Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Tuesday, August 31, 2010

Knowledge~

Amaran: Jangan tanya apa-apa, sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku baca journal malam-malam. Tentang heavy metal plak tuh. Kalau Billie ngan Kak Long nampak post aku kali neh, mampus aku kena bamboo ngan depa dua. Ini bukan hint aku sambung study or apa-apa, just buat perangai pelik pada malam Merdeka.
Title: Assessment of Heavy Metal Pollution in Surface Water
Point Penting
  • Water samples were collected once in every month
  • From two sites at four monitoring stations
  • The samples collected from a depth of 1ft below the surface using Nansen type water sampler and kept in polythene containers (500 mL) with the addition of 2 mL concentrated HNO3 at 2 mL in order to preserve the metals and also to avoid precipitation.
  • For the analysis of total heavy metals (dissolved and suspended), water (200 mL) samples were digested with 5 mL of di-acid mixture (HNO3: HClO4 :: 9: 4 ratio) on a hot plate and filtered by Whatman No. 42 filter paper and made up the volume to 50 mL by double distilled using atomic absorption spectrophotometer (AAS)
Reference: Kar, D.; Sur, P.; Mandal, S. K.; Saha, T.; Kole, R. K., (2008). Assessment of heavy metal pollution in surface water. Int. J. Environ. Sci. Tech., 5 (1), 119-124.
Tolong jangan tanya;
Sila baca amaran di atas sekali lagi.

Merdeka Ke-53

Malaysia
Selamat Hari Merdeka
Yang Ke-53
31 Ogos 2010
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

Friday, August 27, 2010

Agenda Musim Cuti @ Menganggur

(Merapu smbil melayan lagu "Akan Ku Jumpa")
Dua tiga hari lepas, aku da start menjadi tutor murahan tak bergaji. Ye la, jadik tutor kepada adik aku. Cian gak tgk dia terkial-kial ngan tv jerk sepanjang ari. Even aku sendiri da penat tgk dia lepak-lepak depan tv, tak dpat bayang r kalo aku pn tercongok depan tv dari pagi sampai ke petang sampai la ke malam. Duh..!!?
So, mak aku paksa-rela aku utk jadik tutor peribadi dia (ceewah..), da la tak bergaji. Takpa, kata adik-beradik, aku rela-paksa plak (0_o). Before neh aku slalu copy paste gmbr kartun masuk Misc. Word, letak bnyk-bnyk, then print, aku hilangkan diri. So, adik aku pon dengan muka happeningnya terus colour jerk segala kartun-kartun yg aku sediakn khas utk dia. Selalunya aku print jerk gambar kartun Spongebob, Dora the Explorer, Go Diego Go, Kartun Disney, etc2, sampai la pensil warna dia patah or hilang or dia bosan dengan agenda tuh. Uhuk-uhuk.
Aku pikir gak, mcm mana nak memberi kelainan dlm pembelajaran. Kalau nk kenang balik time aku belajar dulu, hurm, apa cikgu aku slalu buat eh? Aku try selak-selak memory aku, kenang balek masa darjah 1, darjah 2, tadika, apa la cikgu aku ajar slalunya dalam kelas. Aku nie bukan budak yang long-term memory. Aish. Aku tak ingat la weh. Sorry. Duh..!!?
Mengenangkan adik aku nie Down-Sydrome, aku tak buleh nk mengajar dia tough-tough sgt. Yang cikai-cikai pn da ckup menguji tahap kesabaran aku. Sowi r, hahaha, aku dulu time kechik belajar sorang-sorang, tak da tutor peribadi tak bergaji. Kalau time blajar, mau tak mau, kena pandai-pandai paham sendiri. Tapi kalo bab nk mengajar orang yg buleh menguji keimanan aku, fuh, sesak nafas gak r, even adik sendiri. Haahaha....
So, terlintas dlm kepala otak aku, nak ajar dia pasai Matematik. Setau aku, dia da reti mengira dari 1 sampai 10. Ok la kan, dari tak buleh langsung. So, aku buat aktiviti pembelajaran rini, iaitu matematik mudah - tambah. Aku lukis seperti gambarajah di bawah. Yang bulat-bulat tuh, aku lukis. Segala angka-angka tuh, adik aku jawab. Not bad..kan2??(impressive kejap)
Exercise 1
Exercise 2
Lepas dia siapkan dua soklan matematik yg aku suka-ati-reka, adik aku pn buat muka bangga, then blah g lepak depan tv. Aik, tercabar eden. Ada ceta Gerak Khas daa~ Cet, aku kena bg laluan sebab tayangan hebat da berlangsung. Xpa, bagi chance sket kn. Jgn dera otak dia sangat. Hikhikhik. Sambil tuh aku teruskn berfikir apa lagi aktiviti aku masa tadika, or masa sekolah rendah. Ok, then terlintas jgak 1 aktiviti baru. Hajat nk buat kat pc, tapi bila pikirkan ink printer, uish, mahai gak, dengan tak kejanya, xpa. Tukar plan. Lukis ja. Testing la katakan. Jangan komen apa-apa. Nama pn testing kan. Taraaa~
Hahaha... xda pembaris, maen bedal jerk dia buat garis sendiri
Berdasarkan pemerhatian aku, adik aku buleh terima ilmu, just kena ada yang sanggup menahan sabar; memiliki tahap kesabaran yang sangat-sangat tinggi. Nasib baek aku tak jadik seorg pendidik. Agak tough r tugas seorang pendidik. Kepada semua pendidik-pendidik di luar sana, harap bersabar dengan tingkah laku semua anak-anak murid anda. Terutama sekali pendidik-pendidik yang terlibat dengan "anak-anak istimewa" neh. Duh.