Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Tuesday, October 12, 2010

Tarikh Keramat 10/10/10

10/10/10
Tarikh yg takkan muncul daa pasni melainkan lagi 100 tahun. Hari neh mesti ramai yg nak kawen lar, nak bertunang lar, nak bercouple pn ada, apatah lg yg tgh mengandung, mesti semua nak anak lahir pada hari nie. Nanti number IC anak msti cantik gila babeng kn??
Aku? Mcm nie jgak. Takda beza pn. Kalo nk ikutkan, tarikh 10/10/10 jtuh pada hari ahad. Aku mmg tak keja pn hari neh. Cantek r, mmg terBaeq. Bley relax. Tapi ada r member ajak kuar. Plan punya plan, da cancel, tapi tak pepasai, masa aku tgh layan mimpi baeq punya, tah-tah msg masuk, suh aku siap on da spot. Plan yg kononnya da cancel, terus on tak pasai-pasai, n aku pon bgn dgn kelam kabutnya, siap, tup-tup, tepat pukul 12, da tercongok depan umah, tunggu member mai amek. Yay, bersejarah jgak 10/10/10 dalam diari hidup aku. ^_^
So nak dijadikan cerita, tak p jauh pon plan kami neh. Kuaq pon ngan member (Sha, Aida n Am). Setakat Kedah, tak la jauh. Da pick up semua yg terlibat, terus p Aloq Staq. Kononnya nk tgok wayang. Tapi apa-apa pon, kena isi perut dulu kan. Da sampai kat Aloq Staq Mall, tgok-tgok takda foodcourt plak. So Am pn drive p makan kat Star Parade. Pas isi perut masing-masing, patah balek p ke Aloq Staq Mall, utk tgok wayang. Malangnya, takda cerita yg best pn. Hampeh gila. Program tak bley bosan. So kena la carik idea nk happeningkn diri masa tuh. P la maen game sat (takda la sat sgt, smpai habis coin lar). Da habis coin, penat da maen, pikiaq plan laen, demi nk penuhkan masa yg sgt berharga neh. Nak karok, tapi bapak mahal. Bayangkan, sorg rm5.50 sejam. Kalo 4 org nk join 1 bilik ja walopon utk sejam, da kena charge rm22. Gila mahai. Pasaipa la depa buat karok per person?? Bukan per room? KBox lg murah. So plan nak karok, cancel..!!?
Da takda plan, takkan nak balek terus kan, memandangkan time tuh baru pukul 4 lebey. Da la Aida nk tggu smpai malam, since dia teringin gila nk maen funfair sebelah Aloq Staq Mall. Mau tak mau, kena la tggu smpai malam, baru buleh balek. Kalo dak, jenuh keriau budak tuh satg. Dari Aloq Staq Mall, pindah plak p City Plaza. Kat City Plaza, usha wayang, tetiba plak ada ceta Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Mmg movie yg di idam-idam kan. Apa lagi, grab je lar. Start pukul 5.30ptg, da beli 4 keping tiket, sorang p semayang (bawak tiket sendiri) dan lagi 3 p jalan-jalan (dgn 3 tiket). Tak pepasai, yg sorg tuh hilangkan tiket wayang. Da lar dia yg belanja semua tiket wayang, aleh-aleh dia kena beli lagi satu tiket extra. Ceta JPBC2 tuh kan smbungan JPBC1, so paham-paham ja r jalan ceta camna. Lawak bodo. Tapi aku tetap buleh tergelak-gelak. Tambahan plak, ada slot Azlee (Senario) yg ada berbau lucah sket. Da la blkg seat aku, budak kecik ngan bapak dia. Satu ayat Azlee telah membuatkan budak tuh tnya bapak dia on da spot.
Azlee: Malam nie mcm mana? Dapat tak?
Budak (blkg aku): Ayah, apa maksud nya tuh?
Ayah dia: ..............................
Tak sempat bapak dia nk terangkan, aku ngan member aku da tergelak-gelak. Mesti bapak dia malu gila. Kira bukan utk tontonan umum lar ceta neh. Huhuhu. Cian adik tuh. Persoalan tetap menjadi persoalan.
Da habis wayang, its time for funfair plak. Demi memenuhi hasrat Cik Aida, terpaksa la. Kalo tak bawak, dia akan merengek smpai tak ingt dunia. So, Am, Sha n aku terpaksa follow. Aku tak berani sgt nk try maenan kat funfair tuh. Semua beli 5 token dulu, 1 token = rm 2. Aku join Aida maen Bumpercar. Am plak satu keta g ngan Sha. Gila, mmg balas dendam r. Langgar-langgar smpai la handset pn buleh terpelanting. Gila toi. Naseb bek aku tumpang keta Aida ja. Gila toi. Serik daa~.
Masing-masing kan seronok maen, mmg tak ingat dunia lar. Dalam pukul 9 lebey baru habis token, baru teringat nak balek umah. Tapi singgah Tesco sat. Masing-masing tunggu parent call mengamuk ja neh. 3 anak dara + 1 anak teruna kuaq dari tgh hari sampai ke malam, tak reti-reti balek lagi. Aish. Mak sapa call dulu, dia kalah. Kat Tesco, mak Aida da call. OK, so Aida ter eliminate secara sahnya. Tinggal la aku n Sha ja, since Am kata mak dia takkan call dia, maka Am mmg terkeluar dr list compete. Big Apple sorg sekotak, vroom2, balek perlis. Tapi masing-masing lapaq. Nak kena stop isi perut dulu. Naseb bek isi perut kat Perlis. Elok-elok da parking nk p makan, mak aku plak call. Tudia, kalah daa aku. Angkat call, mak aku suara lembut. Erm, naseb bek mak aku cool sket hari tuh (keramat tarikh 10/10/10 kot), nada tak marah sket pn. Sebab da dengar aku kat Perlis kot. N aku sogok nasi goreng plak sebungkus.
Yang mendebarkan, tgh sedap-sedap dok makan, mak peserta terakhir plak call. So ckup la semua mak kepada anak-anak dara neh da call. Maka nya, anak teruna plak menggelabah. Sapa tak menggelabah kan, anak teruna bawak 3 anak dara org kuaq, tak hantaq-hantaq balek lagi. Dengan penuh kegelabahan, sorang2 dihantar balek ke rumah. So, tuh lar pengakhiran kegembiraan yang sangat mendebarkan.
Thanks to Am, Sha n Aida, sebab da memeriahkan 10/10/10 ^_^
ps: Sebenarnya tiket wayang Am tak hilang pn. Dia letak mana tah. Last-last jmpa balek.Rugi2

3 comments:

Adib said...

ak nmpk perkatan bela kt tiket tu..haha

Usagi said...

nughui pon ada blog ker!!!

NueLz said...

ms. Teddy: hahaha...Jangan Pandang Bela..auuuwww...Jgn Pndang Belakang Congkak r weh...kikiki

Betta sp: a ah, ada blog...da maju skrg...hahhaa..teknologi la katakan...kehkeh