Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Friday, December 31, 2010

31 Disember 2010





  - Merenung Pencapaian/Kenangan Suka dan Duka yang Tercipta Sepanjang 2010  - 




 1. Semester Akhir di UiTM Arau 


Sepanjang 3 tahun berada di Uitm Arau dalam course Marine Technology, akhirnya da smpai penghujung nya bila aku berjaya menghadapi suka dan duka, segala cabaran utk sampai ke tahap nie. Daripada kes "bakal-extend", final year project yg kelam kabut, "under-pressure" pasai bermacam-macam benda (teflon), persahabatan, dan macam-macam agenda lagi, semuanya terbaeq bagi aku taun 2010 nie. 

Saat perpisahan dengan kawan-kawan, yang da tiga tahun bersama-sama, tp skrg, hanya tinggal aku sorang je kat Perlis nie. Good bye my frens. Semoga kita berjumpa lagi masa depan. Aku doakan semua berjaya dalam hidup. Success selalu ok? Dapat keja, nak kawen, jangan lupa invite aku :) Bersyukur tak extend. Tima kaseh En Jamil. Jasamu Dikenang. 


 2. TESDEC (USM) di Mukahead 

Da habis Marine Technology, ada pulak peluang nak tambah pengalaman. Maybe the Choosen 11. Ngan Akmal, Billie, Hanip, Yana, Ijarn, Miroh, Tengku Itik, Jamal, Wawi weewee, Panjey. Dapat pulak berjumpa, berkenalan, berkawan, dengan geng-geng USM, especially Muzza, Fatin Iz, Aziella, Pidot, Ninie, Ejorn, Dayah, Mimi, Begau Anne. Walaupon pada mulanya ada jgak semangat perkauman perbezaan universiti, berpuak-puak masa semggu di USM, tapi lepas masing-masing kena dok dalam hutan Mukahead tuh 7 mggu, semua da start kenal-kenal, friendly, jadik makin rapat bila UITM wajib bergabung dengan USM, sorg dari UITM, sorg g dari USM, berkongsi idea, ideologi, pendapat. 

Orang slalu kata, tak kenai maka tak cinta. Da kenai, makin rapat, ideologi da sama, sekepala, semua nya pon mmg kepala masuk ayaq, mmg best r. 7 mggu, rasa mcm kejap je. Biasa la, benda happy, semua nya rasa sekejap. Tapi kalo da tak suka benda tuh, mesti rasa lama gila! So, dari 17 Mei 2010 hingga lah 9 Julai 2010, suatu jangka masa yang amat bermakna bagi aku. Korang mmg enjoy r...!! Thanks to all, terutamanya Dr Khairun, Kak Ayu, semua staff Cemacs. Erk, beruk-beruk kat sana, jangan nakal-nakal, especially Johhny!!! (Member itik)


 3. Start Aktiviti Menganggur (First Time Dalam Hidup) 

Tadika setahun, masuk skolah rendah dah enam tahun, masuk plak skolah menengah lima tahun, total 12 tahun. Sambung plak matrix setahun, then masuk Uitm Arau tiga tahun, perghh, total da jadik 16 tahun. 16 TAHUN AKU BELAJAR, BELAJAR, BELAJAR. Disupport plak tuh. Skarang plak, jadik Penganggur Terhormat. Hancur lulus hati aku. Wuuu. Boring r, kalo kena menganggur lama-lama. Kalo ada pitis, takpa jgak. Nie sekupang pon tarak. Nak harapkan mak ayah support, konfem kena berleter je hari-hari. Nak carik keja, tapi da apply beratus-ratus keja, kat jobstreet, jobsmalaysia, merata lagi la, tapi takda peluang cerah lg. Belom sampai seru agaknya. 

Nak kata tak dapat interview, da ckup bnyk interview yg aku dpat, tapi semuanya tak terima. Macam mana nie?? Teruskan menganggur??? Mak aku kata, biasa la, orang da keluar, da habis blajar neh, kena la tunggu. Nanti ada la rezeki. Ada tuh sampai kena tunggu 3 4 tahun baru dpat keja. *Wat da, takkan aku nak tunggu 3 4 tahun dulu baru dpat keja???? Mak aku slalu kata, alar, da blajar 16tahun, tunggu la dulu. Rehat-rehat dulu. Mak, kalo rehat tuh, masuk dwet hari-hari, tak kesah rehat sampai mati sekalipon. Kan, kan??


 4. Pengalaman Pencarian Kerjaya (poyosss~) 


Soalan : Sapa nak dwet? 
Jawapan : Kalau nak dwet, kena carik. 
Soalan : Macam mana nak carik?? 
Jawapan : Kena la keja. 
Soalan : Macam mana nk carik keja?? 
Jawapan : Kena berusaha. 
Soalan : Kalo tak dpat jgak?? 
Jawapan : Jangan berhenti dari mencuba. 


Sapa yang tak nak dwet kan? Orang gila pon nak kutip dwet tau. Kalau tak da keja, macam mana nk kumpul dwet. Blajar da habis, ada jgak la kelulusan, walopon tak seberapa. Tapi trend skrg nie, keja susah nak dpat kalo takda cable. Ada sapa-sapa nak jadik cable aku tak? Nanti aku blanja nasi ayam madu kat RPA Arau. :)

Aku nie, rezeki da separuh jalan, tapi masa interview je, slack. Bukan tak bagus, tapi maybe tak memenuhi kriteria yang majikan mahukan zaman skrg. Susah kan? Kalo ikutkan, sepanjang 2010, aku da lalui 6 interview. Hyperbaric Technologist, Management Trainee, Secretary, Management Tourism Assisstant, Admin Clerk, Cadet Engineer (kononnya, padahal CareerXcell). Ada yang lari dari bidang (dari marine, terjun ke medical?? no, no, no way!!), ada jgak yang "terlebey-layak", dalam bahasa mudahnya, nak daripada lulusan SPM je, takut nanti lulusan degree mintak gaji mahai, ada jgak yg "pilih-bulu", nak yang dari bangsa dia je. Apa-apa pon, rezeki ada dimana-mana kan? So kena bertahan je lar. 

Skrg nie, aku stay je kat Kiosk Waffle depan Pejabat Tanah Kgr, dekat-dekat ngan skolah menengah Derma. Pembuat Waffle berjaya, owh yeah??? Hahaha, bajet la plak. Member-member yang nak mai lepak-lepak kiosk, meh r. Buleh aku pow hampa semua, pakat-pakat pekena waffle best kat perligh neh. Nak perisa apa? Coklat, Peanut, Strawberi, Blueberi, Kaya?? Murah-murah je. :) Mungkin rezeki aku kat sini lagi buat sementara waktu nie. Rezeki jangan ditolak, bala jgn diminta. Ok?? 


 5. Konvokesyen Ke-73 (Uitm Arau) 

Tanggal 29 November 2010, pertemuan semula graduan-graduan Marine Tech, di Arau, tmpat utama menuntut ilmu selama 3 tahun, ada yang 5 tahun, welcome back. First time diadakan di Kampus Arau. Walopon bnyk yg mengadu jauh, susah, tak meriah, tapi syukur, ramai yang datang. Takda la bosan. Yang bestnya, dpat jmpa member-member lama (lama ke??). Macam meriah sangat. Da la ditinggalkan keseorangan di Perlis (mmg la, semua da balek kampung, da aku jerk org perlis, ngeng!), akhirnya, bertemu semula. Best jmpa korang semua!! Memang Happening!!! Sampai aku pon Pening! :)

Tahniah SEMUA, da berjaya grad pon kan? Syukur, walopon ada yg tertinggal sket, takpa, dan lagi nk hambat. (0.o)v


*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





MEMORI MANIS, PAHIT, SUKA, DUKA, semua tuh sebahagian dari hidup kita. Tak best la kalo asyik gembira je. Janji hidup mesti diteruskan. Yeah!!! Semoga 2011 adalah pembuka kepada diari hidup yang lebey seronok, lebey advanced, lebey bergaya, lebey mantap, dan lebey gaji. Hehehe. Azam Tahun Baru? Entah la, tak pikir pon lagi. Bagi masa sehari kat aku utk pikirkan azam tahun baru. Kalo bley, taknak azam. Nak Azzam jerk. Bley tak? :P

Sunday, December 26, 2010


 - TAHNIAH - 

Juara Idola Kecil 3

" HARRIS "

Anak Penang, Best!
Rock!!



Pecah rekod Musim Pertama dan Musim Kedua, bila Harris diumumkan sebagai Juara Idola Kecil Musim Ke-3, sebagai peserta lelaki pertama yang menjadi juara. 

Tahniah. 

Saturday, December 25, 2010

My Fav~




FINALE IDOLA KECIL 3
SABTU
25 DECEMBER 2010
TV9
9 PM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5 FINALIS AKHIR

HARRIS
Drama King
Sampai ke Bulan

HADI
Pelita
Maafkan Ku Terlewat

SHAZLIN
Selamat Malam
Dunia Khayalan

BALQIS
Noktah Cinta
Pertama Dan Kedua

PUTERI
Mencari Konklusi
Pesan Mama Papa


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


GOOD LUCK TO ALL
"HIDUP PENUH SEMANGAT"




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Thursday, December 23, 2010

Lepak JOM!


Keja macam biasa.. Sapa nak ajak aku kuar, hari Ahad jerk... Harap Maklum. Kalo nak jumpa aku, selaen dari hari Ahad, kena ar datang lepak kiosk... Pekena waffle 2 3 bijik, lepak-lepak, sembang-sembang, taraaa, dapat la jgak kan lepaskan rindu kat aku. Kekeke..

Bila sorang da tau kedudukan kiosk, berita akan tersebar... Aleh-aleh, ramai member-member aku zaman skolah mai lepak kat kiosk. Takpa, jangan risau. Pasni kita upgrade kiosk Waffle sket, tambah WiFi, letak meja bnyk sket, pergh, mmg bisnes neh. Hehehe. Kfc pon kalah pasni (bajet).

Pagi-pagi td, Kerol da sampai... Sarapan Waffle la dia pagi neh... Pekena plak AliCafe White Coffee, pergh, mmg tiptop lar. Nak masuk tengah hari sket, Melin ngan Asni plak sampai. Sembang punya sembang, pekena waffle 2 bijik, mai plak Syaimaa. Then paksa punya paksa, mai plak Minah. Cukup la korum utk hari nie. Ingatkan nak angkut satu Batch 2005 mai lepak kiosk, tp yg neh ja yg dpat dihubungi. 

Petang-petang sket, mai plak lagi 2 org ex-Derma, K'un ngan Azila. Huish, mmg da mcm reunion. Aku la watak utama kat cnie. Member kan. Meh r lepak ag kalo ada masa. Lebey-lebey agi yg menganggur ngan yang lambat ag nak fly balek Aussie tuh. Erm, masa nk tutup kiosk, Aziyantie plak sampai. Bawak si Kembar. Mmg hidup aku rini penuh dengan pertemuan semula ngan member-member lama. Nak harapkan berjumpa time cuti, agak susah. Aleh-aleh, lepak mcm nie je lar. Janji Enjoy!







Ps: Nanti mai la lepak ag kiosk~

Tuesday, December 21, 2010

Monday, December 20, 2010

Kerja-Kerja-Kerja

Fuh... Ahad pn keja... Mmg mggu yg sgt memenatkan lar... Sebabkan expo apa tah,sempena Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (kot).. Start dr 16Dec 2010 smpai 19Dec 2010... So Waffle AnggurPerlis pn bkak la cwgn baru.. T0key+adik t0key jaga gerai expo,aku lak jaga kt ki0sk,tggu arahan.tp memalam kena g expo la.. Mmg penat,sbb slalunya abis pkul 11.30pm,nak kemas2 ag. Aleh2 smpai umah pukul 1 jgak la.. Bangun pn kena awal r.. Bergantung kpd program student kt situ.. Tp time malam,mmg sgt BUSY.. Waffle menjdik permintaan ramai jgak sbnrnya.. Aiskrim+Sweet Corn pn besh.. 3org jaga pn,mmg xckup tgn.. Nak duduk pn mmg xsempat.. Apakan daya,janji masyuk.. Budak-budak U ramai. Ada uitm,upm,ukm,usim,umt,utem,utm,uum,usm,upsi,um,ump,uthm,ums,unimas.. Mmg kena p0w bnyk r depa tue.. Suma kaya-kaya,mmg masyuk r! (ps:thanks Asni,Anis ngn Zawar,mai hari sabtu.tau r hampa rindukan aku,kan,kan,kan) (ps:tahniah pd Finalist Idola Kecil 3..walopn terlepas mggu neh...huhu)

Thursday, December 16, 2010

Adegan Facebook~

Menarik di Facebook....
Ada la Group nie, nama nya "Asyik aku je jaga hati kau! Kau penah pulak jaga hati aku??"...
Apa yang menariknya??? Baca-baca-baca...
jom kita zoom in...
tengok setiap komen...
Info:
Itam = Si Jejaka
Merah = Si Awek
Biru = Si Awek 2
Ungu = Orang Luar
Meh baca komen-komen ini...(kalo rasa kecik, click kat gambar tuh..)
Apakah Kesudahan Cerita ini??? Nantikan nya~

Monday, December 13, 2010

Bersama Alya Qaisara

Tengok gambar baby banyak-banyak kat bawah neh. Try teka anak sapa? Keke.. Confirm la bukan anak aku. Bila masa plak aku kawen kan? Bagi yg tak tau, nie la anak Mak Meed dan Ayah Azis. Nama baby neh, Alya Qaisara. Sedap. Sesuai dengan kecomelan dia. Sweet, like me. Hekhek. Da 7 bulan pon. Lahir masa bulan 5 ritu. Gemini jua. Jom la layan keletah si Alya neh.
Ada gaya tak?? Walopon Alya buat muka terkejut, tp dia happy (kaver2). Sonok dapat jumpa dia. Tunggu besar sket, nanti kita g jalan-jalan penang k?

Watching: Supernatural Season 6~

Supernatural.
Season 6.
Paling latest, episode 11.
Nak download?? Jom download kat www.syok.org
Skrg tgh layan Episode 7.
Episode 12 bakal on-air bulan depan.
Aish. Lambat lagi lar.
Layan je lar.
Dean+Sammy.
Like it. Enjoy it. Feel it.
Have Fun~
ps: Saja update status. Bosan lar. So, merepek time!

No Idea - Tiada Idea

Nak mengomel pasaipa eh?? Tak pasti lagi... Erm.. No idea lar... Tiada Idea...
Download+Layan
Layan r lagu neh,
Tiada Idea dari Plague of Happiness.

one-day-at-least-one-pic

Snap.A.Pic.Rempit.Boy
Snap.A.Pic.Rempit.Guy
Snap.A.Pic.Anywhere.Somewhere.

Wednesday, December 1, 2010

UITM DI HATIKU (29/11/2010)

ISTIADAT KONVOKESYEN KE-73
Dewan Sri Semarak
Pertemuan semula member-member lama, dari BSc Hons Marine Technology, sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-73 yang pertama kalinya diadakan di Perlis. Wow, terBaeq kan?? Malas nk berleter lama-lama, jom layan gambar saja~
Tarikh: 28 + 29 November 2010
Tempat: Sekitar UiTM Arau
Tahniah. Congratulation Semua. Mariners. Semoga Success Slalu. Dan Terus Mengejar Kejayaan.