Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Sunday, October 31, 2010

Tragedi Oktober (Tragedi kah??)

Penghujung Oktober. 31/10/2010.
Sambil layan lagu Tragedi Oktober (nyanyian Awie). Best ar layan, lebey-lebey lagi kalau dapat karaoke. Memang best sgt-sgt. Sebut pasai karok, da lama plak tak p KBox. Pergh, layan jiwang r.
Kalau dulu, ada la jgak p karok ngan member-member marine. Ngan bad, kak long, putra, jamal, wawi, tiqa, fa, fateh. Wauuu, mmg best r time tuh. Layan feeling plak tuh. Asal ada masa free ja, confirm p karok. Teman setia time neh, slalunya kak long n bad lar. Asal takda kelas, karok. Selalunya p makan capati dulu, lepak-lepak, then terkuaq la idea, "karok jom". JOM!? Kalo ada rasa terlintas nk ajak sapa-sapa lagi, carik member laen, bagi cukup korum, layannnz. Kalo bertiga, bilik kecik, rm15. Kalo 3 org, kongsi, rm5, dapat karok 2 jam, sorang karok, dapat la 7 8 lagu. Then bila da habis, masing-masing takda suara. Haaha, bnyk sangat lepaskan tekanan+meneran kat dalam bilik karok tuh.
Lagu Top time karok
  1. AXL - Andai Dapat Ku undurkan Masa, Akulah Kekasihmu
  2. Estranged - Aurora, Yang Pernah
  3. Faizal Tahir - Bencinta, Cuba, Sampai Syurga
  4. Kristal - Cinta Tiga Segi
  5. Hijau Band - Suara Ku Berharap (Fav song)
  6. Meet Uncle Hussien - Lagu Untukmu, Putihnya Lukisan
  7. Seventeen - Selalu Mengalah (fav song)
  8. ST 12 - Kau Gadisku, Saat Terakhir (fav song)
  9. Wali Band - Cari Jodoh
  10. Aerosmith - I Dont Wanna Miss a Thing
  11. Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
  12. Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Sufi
  13. Hafiz - Masih Jelas
  14. Akim - Bengang
Tuh kalau dengan geng-geng marine. Kalau dengan geng-geng Cemacs, dalam utan, tgh-tgh malam mmg melalak r. Da r dok kat ceruk dunia, tengah-tengah hutan. Ya allah, mmg tak ingat dunia la. Kalo ada yg nak protes pon, maybe beruk-beruk sekalian dan makhluk-makhluk Allah yg laen la kot. Daripada bilik meeting, bertukar rupa kepada bilik karok VIP. Tapi selalunya aktiviti karok nie, berlangsung pada hujung mggu je lar. Memandangkan xtvt karok akan berlangsung selama beberapa jam, daripada pkol 10mlm sampai pkol 3 4 pagi, tuh common lar. Apa nk risau, mana ada jiran yg nak jerkah sebab terlalu bising. Maybe kadang-kadang ada la kelibat ketam baling pasir kat cermin tingkap bilik karok. OK, aku tipu.
Dok dalam utan tuh, mcm-mcm makhluk ada kan, terutama skali makhluk Allah yg kita tak nmpk dengan mata kasar. Ada la kes, entah mcm mana tah, masa join orang laen kat bilik karok, aku sendiri nmpk kat cermin tingkap, kelibat makhluk tuh, tgh pandang kitorg kat situ. Maybe orang laen tak perasan kehadiran makhluk tuh. Dan aku sendiri pon diamkan diri ja. Tapi dalam hati mmg kecut la. Nak balek flatlet pon, tunggu semua org da penat, n decide nak balek. Pengalaman tuh mmg takut lar, tapi dia pon tetap makhluk Allah kan. Maybe dia pon da penat dengar kami melalak, smpai pagi, da la suara tak sedap, kaco je kan?? Tapi syukur takda apa-apa yg berlaku malam tuh. Esok paginya, baru aku ceta kat yana. Hehehe, padahal Yana sendiri da merasa meremang bulu roma malam tuh, since dia lalu sebelah tingkap di mana makhluk tuh bertenggek. Aku tak nak cakap kat dia malam tuh, nanti dia plak takut. Kekeke.
Lagu Top time karok
  1. Safura dan Oney - Jangan Menangis Sayang
  2. Amalina - Semua lagu dangdut
  3. Pak Long - Selagi Ada Rindu
  4. Wali Band - Semua lagu Wali
  5. Lagu-lagu jiwang karat zaman 70-an, 80-an dulu.
Tapi la neh, nak ajak sapa p karok. Cian. Aku ditinggalkan keseorangan di bumi Perlis, walaupon tanah air, negeri kelahiran aku sendiri, tapi boring lar, takda geng. Melainkan geng baru, Aida, Sha, Am. Tapi rancang punya rancang, sampai ke hari nie, takda pn lagi agenda karok yg betul-betul berjaya ikut plan. Aish, entah bila plak. Oktober da berlalu, November plak menjengah. Eh, November...?? Hahaa, bakal menjengah la Graduation Day. Geng-geng karok semua, balek la Perlis awai sket. Buleh layan karok nanti. Jom la, jom larrr!!? Nanti lambat da nk jmpa.
Lagu yg aku layanzz skrg: (try r carik+donload kat www.4shared.com)
  1. Aizat - Sungai Lui
  2. Aizat - Susun Silang Kata
  3. Aizat - Erti Hari Ini
  4. Aliff Satar - Cukup Indah
  5. API - Pelita
  6. Atilia ft. Monolog - Kekanda Adinda
  7. Awie - Bersumpah Dengan Langit
  8. Azad Jazmin - Suara Rindu
  9. Azfar - Akan Ku Jumpa
  10. Black - Sofea Jane
  11. Couple - Lagu Untukmu
  12. Jamesbaum - Locked in Love
  13. Suhaimi Mior, Anna Raffali n Altimet - Kalau Berpacaran
  14. Shahir AF - Kebahagian Dalam Perpisahan
  15. Azzam IK2 - Kekasihku
Download-download, then layanzz

No comments: