Never Say Never ~

.... Begitulah Awan Nano Setia Melindungi Diri Tika Panas Mencoba Menggores Pipi....

Sunday, November 7, 2010

Cuci-cuci Services

Banjir da surut, cuti pn da puas, so its time for cuci-cuci services.
Utk dua kiosk (Kiosk Waffle+Kiosk Soto).
Let Cuci-cuci~
Gambar Kiosk Waffle
Susun barang-barang kat luar dulu ye...
Hati-hati... Macam-macam binatang ada.. Cicak tuh common lar... Tapi neh species cicak panjang... Ulaq....
Lets do the work~
Aida, tonyoh, tonyoh!? Sampai berkilat~
Owh, peti ais.... T_T
Susun la barang-barang kat luar dulu
Lelong, lelong, lelong air....
Ini lah kegunaan air banjir....
Am tengah tarik pelanggan...
.................................................................................................................
Gambar Kiosk Soto
Kotor+busuk bau selut
Kotor kan? Dari mana tah mai semua kekotoran neh.
Gosok, gosok, gosok... Tonyoh, tonyoh, tonyoh....
Kegunaan air sungai, rendam mop, kasi bersih!
Kalo JPS nmpk, saman dia neh... Dia yg kotorkan Sungai Perlis...
Tungging buyung da segala meja....
At last, its clean!!?
.................................................................................................................
Hiphip hooray~
Akhirnya kedua-dua kiosk da bersih, da bley beroperasi macam biasa.
Akhirnya, lets do the work.
Peminat-peminat waffle+soto, bley hilangkan kempunan hampa semua da.
Mai-mai.
Chowsz~
.................................................................................................................

Wednesday, November 3, 2010

Banjir Terburuk 2010

Entry kali nie, nak bercerita ttg fenomena alam yg dah menyebabkan Perlis banjir teruk. Bila diimbas kembali, Perlis pernah banjir teruk tahun 2005. Dan tahun nie, skali lagi Perlis dilanda musibah, malahan lagi teruk dari 2005. Malas nk cakap banyak-banyak, jom layan gambar, lagi best.
Gambar nie diambil pada 2 November 2010.
Mangsa yg terlibat dengan banjir, terpaksa meredah arus, utk berpindah ke tempat yg diselamatkan.
Rumah nie dinaiki air. Kesian. Sabar je lar, memandangkan nie mmg laluan air banjir. Sapa suh buat umah kat cnie. Huhu.
Time macam nie lar Bomba, JPA3, Rela, dan NGO laen membantu orang yg dalam kesusahan. Berkhidmat kepada rakyat dan negeri. Bila lagi kan?
Sapa suh redah banjir? Kan da tersadai kat tepi jalan. Tak kurang jgak, yg gembira dengan musibah nie. Dah jadik mcm pesta air da pon.
Dalam kesibukan orang berpindah ke tempat yg selamat, ada jgak yg mendapat keuntungan. Banjir nie mmg darurat. Makanan susah nk cari. Tapi jgn bimbang, mesti ada gerai yg buka.
Kenderaan menjadik mangsa. Ditinggalkan. Lepas banjir surut, sapa yang untung? Mekanik-mekanik di seluruh utara.
Pertahanan Awam bersedia.
Pejabat Kesihatan Kangar pon dinaiki air. Hospital Tuanku Fauziah pon dinaiki air, tapi tak serius.
Derma Corner, tenggelam.
Berteduh kat luar ye makcik? Nak buat camna. Redha je lar.
Alamak, skolah pon naek air. Kiosk mcm mana plak??
Kiosk...(Terkedu)
Oh, terapung la dikau.
Gambar depan Pejabat Tanah, belakang Kiosk
Kangar
Sempat lagi bergambar, sambil mengangkut barang-barang yg sempat diselamatkan.
Masing-masing heret ye. Balek ke Repoh. Berjalan lagi. Takda sapa lagi yg kesiankan kami.
Balai Bomba pon kena.
Nie la transport utama pada ketika ini. Takpon, truk + 4x4. Kancil, jgn harap nk lepas.
Masjid Kangar
Fatin Corner..!!?
Kenderaan utama, selain dari kaki. Tayar basikal pon da nak tenggelam. Kayuh!!
LHDN tetap tersergam gah
Dari Kangar ke Bintong ke Kiosk, Balek Repoh, Lalu Kangar. Semua perjalanan mengambil masa 5 jam!!? Berjalan kaki. Kalau ada yg sudi tumpangkan, rezeki kami. Kalau tau, kami akan berjalan heret kaki. Terima kasih kepada kereta JPS, kereta MPK, Truck Ilmu Pandu, Truck Askar. Akhirnya sampai jgak ke Repoh. Lenguh kaki, sakit-sakit badan. Musibah yang melanda.
Banjir 2010.

Monday, November 1, 2010

01/11/10

Berlalu Tragedi Oktober, Muncul plak Tragedi Awal November.
Seingat aku la, 28hb Oct 2010 ritu, hujan lebat sangat-sangat, beserta dengan kilat, guruh dan angin yang sangat kuat. Memandangkan aku keja, time tuh plak ada kat kiosk, so tak amek port apa yg terjadi. Bila balek, bukak Facebook, tgok komen macam-macam, video macam-macam, baru tau yg Perlis kena attacked ngan Puting Beliung@Tornado. Majorly kat kawasan Mata Ayer. Arau pon ada jgak. Tak habis lagi cerita tentang Puting Beliung tuh, muncul plak ceta baru. Bak kata mak aku, dunia da tua. Macam-macam bencana nak menimpa. Adakah kerana perangai dan hasil tangan manusia sendiri? Atau pon mmg da lumrah alam. Nak tak nak, mmg dah ketentuanNya. Sama-sama la bersabar.
Dan hari nie, 1 Nov 2010, banjir plak kat Perlis. Yang aku ingt, hujan start dari kejadian tornado ritu, then ada la matahari menjengah sat, pastu start dari 11 pagi 31hb Oct 2010, sampai la skrg, hujan turun non-stop. Kalo ikutkan, mmg da lebey dari 24 jam ujan turun mencurah ke bumi. Pagi tadi p keja, tgok kawasan sekitar Repoh, mmg air da banyak bergenang. Dalam pemikiran aku, mmg akan banjir jgak la hujan kali neh. Tapi tak serius pon. P kiosk, bukak, lepak-lepak, hujan tetap turun. Tapi langsung tak mengurangkan jumlah pelanggan waffle. Tetap kena bancuh 4 tong, sama mcm hari-hari biasa. Dalam masa lepak-lepak tuh, mmg da dapat info, air da start naek kat merata-rata tempat. Terpikir gak, da la bawak keta hari nie, satg kalo Repoh da naek air, macam mana nak masuk kampung??? Takmau la lepak kan keta kat Masjid or tepi jalan. Bahaya. Walopon Kancil jerk, tapi tetap ku sayang. Kekeke.
Dalam dok pikir-pikir tuh, dapat call dari Ayah aku, suh hantar keta balek SKRG jgak!!? Hahaha, sayang kan keta lagi. Huhuhu. Aku pon balek la hantar keta, then g keja balek naek motor. Redah hujan lebat. Huhu. Sedey toi. Tapi bagus gak. I love my KAP. Kekeke. Hujan pon redah je lar, bukan susah pon. Dapat gak maen hujan. Masa hantar keta, mmg on time lar, since jalan besar Repoh tuh pon da naek air. Bila balek keja, tgok air da melimpah melebihi jalan masuk ke kampung. Fuh, dalam masa sejam, cepat betul air naek. Malam nie plak, tgok umah jiran pon da masuk air. Depa tgh bertungkus lumus angkat barang. Aku? Selamat lagi buat masa nie. Tapi depan+belakang umah da naek air. Tggu je lar.
Bila terkenang kan peristiwa 2005 dulu, bila terjadi nya banjir terbesar kat Perlis, sama ja mcm keadaan skrg. Kalau dulu, sekeliling rumah aku mmg digenangi air, da jadik mcm pulau. Tapi tak masuk dalam. So selamat lagi. Tapi skrg neh, rasa mcm takut plak. Tgok keadaan macam da semakin naek, dan akan jadik lagi serius. So adakah banjir kali nie akan jadik lebey teruk dari 2005? Takpa, sama-sama kita nantikan. Jangan berlanjutan sampai hujung bulan da r. Umpama harapan Bad, adakah konvokesyen akan diubah ke Shah Alam?? Hahaha, berhenti berharap. Kekeke.