang. 


Nama anak burung nie Rio. Aku baru jumpa Rio semalam. Pas dia buat terjun tiruk kat dalam kolah umah aku. Dalam pukul 3 4 pagi jugak la. Memang sadis r keadaan dia time tuh. Menggeletar! Then aku keringkan dia, letak bawah kipas, smpai la dia berjaya memulakan penerbangan pertama dia pas bulu kering. Hikhik. Cian jerk. Kerek. Huh! Selamat jalan Rio. 



SELAMAT MALAM DUNIA!!


Ps: I know wat happen. But I swear to myself, will keep it as a secret, until its reveal. Just wait and see. I am not the swear-broker. Watever happen. 

Wednesday, May 18, 2011

Macam-macam Ada


Macam-macam ada. 

Jangan salahkan orang laen. 

Hidup nie, kadang-kadang kita baru nak naek pon buleh terjatuh. 

Kadang-kadang da lama kita kat atas pon, orang laen nak tengok kita kat bawah plak. 

Sebab tuh dunia nie macam-macam ada. 


Yang pasti, Akulah awanmu yang sedia melindungi diri tika panas mencoba menggores pipi. Bertabah lah!



Sunday, May 15, 2011

Suprise-Call...

15 May 2011 2.01am


Di screen handphone....


Mumi calling......(answered)


Mumi: Hello. Nemo? Nemo ke nie?
N: A ah mumi, nemo neh. (Sambil betulkan suara tengah tido sedappppp)
Mumi: Nemo, mumi ada suprise untuk nemo. Kejap eh. 
N: Suprise??? 

(Phone bertukar tangan.....)


Hafiz: Hye Nemo. 
N: Erk..... Errrkkk..... Hye Fiz


(gangguan coverage dari Kuching ke Perlis)

(loudspeaker)



Hafiz: Nemo. Da tido ke?
N: Eh, belom lagi (padahal da tertido sedap jerk. terus cepat-cepat kaver)... Baru abes perform ke neh?




Hafiz: A ah, baru habis show tadi kat waterfront.. Skrg tengah lepak-lepak makan dengan MamaHafiz, mumi, Adira, semua-semua nie. Tengah makan mi lokok (hahhahaa..).

N: Hahahaa.. Hey, mi kolok kannn..
Hafiz: Aah. Hahaaha.




(dengar gelak-gelak dr belakang)


N: Haha, mumi nakal...!! Saja la tuh call suprise. 


Hafiz: Haha, bila Nemo nak datang Kuching?
N: Insya allah nanti sampai punya lar. 


Hafiz: Nemo, Hafiz nak say thanks a lot sebab support me all this time. Support lagu Awan     
       Nano Thanks a lot. Hafiz really appreaciated it. Hafiz janji akan buat yang terbaek.
N: Yeah!! Of course, owez support Awan Nano...!!



Hafiz: Haha. Ok la Nemo, thanks tau. Bye 
N: Ok Hafiz. Bye. Kim salam semua tau!






(terus takleh tidoooooo...................................................sampai pagi)


_______________________________________________________________________________


Ramai da muntah ijau... Aku paham. 


Sedikit perbualan panggilan hangit yang aku terima awal pagi tadi (15/05/2011). And quite suprising me actually. Haha, nak kata poyo pon kata lar, tapi its true dude!! ?? 


It is called as call suprise!! Impian menjadi kenyataan. And its the best burfday present i ever get! Yeahhhh!! Ok, its poyo! Fine!


ARGGHHH.. Gila sebentar.. Haha.. Lantak r nak kata aku poyo ke apa. Janji impian menjadik kenyataan. 


BANZAIIIIIIII................!!




--------------> confirm kena kutuk gila-gila daaa neh...



Saturday, May 14, 2011

PMTA 1


Fuhh.. Macam lama ja tak update blog... Ok, kali nie aku nak story sket pasal tempat kerja baru aku tuh.. Kalo keja kiosk dulu, laju je kan aku update gambar. 

Jom Layan Gambar:









------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nie la tempat permainan aku skrg. 

Banzaiii~


Nanti aku ceta lebih lanjut k tentang tempat keja aku nie. 



Friday, May 6, 2011

Macam mana aku leh support mamat neh eh???


Mamat mana eh? Agak-agak skandal baru tak?

 Nak tau sapa??? 

Jom click (bawah)




Hah, da tengok da?? 


Amacam, ensem tak? *blush*


Aku support mamat nie ada banyak sebab. 


Nak tau sebab nya? Tunggu next entry!!! 


ps: Entry ini dinamakan syok sendiri. Hahaha. Layan je weh. Aku bosan kat opis neh!!!

Thursday, May 5, 2011




Jom Join PMTA. 

Peluang melancong ke serata dunia, FREE. 

Tapi kalo nak masuk kursus yang ditawarkan, kena bayar la. 

Bayaran tuh tak penting, sebab pasti akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda. 



Jom join. Sebarkan pada rakan-rakan anda. Nobody is a loser. Ingat tue. 

Pengambilan tiap-tiap bulan. Next pendaftaran, 3 Jun 2011. Jom serbu!!



<_________> Promotion, promotion.....

Sunday, May 1, 2011

Sedap ke waffle?


Tetiba teringat kan si waffle kat kiosk...
Entry kali nie aku nak kongsi resepi waffle.... Jom try buat sendiri. Hikhik


Bahan-bahan yang diperlukan:
- 10 bijik teluq ayam... teluq itik takleh naa.... nanti bau itik...
- 5 sudu kecik coconut emulco... nak guna strawbery emulco ke, vanilla emulco ke, coklat emulco ke, terpulang lar. Tapi bagi mengekalkan keaslian rasa waffle tuh sendiri, kita guna coconut emulco, hoccay?
- 180ml minyak masak cap helang... jangan letak minyak petrol ke, minyak diesel ke, malahan minyak dagu lagi la dilarang sama sekali
- 1.75L air sejuk. tapi dinasihatkan agar menggunakan ais kiub, dan sukat smpai cecah 1.75L. lebih afdal jika menggunakan banyak ais kiub. 
- Tepung waffle sepeket (1.75kg). Tepung tuh harus lah tepung waffle, siap packaging, buleh didapati di gerai-gerai runcit berhampiran. 


Cara-cara membuat bancuhan waffle:
1. Pecahkan 10 bijik telur ayam, pastikan telur dibasuh terlebih dahulu utk mengekalkan ke-hygiene-nan dan membuang taik-taik ayam kering yang melekat pada kulit telur ayam tuh sendiri. 
2. Masukkan 5 sudu emulco dan 180ml minyak masak ke dalam bekas telur tadik. 
3. Then kisar sampai sebati. Selalunya nak kembang (kembang? teringat hafiz.... kembang semangkuk... hikhik...sorry apis) amek masa dalam 10minit jugak lar. Terpulang pada kerajinan. Kalo nak blend lagi pon ok gak.
4. Da kembang, apa lagik, masukkan air sejuk yang bercampur dengan ais kiub, blend skali.
5. Final step, masukkan la tepung tuh. Blend sampai sebati. 
6. Siap untuk dituang ke mold. Kalo takda mesin buat waffle tuh, letak jer la dalam kuali. 
7. Da siap, sapu la ngan apa-apa jem skalipon. Coklat, Peanut, Strawberi, Blueberry, Kaya, Nenas, etc2 lagik lar. Tapi kalo combination, aku mencadangkan Coklat + Strawbery, Coklat + Blueberry, Peanut + Kaya, Coklat +Peanut. Memang heaven r! 



Tetiba ja teringin nak makan waffle... Wakaka. Padan muka. Mana nak carik nie.