Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Sunday, October 31, 2010

Tragedi Oktober (Tragedi kah??)

Penghujung Oktober. 31/10/2010.
Sambil layan lagu Tragedi Oktober (nyanyian Awie). Best ar layan, lebey-lebey lagi kalau dapat karaoke. Memang best sgt-sgt. Sebut pasai karok, da lama plak tak p KBox. Pergh, layan jiwang r.
Kalau dulu, ada la jgak p karok ngan member-member marine. Ngan bad, kak long, putra, jamal, wawi, tiqa, fa, fateh. Wauuu, mmg best r time tuh. Layan feeling plak tuh. Asal ada masa free ja, confirm p karok. Teman setia time neh, slalunya kak long n bad lar. Asal takda kelas, karok. Selalunya p makan capati dulu, lepak-lepak, then terkuaq la idea, "karok jom". JOM!? Kalo ada rasa terlintas nk ajak sapa-sapa lagi, carik member laen, bagi cukup korum, layannnz. Kalo bertiga, bilik kecik, rm15. Kalo 3 org, kongsi, rm5, dapat karok 2 jam, sorang karok, dapat la 7 8 lagu. Then bila da habis, masing-masing takda suara. Haaha, bnyk sangat lepaskan tekanan+meneran kat dalam bilik karok tuh.
Lagu Top time karok
  1. AXL - Andai Dapat Ku undurkan Masa, Akulah Kekasihmu
  2. Estranged - Aurora, Yang Pernah
  3. Faizal Tahir - Bencinta, Cuba, Sampai Syurga
  4. Kristal - Cinta Tiga Segi
  5. Hijau Band - Suara Ku Berharap (Fav song)
  6. Meet Uncle Hussien - Lagu Untukmu, Putihnya Lukisan
  7. Seventeen - Selalu Mengalah (fav song)
  8. ST 12 - Kau Gadisku, Saat Terakhir (fav song)
  9. Wali Band - Cari Jodoh
  10. Aerosmith - I Dont Wanna Miss a Thing
  11. Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
  12. Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi, Sufi
  13. Hafiz - Masih Jelas
  14. Akim - Bengang
Tuh kalau dengan geng-geng marine. Kalau dengan geng-geng Cemacs, dalam utan, tgh-tgh malam mmg melalak r. Da r dok kat ceruk dunia, tengah-tengah hutan. Ya allah, mmg tak ingat dunia la. Kalo ada yg nak protes pon, maybe beruk-beruk sekalian dan makhluk-makhluk Allah yg laen la kot. Daripada bilik meeting, bertukar rupa kepada bilik karok VIP. Tapi selalunya aktiviti karok nie, berlangsung pada hujung mggu je lar. Memandangkan xtvt karok akan berlangsung selama beberapa jam, daripada pkol 10mlm sampai pkol 3 4 pagi, tuh common lar. Apa nk risau, mana ada jiran yg nak jerkah sebab terlalu bising. Maybe kadang-kadang ada la kelibat ketam baling pasir kat cermin tingkap bilik karok. OK, aku tipu.
Dok dalam utan tuh, mcm-mcm makhluk ada kan, terutama skali makhluk Allah yg kita tak nmpk dengan mata kasar. Ada la kes, entah mcm mana tah, masa join orang laen kat bilik karok, aku sendiri nmpk kat cermin tingkap, kelibat makhluk tuh, tgh pandang kitorg kat situ. Maybe orang laen tak perasan kehadiran makhluk tuh. Dan aku sendiri pon diamkan diri ja. Tapi dalam hati mmg kecut la. Nak balek flatlet pon, tunggu semua org da penat, n decide nak balek. Pengalaman tuh mmg takut lar, tapi dia pon tetap makhluk Allah kan. Maybe dia pon da penat dengar kami melalak, smpai pagi, da la suara tak sedap, kaco je kan?? Tapi syukur takda apa-apa yg berlaku malam tuh. Esok paginya, baru aku ceta kat yana. Hehehe, padahal Yana sendiri da merasa meremang bulu roma malam tuh, since dia lalu sebelah tingkap di mana makhluk tuh bertenggek. Aku tak nak cakap kat dia malam tuh, nanti dia plak takut. Kekeke.
Lagu Top time karok
  1. Safura dan Oney - Jangan Menangis Sayang
  2. Amalina - Semua lagu dangdut
  3. Pak Long - Selagi Ada Rindu
  4. Wali Band - Semua lagu Wali
  5. Lagu-lagu jiwang karat zaman 70-an, 80-an dulu.
Tapi la neh, nak ajak sapa p karok. Cian. Aku ditinggalkan keseorangan di bumi Perlis, walaupon tanah air, negeri kelahiran aku sendiri, tapi boring lar, takda geng. Melainkan geng baru, Aida, Sha, Am. Tapi rancang punya rancang, sampai ke hari nie, takda pn lagi agenda karok yg betul-betul berjaya ikut plan. Aish, entah bila plak. Oktober da berlalu, November plak menjengah. Eh, November...?? Hahaa, bakal menjengah la Graduation Day. Geng-geng karok semua, balek la Perlis awai sket. Buleh layan karok nanti. Jom la, jom larrr!!? Nanti lambat da nk jmpa.
Lagu yg aku layanzz skrg: (try r carik+donload kat www.4shared.com)
  1. Aizat - Sungai Lui
  2. Aizat - Susun Silang Kata
  3. Aizat - Erti Hari Ini
  4. Aliff Satar - Cukup Indah
  5. API - Pelita
  6. Atilia ft. Monolog - Kekanda Adinda
  7. Awie - Bersumpah Dengan Langit
  8. Azad Jazmin - Suara Rindu
  9. Azfar - Akan Ku Jumpa
  10. Black - Sofea Jane
  11. Couple - Lagu Untukmu
  12. Jamesbaum - Locked in Love
  13. Suhaimi Mior, Anna Raffali n Altimet - Kalau Berpacaran
  14. Shahir AF - Kebahagian Dalam Perpisahan
  15. Azzam IK2 - Kekasihku
Download-download, then layanzz

Thursday, October 21, 2010

Jenis-jenis customer masa kini

Manusia nie mcm-mcm jenis ada. Customer pn manusia jgak. So, depa neh mmg ada mcm-mcm peel+ragam yg tersendiri, sgt unik. Dlm entry kali neh, aku nk klasifikasikan jenis-jenis customer, dari pandangan mata aku sendiri la. Memandangkan tiap-tiap ari aku mmg berdepan ngan bermacam-macam jenis manusia, bila handle kiosk waffle. Maka, aku akan bagi contoh based on my own experience+my fren experience.
1. Simple
Aku suka jenis customer yg mcm neh. Sebab depa neh jenis yang direct to the point. Tak da cakap putar belit. Kalo nak yg tuh, diorg akan stick kepada yg tuh jgak.
2. Tak kisah
Aku suka jgak jenis customer yg mcm neh. Sebab depa neh, kalo bab order, depa tak kisah. Misalnya mcm nk pilih waffle perisa apa. Aku n member aku yg akan pick kan perisa mengikut citarasa kami dua. Ye la, da memandangkan customer malas nk pilih perisa apa yg depa nak, so, jawapan paling ringkas, "ikut la, tak kisah la apa pn". Selalunya customer neh adalah jenis customer yg pertama kali membeli barang tuh. Depa tak familiar lagi ngan perisa-perisa yg berbagai neh, so daripada termalu sendiri, depa akan ikut jerk. Kan senang?
3. Annoying
Hah, jenis customer neh, eden tak minat sket. Sebab depa neh kadang-kadang mmg berbagai peel dan seribu satu ragam ada. Sampaikan kita sendiri pening nk penuhkan kehendak depa. Contoh utama, waffle lg lar. Kalo yg dua perisa, contohnya, depa akan dapat separuh peanut+coklat. Tapi customer jenis nie akan mengomel mintak perisa lebey lar, campur dua-dua perisa tuh menjadi rasa yg bergabung lar, tapi bila diterangkan jenis "double" (utk perisa lebey), depa tak mau, memandangkn harga pn berbeza.
Tak kurang jgak, bila ada yg menjerit-jerit mintak dicepatkan. Iye lar, kalo mai awai, atau pon atas kesilapan kami, buleh la dipercepatkan. Tapi bila baru order, tetiba nak paksa-paksa kami utk dipercepatkan tempahan depa, mmg nahas lar. Hati customer kena jaga, tapi atas had dan batasan tertentu. 2 org pekerja, nak handle 4 mesin waffle, nk sapu perisa, nk terima pesanan air, nk terima pesanan aiskrim, mmg tak ckup tangan. Tapi bila ada yg melaung dari kiri, kanan, depan, belakang, mmg pressure, so menyebabkan jenis customer mcm nie akan di bolayan kan lar.
4. Yang lari
Hah, customer mcm neh, mmg masuk senarai blacklist lar. Jangan ingt buleh lari selamanya. Teknik yg diaplikasikan dengan mengambil nama customer, utk diletakkan pada kertas tempahan, menyebabkan kita dpat detect customer mana yg bila order, tetiba tak tuntut smpai kedai ttup. So bila dia mai esok or bila-bila, mmg buleh detect lar. Then apa lagi, kasi basuh sket, bebel-bebel sket, settle. Amik order baru. Rezeki jgn ditolak kan? Tapi slalu nya jenis customer mcm neh, student lar selalunya.
5. Pandai dan Bijaksana
Hah, nie satu lagi peel customer yg sgt penat+bnyk kerenah. Memandangkan budak-budak zaman skrg, mmg maju dan bertamadun. So, depa neh mmg jenis pandai+bijaksana. Bagus, tapi bagusnya cenderung pada arah laen. Kalo pandai+bijaksana dalam pelajaran, teramat la dialu-alukan, tapi kalo pandai nya serong ke arah laen, misalnya, bila kita kata yg laen, dia tentang habis-habisan, smpai la kita terpaksa mengaku kalah. Sapa nak kalah kn? So bila berbeza pendapat, customer jenis nie tetap nk tegakkan benang yg basah, walopon dia tahu dia salah. Biasa la, manusia kan penuh ngan ego. Egoistik!
6. "Long-term memory"
Peel customer, yg slalunya dari kalangan student, selalunya jgak adalah regular customer, yg bila mai utk beli, depa akan friendly sgt ngan kita. Its ok, sgt bagus sebenarnya, tapi kan, bila depa mai selalu sangat, then tetiba bila mai maybe dalam kali ke 4, depa start tanya, kenai dak depa sapa? Alamak, kenai muka, tapi mana ingat nama sorang-sorang. Naya r nk ingat setiap sorang nama regular customer. Then bila cakap tak ingat, mula la masing-masing nk merajuk. Ok, kiranya kategori customer jenis neh, slow-slow akan masuk jgak dalam kategori sebelom nie, Annoying. Selain dari tuh, ada jgak yg mmg regular customer jgak, tapi berbeza sket. Yang neh plak selalu nya dtg, bila tanya nk order perisa apa, depa just cakap perisa yg semalam. Alamak, mana la kita nk ingat apa depa tempah yang kelmarin punya. Ingat kami nie jenis yg long-term memory ka dik oit
Rasa nya mcm ada lagi jenis-jenis customer masa kini yang terpaksa dilayan dari sehari ke sehari. Takpa, kalo ada yg teringat, buleh digebangkan plak utk entry yg seterusnya. Dugaan dalam kehidupan la katakan. Tapi nie semua experience. Peace. Sharing is caring, aitte??

Tuesday, October 12, 2010

Tarikh Keramat 10/10/10

10/10/10
Tarikh yg takkan muncul daa pasni melainkan lagi 100 tahun. Hari neh mesti ramai yg nak kawen lar, nak bertunang lar, nak bercouple pn ada, apatah lg yg tgh mengandung, mesti semua nak anak lahir pada hari nie. Nanti number IC anak msti cantik gila babeng kn??
Aku? Mcm nie jgak. Takda beza pn. Kalo nk ikutkan, tarikh 10/10/10 jtuh pada hari ahad. Aku mmg tak keja pn hari neh. Cantek r, mmg terBaeq. Bley relax. Tapi ada r member ajak kuar. Plan punya plan, da cancel, tapi tak pepasai, masa aku tgh layan mimpi baeq punya, tah-tah msg masuk, suh aku siap on da spot. Plan yg kononnya da cancel, terus on tak pasai-pasai, n aku pon bgn dgn kelam kabutnya, siap, tup-tup, tepat pukul 12, da tercongok depan umah, tunggu member mai amek. Yay, bersejarah jgak 10/10/10 dalam diari hidup aku. ^_^
So nak dijadikan cerita, tak p jauh pon plan kami neh. Kuaq pon ngan member (Sha, Aida n Am). Setakat Kedah, tak la jauh. Da pick up semua yg terlibat, terus p Aloq Staq. Kononnya nk tgok wayang. Tapi apa-apa pon, kena isi perut dulu kan. Da sampai kat Aloq Staq Mall, tgok-tgok takda foodcourt plak. So Am pn drive p makan kat Star Parade. Pas isi perut masing-masing, patah balek p ke Aloq Staq Mall, utk tgok wayang. Malangnya, takda cerita yg best pn. Hampeh gila. Program tak bley bosan. So kena la carik idea nk happeningkn diri masa tuh. P la maen game sat (takda la sat sgt, smpai habis coin lar). Da habis coin, penat da maen, pikiaq plan laen, demi nk penuhkan masa yg sgt berharga neh. Nak karok, tapi bapak mahal. Bayangkan, sorg rm5.50 sejam. Kalo 4 org nk join 1 bilik ja walopon utk sejam, da kena charge rm22. Gila mahai. Pasaipa la depa buat karok per person?? Bukan per room? KBox lg murah. So plan nak karok, cancel..!!?
Da takda plan, takkan nak balek terus kan, memandangkan time tuh baru pukul 4 lebey. Da la Aida nk tggu smpai malam, since dia teringin gila nk maen funfair sebelah Aloq Staq Mall. Mau tak mau, kena la tggu smpai malam, baru buleh balek. Kalo dak, jenuh keriau budak tuh satg. Dari Aloq Staq Mall, pindah plak p City Plaza. Kat City Plaza, usha wayang, tetiba plak ada ceta Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Mmg movie yg di idam-idam kan. Apa lagi, grab je lar. Start pukul 5.30ptg, da beli 4 keping tiket, sorang p semayang (bawak tiket sendiri) dan lagi 3 p jalan-jalan (dgn 3 tiket). Tak pepasai, yg sorg tuh hilangkan tiket wayang. Da lar dia yg belanja semua tiket wayang, aleh-aleh dia kena beli lagi satu tiket extra. Ceta JPBC2 tuh kan smbungan JPBC1, so paham-paham ja r jalan ceta camna. Lawak bodo. Tapi aku tetap buleh tergelak-gelak. Tambahan plak, ada slot Azlee (Senario) yg ada berbau lucah sket. Da la blkg seat aku, budak kecik ngan bapak dia. Satu ayat Azlee telah membuatkan budak tuh tnya bapak dia on da spot.
Azlee: Malam nie mcm mana? Dapat tak?
Budak (blkg aku): Ayah, apa maksud nya tuh?
Ayah dia: ..............................
Tak sempat bapak dia nk terangkan, aku ngan member aku da tergelak-gelak. Mesti bapak dia malu gila. Kira bukan utk tontonan umum lar ceta neh. Huhuhu. Cian adik tuh. Persoalan tetap menjadi persoalan.
Da habis wayang, its time for funfair plak. Demi memenuhi hasrat Cik Aida, terpaksa la. Kalo tak bawak, dia akan merengek smpai tak ingt dunia. So, Am, Sha n aku terpaksa follow. Aku tak berani sgt nk try maenan kat funfair tuh. Semua beli 5 token dulu, 1 token = rm 2. Aku join Aida maen Bumpercar. Am plak satu keta g ngan Sha. Gila, mmg balas dendam r. Langgar-langgar smpai la handset pn buleh terpelanting. Gila toi. Naseb bek aku tumpang keta Aida ja. Gila toi. Serik daa~.
Masing-masing kan seronok maen, mmg tak ingat dunia lar. Dalam pukul 9 lebey baru habis token, baru teringat nak balek umah. Tapi singgah Tesco sat. Masing-masing tunggu parent call mengamuk ja neh. 3 anak dara + 1 anak teruna kuaq dari tgh hari sampai ke malam, tak reti-reti balek lagi. Aish. Mak sapa call dulu, dia kalah. Kat Tesco, mak Aida da call. OK, so Aida ter eliminate secara sahnya. Tinggal la aku n Sha ja, since Am kata mak dia takkan call dia, maka Am mmg terkeluar dr list compete. Big Apple sorg sekotak, vroom2, balek perlis. Tapi masing-masing lapaq. Nak kena stop isi perut dulu. Naseb bek isi perut kat Perlis. Elok-elok da parking nk p makan, mak aku plak call. Tudia, kalah daa aku. Angkat call, mak aku suara lembut. Erm, naseb bek mak aku cool sket hari tuh (keramat tarikh 10/10/10 kot), nada tak marah sket pn. Sebab da dengar aku kat Perlis kot. N aku sogok nasi goreng plak sebungkus.
Yang mendebarkan, tgh sedap-sedap dok makan, mak peserta terakhir plak call. So ckup la semua mak kepada anak-anak dara neh da call. Maka nya, anak teruna plak menggelabah. Sapa tak menggelabah kan, anak teruna bawak 3 anak dara org kuaq, tak hantaq-hantaq balek lagi. Dengan penuh kegelabahan, sorang2 dihantar balek ke rumah. So, tuh lar pengakhiran kegembiraan yang sangat mendebarkan.
Thanks to Am, Sha n Aida, sebab da memeriahkan 10/10/10 ^_^
ps: Sebenarnya tiket wayang Am tak hilang pn. Dia letak mana tah. Last-last jmpa balek.Rugi2

Saturday, October 2, 2010

Lalala~~ Kerja, kerja Lalala~~

Hari: Sabtu
Cuaca: Hujan seharian
Hari ke-6 g keja. Hujan lebat dari pagi sampai ke ptg. Jumlah pelanggan mmg berkurang sgt-sgt la. Apakan daya, soal cuaca hari-hari bukan kita buleh control.
Isnin sampai Sabtu, keja-keja. Janji masyuk, kan? Tugas tak berat pn. Bnyk lepak jgak lar, tp sejak kewujudan waffle, kena struggle lebey sket r. Bak kata Aida, tak dan nk duduk pn. Hahaha. Depend, kalo ramai pelanggan, mmg kena struggle r. Nak masak waffle, setiap round kena tggu 4 minit. So, kalo dok beratur 7 orang pelanggan, kan da perlukan masa 28 minit. Naseb bek alat buat waffle tuh double. Buleh jgak kurangkan masa. Satu round, buat 2 keping waffle.
Itu kalo orang nak waffle je. Kadang-kadang buleh terlepas pandang jgak selain dari waffle. Top-up, air, rojak, buah-buah. Tapi yg paling top, mmg waffle lar. Walopon baru 2 hari waffle famous, permintaan agak tinggi dr pelanggan. Ini petanda baek neh. Bersemangat nak bekerja. Owh yeah.
Tapi kan, ada la satu dua peel yg agak stress. Especially bila mai orang-orang yg tak dikehendaki. Sapa?? Huhuhu.. "Pak Lebai" berdua. Diorg neh kembar. Tapi "kureng" sket. Diorg "bodo-bodo-cerdik" (bak kata org Perlis). Depa dua nie slalu mai lepak kat kedai. Kadang-kadang mmg penat nk melayan. Takut la jgak kn. Uhuuks. Tapi redha je la.
Sesi melayan Pak Lebai
ps: Rini dpat gaji daa~ Enjoy-enjoy...